Backlinks Website Raja Kamil dengan Sitewide ,Sidebar link

Category : Panduan buat SEO
Backlinks Website Raja Kamil dengan Sitewide ,Sidebar linkby happysuson.Backlinks Website Raja Kamil dengan Sitewide ,Sidebar link  Kenapa pilih Website Raja Kamil Jika saya ada pilihan pasti saya pilih website saya sendiri mungkin tiada orang yang akan baca.  Jadi saya pilih website seorang yang terkenal di dunia IT di Malaysia, iaitu Raja Kamil.  Raja kamil mendahului persaingan keyword “Perniagaan Internet” di google.com my.  Walaupun saya tidak pernah jumpa dia tapi selalu […]
 

Kenapa pilih Website Raja Kamil

Jika saya ada pilihan pasti saya pilih website saya sendiri mungkin tiada orang yang akan baca.  Jadi saya pilih website seorang yang terkenal di dunia IT di Malaysia, iaitu Raja Kamil.  Raja kamil mendahului persaingan keyword “Perniagaan Internet” di google.com my.  Walaupun saya tidak pernah jumpa dia tapi selalu baca post dia kat FB, mungkin dia pun tidak baca blog saya  ini.

Screen shot dibawah saya ambil dari google.com.my. Tool yang saya gunakan adalah di atas tool seoquake dan bawah adalah seomoz. Kedua tool ini power untuk lihat backlinks.  Blog website raja kamil mempunyai index page sebanyak 934 dan Page Ranking 2. Menurut SeoMoz Page Authority adalah 44/100. MozRank adalah 4.76, ia adalah bacaan yang digunakan oleh Seomoz untuk mengetahui link popularity score antara  1 hingga 10. Semakin tinggi score mR maka semakin banyak backlink yang masuk.  Ia adalah lebih baik dari Page Ranking oleh Google sebab Seomoz selalu update mR. Ini bermakna ia lebih releven.  Cara untuk meningkatkan mR adalah dengan menambah link dari backlink dari page sederhana popular dan sangat popular.

ss google raja kamil1

Backlink website Raja kamil

Beberapa tool yang saya guna untuk lihat backlink website raja kamal.  Banyak tool yang kita boleh gunakan. Saya cuba bandingkan dengan backlink blog saya. Aduh memang jauh kalah.

 backlinks website raja kamil

Buat backlink

Saya mungkin seperti anda tidak suka kerja buat backlink. Anda tahu dan saya tahu ia amat memerlukan kesungguhan dan masa kita. Maksud saya di atas adalah membuat blog working. Teknik membuat backlink yang betul perlu difahami oleh webmaster. Website yang berkaitan dengan niche kita adalah sesuai kita buat backlink.  Cara yang paling mudah buat blog working adalah membuat footprint di google bagi keyword yang kita nak target.

Bagi yang sudah masak dengan off page seo ini bukan perkara asing bagi mereka.  Ramai webmaster mengupah orang buat backlink untuk mereka. Kita kena berhati-hati mengupah orang atau company buat backlinks.  Sebelum kita upah kita ada hak tahu cara yang mereka gunakan untuk membuat backlink ke website kita. Ini kena jelas. Ia boleh memberi kesan kepada ranking di first page google. Kalau 5 tahun dulu kita hantar url dengan mudah directory murah di internet untuk mendapat link. Kini google dan SE lain semakin mementingkan juice link atau authority link. Tidak semudah dengan wujudnya panda oleh google. Bagi saya google tidak berapa kisah niche website tempatan dalam bahasa melayu.  Apa-apa yang berbahasa melayu selalu di kira authority kepada Google jika kita link ke website kita.  Syarat utama adalah website tersebut telah di crawl atau di spider oleh engin carian.

Unit anti-spammer google yang diketuai oleh Matt Cutts sentiasa mencari jalan mengatasi spammer Black Hat Seo yang semakin canggih. Apa saja cara spammer buat pihak google pasti ada jalan penyelesaiannya. Nasihat saya kalau nak buat jangan berlebihan saja.

Maksud “Sitewide links

Sitewide link adalah meletakkan link url di sitebar website atau di footer website. Istilah yang saya maksudkan dalam post ini kalau nak cari dalam Google atau nak baca lebih banyak lagi adalah “sitewide  link”.  Sitewide link ini bukanlah perkara baru. Spammer memang bijak, ada yang sengaja letak sitewide ini dalam blog sendiri. Ada juga tawaran di forum untuk letak sitewide link di website PR tinggi.  Hati-hati.  Pastikan dulu niche anda sama. Walaubagaimanpun google tahu  kalau terdapat signal yang tidak normal dalam IP yang sama.

Site Rank Fish telah menutarakan isu ini sejak tahun 2005 lagi. Banyak post tentang sitewide ini di bincangkan di seomoz. Anda boleh baca di sini. Satu perbincangan tentang sidewide hangat di perkatakan pada tahun 2005 di  forums.searchenginewatch.com. Dr. Phil kata ada bukti pada masa itu apabila di letakkan sitewide pada page ranking turun dan apabila dibuang rangking naik. Sukar juga membuktikan perkara ini. Saya tidak pasti adakah ia masih berlaku sejak era panda ni. Kalau ia tidak dibenarkan oleh google, bayangkan kalau website pesaing cuba mengkhianati website anda. Menjatuhkan ranking anda dengan meletakkan link anda di sitewide di banyak blog. Pasti ranking anda jatuh.  Ini tidak mungkin berlaku, pada saya kalau bertukar link tu yang tidak dibenarkan oleh Google, signal backlink di kurangkan. Maaf saya tidak bukti kenyataan ini tapi Randfish ada menyatakan risiko membuat sidewide link ini.

Persoalan yang ditimbulkan adalah bagaimana link image yang diletakkan di sidebar atau footer di website kita. Saya dapati masih terdapat bacaan untuk backlink yang ditunjukkan dalam bacaan tool yang selalu saya gunakan iaitu open site explorer . sebagai contohnya dalam website di bawah iaitu fawwaznuh.com  dan infoledang.blogspot.com telah memberi baklink percuma kepada blog rajakamil.biz.  Ini adalah kerana saya kesan website tersebut dalam open site explorer tool.

links2

links1

Apa yang akan saya lakukan ini adalah merupakan pemerhatian  tentang kaitan url yang kita letak di Sidebar dengan backlinks. Hipotesisnya adalah  hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah iaitu Url link di sidebar dan backlink. Saya akan melihat satu persatu kaitan  sekira kita letak link sesuatu url website di sidebar samaada kita dapat atau tidak backlink untuk website kita.

Facebook Group screenshot

Screen Shoot di  Komuniti SEO Tegar Malaysia

Saya akan post beberapa Screenshoot di blog saya tentang hopotesis di beberapa group yang saya tahu ada peminat Raja Kamil. Salah satu post saya dalam group facebook Komuniti SEO Tegar Malaysia atau seomalaysia.

rajakamils1

Screen Shoot di  KedaikopiIM KKIM

Post dalam  Facebook kedaikopi IM KKIM. Tengok tahap keaktifan KKIM sehingga pagi 5:44 am 21/11/2011, boleh tahan juga.

rajakamils3

 Screen Shoot di IM Sarawak

rajakamil s2

Tool Pilihan

Tool-tool yang saya gunakan untuk membuat permerhatian adalah tool yang percuma  di internet.

 

Tool – Opensiteexplorer.org

Tool yang saya gunakan adalah opensiteexplorer dari seomoz.  Apa yang akan saya lakukan adalah membuktikan terdapat bacaan backlink yang masuk dalam post entry bagi sesuatu page.

backlink-raja-kamil

Apa yang saya lakukan adalah melihat kepada anchor text dalam opensiteexplorer. Pada permerhatian saya walaupun tidak terdapat anchor text atau link Raja kamil dalam post entry blog hafizizain.com tetapi olehkerana terdapat link Raja kamil dalam blogroll di sidebar maka kita juga akan dapat bacaan untuk backlink.  Website infomaikini.com juga menunjukkan perkara yang sama walaupun tidak link raja kamal dalam post entry tetapi link dekat sidebar sudah cukup memberi backlink ke blog rajakamil.biz.

Screenshot di bawah menunjukkan kaitan link Raja Kamil dengan post entry yang dibuat walaupun tidak ada link raja kamal yang lain.

backlink raja kamil6

Tool – majesticseo.com

Tool kedua yang saya gunakan adalah majesticseo.com.  Dalam tool ini mengesahkan apa yang saya nyatakan di atas. Link  informasikini.com memberi link kepada blog Raja Kamal.

 majesticseo3

Data Screen shot ini saja yang akan saya bagi dalam post ini untuk blog rajakamil.biz. Kalau bagi lebih-lebih nanti susah juga saya. Data dari spyglass saya akan simpan untuk diri saya. Ini adalah kerana ia terlampau detail.  Bagi yang pernah download data ini dalam post saya di wangcyber.com tahu apa yang saya maksudkan.

Selain dari sitewide link di bahagian footer juga boleh beri bacaan yang sama. Apa-apa yang anda buat jangan melampau. Bagi website baru buat backlink secara berhemah.

Print Friendly
happysus

Author: 

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

Related search

    No internet connection No internet connection

Related Posts

15 Responses

  1. blogkamek11/22/2011 at 7:53 pmReply

    sungguh berinformasi, terima kasih bro

     
    • happysus Author

      happysus11/22/2011 at 8:52 pmReply

      Raja Kamil suruh sikit saja.

       
  2. happysus Author

    happysus11/22/2011 at 8:52 pmReply

    thanks. Apa pendapat anda.

     
  3. Raja Kamil11/24/2011 at 1:10 amReply

    Setuju, sungguh berinformasi.
    Saya tak perasan sangat tentang perkara backlink bagi blog RajaKamil.biz ni.
    Memang pernah cuba nak buat, tapi renyah, banyak kerja nak buat.
    So, tak fokus bina backlink bagi blog ini.

    Mungkin kalau ada yang tanya, bagaimana rajakamil.biz bina backlink, jawapan saya ialah, secara ‘natural’.
    Iaitu, berblog secara biasa, dan konsisten.

    Apa-apa pun, pendedahan ini, membantu juga kepada saya untuk duplicate result yang sama.

    Lepas ni, kalau anda search perniagaan internet, tapi tak jumpa blog saya, tahu lah kenapa ye.
    Sebab bro Happysus dah berjaya buat orang ramai celik SEO.

    Keep up bro 🙂

    ps : terima kasih ye….

     
    • happysus Author

      happysus11/24/2011 at 5:25 amReply

      Wow, thank Raja Kamil kerana komen kat sini. Trafik dari blog tuk yang menarik saya buat post ini. saya tahu saya tidak akan dapat link dari RK. Niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya baca, tahu dan kaji dengan pembaca blog ini. Trafik blog saya ini ciput saja. Kena berguru dengan rk. thanks bro.

       
  4. sofian11/24/2011 at 12:27 pmReply

    Good information bro 🙂

    nice, pasni bro dah bleh anjur pulak pertandingan siapa akan ranking keywords ‘perniagaan internet’ 🙂

     
    • happysus Author

      happysus11/24/2011 at 12:47 pmReply

      sofian, rasanya tidak perlu buat pertandingan. RK dah atas. Thanks for komen.

       
  5. Mohd Isa12/01/2011 at 10:12 amReply

    tudia, ini boleh dikatakan investigation yang mendalam. banyak yang perlu saya pelajari lagi, anyway thanks di atas penerangan yang saudara berikan. benar-benar berguna kepada saya.

     
  6. titan12/06/2011 at 11:50 amReply

    banyak backlink, kena keyword..memang senang nak dapat ranking kat search engine.

     
  7. happysus Author

    happysus12/15/2011 at 1:23 amReply

    Saya dalam status keadaan bertenang, sejak saya post entry ini, blog saya terima trafik gila -gila sehingga kena sendbox oleh google. Tengah cool down dulu. Sebulan tanpa post.
    Ada bebrapa perkara lain yang mengganggu speed blog ini, Google guna signal baru.
    1. Speed
    2. Social media +Kandungan yang baik+ teknikal seo (on page +off page)
    3. Fresh content, link dari fresh contant.

     
  8. terapi imam muda12/17/2011 at 7:13 pmReply

    boleh tuan terangkan lagi apa dia polisi yg terbaru goole dan bagaimana ia berfungsi dan bagaimana ia memberi kesan baik/buruk terhadap webiste/blog ?

     
  9. happysus Author

    happysus12/17/2011 at 8:14 pmReply

    Saya akan cuba buat post baru tentang perkara ini, Saya juga pening dengan cara google mulai dari hujung Nov lalu. banyak perubahan yang berlaku. Kecil tapi effectnya besar.

    Thank terapi imam muda

     
  10. Suhaili01/09/2012 at 1:51 amReply

    Hi, saya suka membaca post-post yang amat bermutu di blog ini. Content nya sangat fresh dan berinformasi. Awak buat saya minat SEO ler!

     
  11. Bagaimana nak buat link ke blog menggunakan keadah backlink komen di blog — Cara Buat SEO Blog Sendiri03/18/2012 at 9:02 pmReply

    […]   9 Tips Bagaimana Meningkatkan Backlink. 2.  Spy backlink website Rajakamil.biz.  Post ini menkaji blog raja Kamil yang menguasai keyword Perniagaan internet. 3. Jenis-jenis […]

     

Leave a Reply


*

CommentLuv badge