Happysus Sait

 

SEO Malaysia

Rated 4.2/5 based on 140 reviews

 

 

English: Flag of Malaysian state of Sarawak. N...

Sarawak (Photo credit: Wikipedia)

About Me –

Hi, my name is Happysus Sait (Nama Pena).  Sekiranya anda baca muka ini. Ha..ha nak tahu siapa saya ya. tak pa. Nama saya sebenar Haji HAPPYSUPINA SAIT.

Ramai yang tak caya ini nama saya.  Bapa dah beri. Terima sajalah. Internet marketing bukan bidang saya belajar di Universiti. Masa saya belajar dulu aduh susahnya nak dapat maklumat dari internet. Google belum wujud lagi rasanya. Pada tahun 1994 saya tamat  belajar  di Universiti Pertanian Malaysia, serdang.   Dua bulan saya menganggur. Lepas tu  jadi cikgu sandaran setahun setengah. Sekarang kerja kerajaan di State Department. Lebih 16 tahun dari tarikh ini. Mula minat buat website bila dihantar kursus buat web dengan html.  Pada tahun 2000 saya mula belajar apa itu html. Tolong sikit buat web jabatan.

Saya juga guna geocities dan jeeran free server. Kini geocities sudah golong tikar. Mula guna blogger.com pada tahun 2005. http://happysus.blogspot.com laman pertama saya. Pada tahun 2006 mula bina web guna wordpress. Tanpa basic saya beli server net.kl.   Bagus juga mereka ni. customer servis bagus. Benar-benar membantu.   Nasib baik ada c-panel.  Hantam saja. Minat katakan.  Kini saya dengan  beberapa website.  Saya suka membantu kawan membina blog mereka sendiri.  Menggunakan blogspot atau wordpress.  Apa yang menyedihkan mereka ini belajar tidak sungguh. Sekadar cukup ada website. Mungkin ini dikatakan orang belajar free. Tidak dihargai.

Tak apalah. Sebenarnya saya banyak menghabiskan wang untuk membeli information product buku atau e-book. Minat katakan. Saya melanggan cth. send Button Profit . Mudah buat saleletter, semua sudah tersedia. Kos mahal tidak jalan juga. Ada juga cuba buat affiliate ads4bucks. Tidak jalan juga. 3 tahun lepas saya berkenalan dengan kawan saya bernama  AZIZ semasa saya bertugas di Sibu. Orangnya masih muda. Saya belajar download guna torrent dari beliau. Walaupun  masih muda tapi bijak.  Saya download guna bittorrent. Kemudian tukar ke utorrent.  Kini ubah kepada Utorrent.

Banyak  Ebook,  Magazine, sofware free , movie dan macam-macam lagi yang dapat di download. Takut juga nak kongsi bahan-bahan ini. Mungkin salah. Tapi free kan. Guna sendiri sajalah. Saya banyak juga beli dari internet. Ribu-ribu juga habis beli ebook, buku dan software. Saya juga minat membaca buku. Nak tahu kenapa kerana bos saya minat membaca. Ha.. nantilah saya kongsikan kenapa saya minat membaca buku. Kesimpulan yang boleh yang berikan.

Kegagalan saya adalah kerana saya tidak F.O.K.U.S. Nak buat banyak dalam satu masa. Saya mula sedar saya tidak dapat bergerak seorang diri walaupun banyak yang boleh saya kongsikan. Kehadiran saya pada Bengkel Facebook Saudara Syahrul Nizam Junaini telah mengubah bila saya ditemukan dengan Saudara Ali dan Mohd. Rizwan.

Kita join IM Sarawak. Saya dah tetapkan tahun ini saya nak buat 1. Adsense/ Nuffnung 2. e-book PLR 3. Affilite. Apa yang menarik tentang blog saya ini adalah ia adalah blog yang memberi penerangan kepada anda tentang SEO iaitu Search engine optimization. Buat blog sendiri juga diutamakan.

 

 

Print Friendly