Faktor Populariti memberi kesan kepada SEO 2014

Category : Panduan buat SEO
Faktor Populariti memberi kesan kepada SEO 2014by happysuson.Faktor Populariti memberi kesan kepada SEO 2014  Faktor Populariti memberi kesan kepada Website.  Ini banyak dibincangkan dalam banyak update google oleh ramai webmaster dan website.  Bagaimana hendak memahami,  mengetahui , melihat dan membaca popularity.  Bagaimana kiraan signal matrik yang digunakan oleh Google.  Jawapanya.  Tiada siapa yang tahu dengan tepat.  Google menyimpan maklumat ini sebagai rahsia syarikat.  Pada saya signal ini berubahdari […]
 

Faktor Populariti memberi kesan kepada Website.  Ini banyak dibincangkan dalam banyak update google oleh ramai webmaster dan website.  Bagaimana hendak memahami,  mengetahui , melihat dan membaca popularity.  Bagaimana kiraan signal matrik yang digunakan oleh Google.  Jawapanya.  Tiada siapa yang tahu dengan tepat.  Google menyimpan maklumat ini sebagai rahsia syarikat.  Pada saya signal ini berubahdari masa ke semasa.  Ia juga bergantung kepada banyak perkara dan lebih 200 faktor yang diambil kira oleh Google.

Ramai yang berkata keyword sudah tidak penting.  Jangan percaya.  Ia masih penting.  Cuma google sekarang lebih bijak memberi jawapan kepada apa yang kita cari. Jawapan ini memerlukan google mendalami pelbagai aspek seperti lokasi carian, sejarah carian , ia selalu dinyatakan sebagai personalization.  Maksudnya Carian Google browser saya adalah berlainan dengan carian Google dalam browser anda.

Saya banyak membuat audit website, ada website lama yang belum diSEOkan dengan sempurna atau yang parah yang belum di SEOkan. Saya dapati basic seo optimization pun mereka tidak buat.  Asas SEO pun mereka tidak peduli atau tidak tahu.    Ada website apabila dikira cuma 40% sahaja di SEO kan  pun sudah berjaya berada dimuka satu google.    Faktor yang tertinggi yang boleh saya jangkakan adalah website itu memiliki signal popularity yang sangat bagus. Google akan kata website ini relevan.  Ada perkara yang harus dijauhi oleh webmaster dalam membuat SEO.  Artikel ini sangat baik menerangkkan apa yang saya maksudkan. Click sini,

Mari kita lihat website popular Malaysia.  Website ini saya tidak kaji kerana trafiknya sangat tinggi.

Website Popular Malaysia

 

Persoalan ini adalah suatu yang sangat menarik untuk kita bincangkan.    Senarai website yang popular di Malaysia adalah seperti dibawah:-

Malaysia  Bagaimana mengukur popularitysimilarweb.com

Apa ciri-ciri yang sama pada semua laman web ini.

Persamaan dari segi pelawat:
  1. Pelawat suka dan gembira melawati laman web ini.  Ia memberi nilai dan menyebabkan mereka memerlukan laman web ini untuk sesuatu tujuan.
  2. Pelawat berkongsi dan nak dapat  apa yang mereka nak perolehi dari dari lamanweb ini
  3. Pelawat kongsikan maklumat dan perkara dari lamanweb ini dengan rakan-rakan mereka. Sebab itu penting untuk kita memasang button G+, Facebook, Twitter dan lain-lain laman social.
  4. Pelawat menwujudkan perhubungan antara dia dengan semua yang berkaitan dengan beliau.

 

 

Bagaimana mengukur popularity website?

 

Terdapat beberapa tool untuk mengukur popularity ini.  Tool yang paling dekat dihati saya adalah Moz tool.   Moz tool memberi page authority dan domain authority. Saya tidak pasti bagaimana mereka kira.  Kita ini pengguna belum sampai ke peringkat bagaimana mereka kira.  Kalau nak mudah download saja toolbar untuk chrome dan firefox.

 

Kalau dulu kita guna PR untuk mengukur site.  Saya gunakan  Adakah PR ini boleh diambilkira sebagai site yang popular.  Sebanarnya tidak ada tool yang benar tepat untuk mengukur.  Secara asasnya PR masih lagi memberi kita ukuran yang bagus.  Cuma sekarang banyak site yang baru yang tidak ada PR sudah naik mengatsai site yang ada PR.  Kenapa ini berlaku?  Ini adalah kerana Google memberi kita site yang terbaik yang dikira sesuai dengan cari yang kita mahu.  Sebab itu kita kena bagi tahu google website kita itu tentang apa. Ia boleh dilakukan dengan memasang code schema dalam website kita.

 

Website popular ada hubungan dengan pembaca.  Website yang boleh menyentuh hati pembaca akan dilawati oleh pembaca.  Mereka akan ingat url website itu.  Setidak-tidaknya mereka akan bookmark website tersebut.  Hubungan ini di sebut engaging.  Pembaca yang tersentuh hati akan tertarik untuk membuat bookmark url website.  Mereka akan taipkan terus di browser mereka url website kita.  Dalam text di bawah impressions atau klik adalah signal yang diambilkira sebagai popular.  Maksudnya kalau banyak klik dalaman yang dilakukan oleh pelawat blog tersebut maka ia sudah di anggap popular oleh Google.  Betulkah fakta ini.

Moz.com ada menerbitkan artikel berkenaan dengan popular link ini.  Kalau dalam tahun 90an hingga 2009 antara signal yang digunakan oleh Google dalam mengukur popularity adalah signal dari link atau selalu kita namakan backlink.  Menurut Moz google tidak hanya mengharapkan popularity link signal ini tetapi juga metrics seperti  trust, spam, and authority.

http://moz.com/beginners-guide-to-seo/growing-popularity-and-linkssumber: Bill Slawski

Ada beberapa kateria Website Popular dari segi SEO

1) Google melihat popularity dari pelbagai sudut diantaranya adalah pelbagai signal dari pelbagai sumber masuk ke website. Ia adalah termasuk bagaimana tabiat dan cara pelawat melayari website kita.  Aspek termasuk  scrolling dalam page, masa yang diambil dalam  site, bookmarking, copy dan paste maklumat,  membuat download, isi borang dan main video.  ini dinamakan bounce rate. Semakin rendah bounce rate bermakna semakin releven dengan carian di Google.

2) Google juga melihat kepada sesuatu website itu boleh dipercayai dengan menyandarkankan kepada bounce rate sesuatu site, contohnya jika sesuatu jenama popular belum tentu website jenama itu No. 1 di Google.

3) Google juga melihat berapa detail kandungan sesuatu site itu dari segi page dan post, aspek link dalam site tersebut juga mempengaruhi carian Google.

4) Google juga melihat kepada berapa banyak dan kualiti perkongsian social yang direkodkan oleh website tersebut, Ia kini menjadi seuatu ukuran untuk kerja SEO yang hendak kita lakukan.  Sudut ini masih lagi ada peluang untuk mereka yang buat black hat SEO.  Bagaimana mereka lakukan saya pun tidak pasti.  Ini menyebabkan kerja SEO bertambah sukar daripada dahulu kala.

5) Link yang bagus masih lagi dikira sebagai link yang boleh memberi kita SEO site yang baik.  Aspek ini yang dilihat oleh Google dengan lebih teliti.  Nasihat saya jika anda membuat backlink pastikan backlink itu anda yang mengawal. Atau ada cara anda nak delete link tersebut kalau diperlukan.  Relevan link adalah aspek yang penting.  Jika sesuatu site meta description adalah keyword kita  maka nilai link ini adalah tinggi.  Ini juga bergantung kepada Domain Authority dan Page Authority.

Kesimpulan Website popular dari segi SEO

Website popular selalunya akan memberi kepercayaan kepada pembaca.  Kepercayaan ini akan memberi kegembiraan dan pelawat suka dengan apa yang dia perolehi dari website tersebut. Google melihat kepercayaan ini dalam bentuk matematik iaitu nombor.  Algorithm yang digunakan oleh Google memberi lebih dari 200 faktor yang memberi kelebihan kepada  sesuatu site untuk berada dimuka depan Google.

Print Friendly
happysus

Author: 

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

Related search

    No internet connection No internet connection

Related Posts

4 Responses

  1. mohammad rapi05/08/2014 at 1:49 amReply

    info yang bermanfaat..terima kasih..
    mohammad rapi recently posted..Laman Sosial Peribadi SayaMy Profile

     
  2. Hero Borneo12/03/2014 at 6:46 amReply

    betul-betul ilmiah..dan saya pasti pada tahun 2015 akan ada perubahan lain pula

     
  3. Blog Kreatif01/08/2015 at 6:14 pmReply

    site yang popular akan berada di first page ?

     

Leave a Reply


*

CommentLuv badge