Bagaimana Cara Membuat Blog yang SEO friendly Googlebot

Tiada jawapan yang mudah untuk bagaimana cara membuat blog yang SEO friendly.  Jawapan ringkas yang boleh saya berikan adalah kena pastikan google spider atau Googlebot crawl website kita.  Maksud crawl adalah masuk membaca isi website kita supaya googlebot/ spider boleh bawa balik dan simpan diserver google.  Saya dah terangkan dalam post saya yang lalu tentang algorithm seo google.  Jadi  semakin mudah ia merangkak masuk mendapatkan text untuk di Simpan di server Google makin SEO friendly website tersebut.

Matlamat kita buat blog adalah untuk mencari pembaca dan trafik.  Kalau pembaca suka website kita tidak semestinya Google suka.  Saya ada membuat audit website kawan-kawan dan pelanggan dan ramai yang tidak lengkap membuat optimzation on page  blog mereka.  Sebab itu blog mereka tidak dapat pantas dibaca oleh google. Persediaan on-page adalah penting sebelum kita membuat blog. Webmaster kena tahu apa yang penting untuk googlebot bermain di dalam blog kita.  Asasnya perumpamaan mudah adalah kita kena tahu pintu-pintu dan tempat website googlebot bermain.

1)  Menyediakan sitemap

Kenapa perlu sitemap? Bagaimana nak buat sitemap? Kalau kita guna blog wordpress guna saja plugin sitemap wordpress.  Mudahkan kerja kita.  Jangan lupa pergi ke cpanel untuk pastikan mode adalah 644 atau 744.  Bagaimana cara setting mode /public_html//sitemap.xml/Change Permissions/

sitemap setting

Ramai yang lupa setting ini. Kalau tidak tukar setting sitemap tidak akan berubah secara automatik bila kita publish post.

2)  Permalinks Setting

Permalinks setting ramai yang sudah pandai buat.  Tak apa saya terangkan juga disini. Jika anda masih baru lagi dengan wordpress,

www.domain.com/?p=1

Ini dinamakan  dynamic URL dan ia mengandungi variables atau dalam bahasa saya sekolah dulu Pembolehubah (?p=1 adalah Pembolehubah/ variable), Walau bagaimanapun, terdapat satu cara yang  lebih baik untuk memnunjukkan URL anda untuk mendapatkan  kedudukan muka satu di enjin carian  dan SEO WordPress yang mesra link kekal yang boleh kelihatan seperti ini.

www.domain.com/permalink-site-on-keyword.html
www.domain.com/permalink-site-on-keyword
www.domain.com/permalink-site-on-keyword.php

atau banyak cara lain untuk mempersembahkan kandungan anda.

3) Robots.txt file

Jangan check robots.txt website ini ya.  Ia bacis saja. Saya tidak setting disini. Saya setkan page saya dalam admin panel.  Saya guna thesis saya setting dalam “thesis Site Options”.  Saya akan guna dan  juga pilih noindex, follow untuk bahagian yang tidak mahu saya bagi robots Google atau spider masuk dari dalam panel Admin saja untuk kandung blog saya yang ada duplicate atau saya copy dari website lain walaupun saya letakakan url rujukan.  follow bermaksud saya mahu robots bot ikut link dalaman supaya ia juga boleh pergi ke page lain. Dalam kata lain boleh masuk tapi jangan jangan bawa balik untuk disimpan dalam server Google tapi pergilah tengok link-link blog saya yang lain.  (Faham ke.. kalau tidak faham, tanya dibawah). Asas menggunkan robots ini adalah kita tidak mahu robot bot ini masuk kebahagian yang tidak penting atau sulit dalam website kita.  Lebih baik ia masuk dalam post kita dari masuk dalam bahagian yang tidak penting. baca lagi saya bag contoh.

Sekarang kita akan lihat 2 website pakar SEO dunia iaitu robots seomoz.org dan robots searchengineland.com.  Mereka mempunyai robots yang berbeza.

Robots.txt SEOMOZ.ORG

Cuba kita lihat apa yang ada dalam robotx.txt seomoz

robots.txt SEOMoZ.org

# kita boleh tulis apa saja selepas text tanda h ini.

Perkataan Disallow: dan text url lepas tu maksudnya, jangan crawl oh..Googlebot atau bot lain. Seomoz ada buat tidak benarkan bot crawl cara ini. Ini sudah menarikkan. Kalau website biasa macam kita jangan buat macam ini.  Ini nak bagi tahu Google… he Google walaupun aku tidak benarkan kau masuk website aku ni seomoz ada punca trafik yang lain.  Ini dikatakan leader semua orang nak rujuk, kandungan blog sudah power kau Googlebot tidak crawl pun tidak apa. POWER SEOMOZKAN

 

SEOSEARCHLAND.COM ROBOTS.TXT

 

Banyak yang boleh kita pelajari disini. Wow bagus juga, feed dia tidak benarkan Google baca. RSS pun sama. Maksudnya ia tidak nak Googlebot buang masa crawl feed ini. Ia sama dengan sitemap juga, dia kata kepada Googlebot, hoi google bot jangan crawl feed inilah.  Tanda “*” adalah semua text atau url sebelum ini.

wp-admin, wp-content/plugin , wp-include – ini semua adalah tempat admin Googlebot jangan main dan masuk disini.

/image/20/ – wow googlebot kau jangan baca dan simpan image rahsia ini dalam image google.

/*? – Ini yang saya biasa tengok dalam kebanyakan blog kita. apa-apa yang bertanda ” ? ” tidak akan dibaca

SEARCHENGINELAND ROBOTS.TXT

 Hati-hati kalau nak ikut mereka ini, kita kena faham kenapa mereka buat macam tu dan macam ni.

Ada berpuluh lagi perkara yang memberi website kita content yang baik. contoh  .htaccess saya dah bincang dalam post saya yang lalu. Jadi tidak payah saya ulang disini.

Sekarang kita lihat Infografik tentang SEO On page.

 

Source: digivate.com via Piyush on Pinterest

 

Ini adalah Asas Onpage. Wajib tahu

 

4 Comments

Leave a Comment

*

CommentLuv badge