Istilah SEO di adword google

Category : Panduan buat SEO
Istilah SEO di adword googleby happysuson.Istilah SEO di adword google  Kajian tentang carian istilah SEO di adword google Saya membuat kajian tentang carian istilah SEO di adword google.   Carian istilah SEO di dunia mencatatkan sebanyak 11 juta carian di Google Adwords. Bagi “local Search” atau carian tempatan mencatatkan carian sebanyak 110,000 carian bagi istilah SEO . Kedua -dua data ini adalah untuk carian secara […]
 

Kajian tentang carian istilah SEO di adword google

Saya membuat kajian tentang carian istilah SEO di adword google.   Carian istilah SEO di dunia mencatatkan sebanyak 11 juta carian di Google Adwords. Bagi “local Search” atau carian tempatan mencatatkan carian sebanyak 110,000 carian bagi istilah SEO . Kedua -dua data ini adalah untuk carian secara kasar ” Broad“.  Carian sebenar atau “exact” untuk istilah SEO mencatatkan  carian sebanyak 823,000 dan carian tempatan adalah 3,600.  Angka-angka ini dikatakan oleh  google Adword sebagai anggaran purata carian selama 12 bulan  di Google Search Engine (SE) untuk istilah SEO.

istilah seo

Mencari Keyword menggunakan Google insights

Benarkah carian ini adalah dari Malaysia.  Mari kita lihat di Google insights. Klik butang di tunjukkan di bawah.

istilah seo3

Selepas itu saya akan pergi ke Google Insights. Carian untuk 12 bulan di Malaysia.

istilah seo2

Nombor pada graf dibawah menunjukkan berapa banyak carian yang telah dilakukan selama tempoh tertentu, berbanding dengan jumlah bilangan carian yang dilakukan di Google dari masa ke masa. Ia tidak mewakili nombor volume carian  yang mutlak,  kerana data ditunjukkan pada skala 0-100.  Setiap titik pada graf dibahagikan dengan titik paling tinggi, atau 100. Apabila kita tidak  mempunyai cukup data, 0 ditunjukkan.  Nombor-nombor di sebelah kepada terma-terma carian di atas graf ringkasan.

istilah seo4

Carian berdasarkan Negeri

Rajah di bawah menunjukkan carian dari Negeri selangor mencatatkan peratusan tertinggi sepanjang tempoh 12 bulan.  Kenapa kita perlu melihat pada negeri  yang membuat carian tertinggi di Google.  Ini akan memberi gambaran kepada kita ramai yang berminat adalah datang dari negeri tersebut.  Mereka yang berminat kepada produk yang berkaitan dengan istilah SEO yang kita cari.  Ini boleh digunakan untuk istilah lain yang kita nak cari bergantung kepada niche kita.  Kalau kita membeli iklan di google Adword ads kita boleh buat permintaan kepada pengiklan google Adword menyiarkan iklan kita hanya di Negeri  tertentu sahaja. Melalui keadah ini kita tahu akan lebih fokus dan boleh membuat follow up secara off line.  Negeri ini mengambarkan negeri paling banyak permintaan dan  berminat kepada produk yang dikaitkan dengan istilah carian di SE yang kita buat. Ia juga boleh memberi gambaran yang sama kepada kita jika memilih pengiklanan melalui facebook ads.

istilah seo5

Keyword Berkaitan dengan Istilah SEO

Kita juga akan diberikan istilah yang di kaitkan dengan seo di Google Insights. IstilahSEO hyun  dan seo in young tidak ada kaitan dengan istilah seo yang saya maksudkan di dalam artikel ini.  Mereka adalah tentang artis terkenal Korea Selatan.

seo in young & seohyun

Kita kena periksa keyword samaada berkaitan dengan carian kita atau tidak.  Proses mencari maklumat keyword ini adalah dengan cara mencari dari sumber SE dan kemudian kita tulis berdasarkan apa yang kita faham.   Biasanya sukar juga nak cari keyword dalam bahasa melayu yang meletup.  Teknik yang saya guna di sini adalah salah satu cara yang boleh memberi gambaran kepada kita keyword  yang top di SE.  Pengalaman saya saya mencari keyword asas dulu, kemudian saya akan ke GI untuk mencari long tail keyword. Mudah bukan.

istilah seo6

Belajar SEO (Search Engine Optimization)

Foto di bawah adalah photo pelajar di Ulu Tinjar, Miri Sarawak. Ia mengambarkan pelajar ini sedang belajar membaca.  Bayangkan cabaran yang dihadapi oleh guru ini mengajar mereka membaca.  Belajar membaca.  Zaman sudah berubah.  Belajar  membaca bukan masalah bagi kita di Malaysia.

photo-pelajar-sekolah-zaman dulu

Bagi pelajar di atas belajar membaca sangat penting.  Kalau nak dapat trafik ke blog secara organik, belajar ilmu SEO sangat penting. Kalau kita nak mengoptimakan engin carian kita pun kena belajar juga. Belajar tentang SEO. Kalau ada minat  pasti berjaya.  Nak belajar seo kena tahu asas seo.  Nak belajar seo asas seo kena baca buku istilah SEO. Buku asas seo yang saya cadangkan ini percuma saja. Jangan habiskan duit anda membeli asas seo kerana banyak yang boleh kita dapati secara percuma. Banyak dalam bahasa Inggeris   Kalau ada perkara yang anda tidak faham boleh tanya saya di facebook saya . Anda baca dulu dua buku ini. Kemudian praktik apa yang anda baca. Uji teori yang dibaca. Dunia Seo ni cepat berubah kerana google dan search engine bersaing dengan Spammer yang membuat black hat SEO. Benarlah mereka kata istilah seo ini luas. Pelbagai teknik yang digunakan untuk mengatasi panda.

 Panduan Seo ebook percuma (PDF)

1. eBuku seo dari Google
2. ebook asas SEO dari SeoMoz

WordPress SEO

WordPress SEO adalah membuat SEO kepada website wordpress kita. Ramai pereka lamanweb tidak menitik beratkan SEO pelanggan yang membayar mereka membuat website.  Ada pelanggan yang beranggapan kalau ada website ia akan dengan sendirinya boleh di kesan oleh google. Saya kata ini benar, sekiranya kita ada kandungan web yang killer. Cuma masa yang menentukannya. Kalau kita buat post secara tetap dan berkongsi di laman sosial kita sudah membentuk viral pada artikel kita.  Kita hendaklah  tahu cara asas membuat index website kita. Ia tidaklah susah, asas yang Matt Cutts kata kita kena buat link dari website yang sudah diindex oleh google. Semakin banyak website yang authority tinggi dalam niche anda membuat link kepada anda semakin tinggi peluang website anda diindex.  Kedua membuat link dalam ke post dalam website kita. Ini dinamakan istilah backlink atau off page. Semak index page yang mempunyai index tinggi dalam Awstat di cpanel kita.

Print Friendly
happysus

Author: 

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

Related search

    No internet connection No internet connection

Related Posts

Leave a Reply


*

CommentLuv badge