Panduan SEO 2012 dengan tip terkini

Category : Panduan buat SEO
Panduan SEO 2012 dengan tip terkiniby happysuson.Panduan SEO 2012 dengan tip terkini  Tahun baru 2012 akan muncul beberapa hari lagi.  Ramai yang mencari panduan SEO 2012.  Saya  akan cuba kongsikan panduan SEO 2012 yang saya dapati daripada pembacaan dan pemahaman saya membaca blog-blog SEO dan permerhatian saya sendiri.  Saya tahu ramai yang tidak kisahkan seo blog mereka.  Saya ada poskan beberapa amaran awal dari google tentang […]
 

Tahun baru 2012 akan muncul beberapa hari lagi.  Ramai yang mencari panduan SEO 2012.  Saya  akan cuba kongsikan panduan SEO 2012 yang saya dapati daripada pembacaan dan pemahaman saya membaca blog-blog SEO dan permerhatian saya sendiri.  Saya tahu ramai yang tidak kisahkan seo blog mereka.  Saya ada poskan beberapa amaran awal dari google tentang perubahan dalam SEO yang dilakukan oleh google dalam group facebook SEO malaysia (seo tegar).  Kalau anda minat SEO boleh sertai kami di sini.

Kita tahu perubahan ini terpaksa dilakukan oleh google untuk kekal relevan dalam persaingan enjin carian. Permerhatian saya kepada salah satu daripada blog saya, 88% trafik blog saya adalah dari search engine.  Carian bukan saja datang dari Google tetapi banyak dari enjian carian lain seperti  search.mywebsearch.com, ask.com, yahoo.com, search.babylon.com, bing.com, plusnetwork.com dan search.com.  Ini bermakna kita jangan hanya berharap kepada Google untuk trafik organik.

panduan seo 2012

Tip Terkini panduan SEO 2012

Sebelum saya terangkan tip terbaru panduan SEO 2012 saya ingin mengajak anda mengenali siapa dibelakang Google.  Google bukanlah calang-calang jenama dunia.  Google kena kekal relevan dengan ada beberapa individu hebat. Apa yang saya perhatikan google sejak 2008 telah mengambil berat tentang kualiti search di Google. Google mengambil ramai enginer yang berkaitan menambah baik kualiti carian. Beberapa kertas kerja dalam pdf tentang keadah Google memperkasa carian mereka disenarikan di bawah. Walaupun ada juga bahagian  kandungannya yang saya saya kurang arif terutama formula matematik yang ditunjukkan tetapi saya senaraikan di bawah untuk rujukan saya sendiri.

1. Link-Based Characterization and Detection of Web Spam

2.  Sibyl: a system for large scale machine learning

3. Reading Digits in Natural Images with Unsupervised Feature Learning

4. geo experiments are a powerful approach to measuring the effectiveness of advertising.

Apa yang selalu saya lakukan adalah membaca kajian terkini yang dibuat oleh Google research team melalui blog mereka. Memahami kepala mereka ini agak sukar untuk orang biasa macam saya ini.  Google telah membuat pembiayaan sebanyak $ 6 juta untuk 119 anugerah di seluruh 21 kawasan fokus yang berbeza. Antaranya adalah

  1. 433 kertas kerja telah diterbitkan sebagai hasil anugerah penyelidikan Google
  2. Projek 126 yang dibuat set data atau perisian yang boleh didapati secara umum
  3. 63 ceramah penyelidikan telah diberikan oleh PIS (Principal Investigators ) tajaan Google

Saya nak anda lihat dulu video dari Amit Singhalsearch quality group and technical lead person for Google’s core search algorithms dan Jeff Dean  – Google fellow.  Walaupun saya tahu video ini adalah video 2008 tetapi ia adalah permulaan gerakan Google untuk memperkasa enjin carian mereka.   Kita tahu ramai individu hebat di  Google.  Gooogle  mahu relevan dalam kualiti  carian dalam pelbagai bahasa dan berdasarkan negara.

Sekarang anda faham kenapa Google jenama hebat menerajui industri carian internet.   Tahun 2012 merupakan cabaran yang hebat buat Google untuk kekal menarajui industri ini.

 

Tip Terkini blog panduan SEO 2012

 

Search engine optimzation , panduan SEO 2012 tidak lagi hanya  memperkatakan berapa banyak backlinks, tag tajuk dioptimumkan dan kata kunci dalam post entry anda  tetapi ia adalah lebih kepada  kebolehpercayaan google, kredibiliti dan kualiti sesuatu laman web.  Google membuat perubahan algoritma carian kira-kira 500 kali setahun tetapi perubahan pada tahun 2011 ini agak radikal.  Bermula dengan panda pada bulan April 2011 telah memberi perubahan 12% keputusan carian di Google.  Pada akhir bulan November 2011  perubahan lebih radikal telah dibuat oleh google.  Ia adalah berkaitan dengan “freshness” atau istilah yang saya guna adalah “kesegaran”.  Google minat bercerita tentang kesegaran blog anda.  Menurut  Amit Singhal mengumumkan perubahan  ini telah menyebabkan 35% keputusan carian Google berubah.  Saya sendiri mengalami masalah ini kepada blog saya ini.

Panduan SEO 2012 – Kesegaran blog

 

Apa yang dimaksudkan dengan kesegaran blog/ freshness ini dalam panduan SEO 2012. Istilah ini saya baca dari Seomoz.  Saya masukkan video ini supaya post ini nampak releven oleh google.

Wistia

Video menarik seomoz ini merupakan suatu yang telah membuka mata kita tentang keadah baru dalam membuat SEO.

Kandungan Segar di iktiraf oleh google.  Persoalannya adalah bagaimana google melihat kepada kesegaran sesuatu dokumen post anda dalam panduan SEO 2012.    Apa yang Google istilahkan sebagai segar? Jika seseorang hanya membuat perubahan kecil kepada halaman, adakah itu memberi rangsangan baru dan diistilahkan sebagai segar?  Jika post seseorang sama dengan kandungan yang sama pada halaman baru satu atau dua hari selepas mulanya posting, ini kah dikatakan segar? Apakah apabila halaman pertama kali dijumpai mentakrifkan kesegaran, atau tarikh pertama yang diubahsuai yang digunakan? Tarikh ini adalah satu konsep yang terbuka termasuk kedua-dua tarikh dan masa. Google melihat kepada dua faktor

  1. Tarikh bermulanya dokumen (googlebot merangkak “crawl”, diindeks, dll.)
  2. Tarikh bermulanya dokumen yang mula-mula muncul dalam hasil carian.
Google boleh menggunakan pelbagai jenis signal. Ia bergantung kepada senario algoritma yang memproses. Konsep asasnya adalah lebih kurang begini.  Sekiranya spider melihat sesuatu url kali pertama, tarikh bermula ia dikesan tidaklah ditetapkan terus tetapi sekiranya pautan atau backlink kedua dan ketiga spider masuk maka url tersebut akan diiktiraf.  Sebab itu sangat kritikal sesuatu blog baru perlu di indeks dulu. Kalau ada blog lain salin samaada cara sah atau tidak maka kita sendiri akan rugi.

Kalau nak baca lebih lanjut – Cara menilai kesegaran.

Kandungan segar – Kandungan dikemaskini lebih kerap / baru, termasuk kandungan baru. Google  telah mengubah fomat carian ia meletakkan juga faktor masa dalam carian.  Carian terbaru yang ditunjukkan oleh google dalam carian seperti artis, sukan, jenama produk terbaru.  Ia adalah relevan kepada mereka yang nak mencari maklumat baru.

Kandungan basi – Kandungan tidak dikemaskini untuk satu tempoh masa.

Nak baca lagi tentang kandungan segar dalam dua website hebat di bawah.

panduan seo 2012

 

Panduan SEO 2012 – Kualiti blog

 

Kualiti blog ini sangat penting untuk buat panduan SEO 2012.  Apabila Google memperkenalkan panda ia adalah berkaitan dengan kualiti. Great Content = Great SEO adalah satu konsep yang dititikberatkan oleh Google. Kalau kandungan blog di anggap KING. Kualiti blog pula dianggap sebagai QUEEN.   Ia menggambarkan betapa pentingnnya kualiti blog.  Pada tahun 2010 Google telah berjaya mengatasi masalah kandungan post kurang berkualiti atau spam website.  Tahun 2011 melihat Google berjaya menyelesaikan masalah kualiti  dalam carian di Google.   Ketua Google Spam, Matt Cutts menyatakan mereka telah hampir berjaya menyelesaikan masalah kualiti dangan mengenalpasti spam cara mengatasi spam. Kualiti yang harus kita ambil berat adalah kualiti backlink, kualiti design blog, kualiti sosial media link.

Kualiti Backlink

Backlink atau Pautan merupakan  faktor tunggal yang jelas menentukan kedudukan dalam permainan SEO dan panduan SEO 2012.  Jika kandungan dioptimumkan dengan baik tanpa pautan masih berkemungkinan untuk tidak menduduki tempat yang baik digoogle. Sebabnya Google tidak baca artikel anda. Kalau nak bagi google baca kena buat backlink dari authority site.  Keadah mempelbagaikan backlink akan memberi kelebihan dalam ranking artikel anda. Cuba gunakan software beta ini. Masukkan url blog anda dan start  diagnose blog tersebut.  Perhatikan Mozrank yang dicatatkan 1 – 10. Berapa banyak  Mozrank yang anda dapat untuk blog anda. Saya cuma nak anda lihat sendiri dari belakang, link-link yang berjaya dan dikatakan baik oleh Google.

Dr. Pete di Seomoz menerangkan beberapa cara untuk menbuang link yang tidak baik yang boleh manganggu ranking dalam Google anda. Post beliau adalah 6 Ways to Recover from Bad Links banyak mengajar kita keadah yang harus kita gunakan untuk membuang link yang boleh menjejaskan ranking kita.

Kualiti Rekabentuk Blog

Kalau kita bercakap tentang kualiti rekabentuk atau design blog kita tidak akan lari dari onpage atau onsite. Sebagai panduan SEO 2012 kualiti rekabentuk website memang penting.  Rekabantuk bagaimana yang baik untuk digunakan dalam blog kita?  Katakan anda hendak bersaing dalam keyword persaingan tinggi maka faktor masa loading kena juga di ambil kira. Jika ranking signals dalam antara website pesaing anda lebih kurang sama maka masa loading akan diambil kira oleh google. Website tool untuk mengira skor masa loading adalah  webpagetest.org  dan  tools.pingdom.com.  Seomoz ada artikel yang baik untuk memperbaiki masa loading website anda. Website smashingmagazine.com juga ada mengajar cara kita optimakan pixel image kita

Satu lagi keadah yang biasa digunakan sebagai penilaian ukuran yang digunakan oleh webmaster menilai kualiti kandungan dan blog adalah jangkamasa yang digunakan oleh pengguna melayari website kita.  Kalau anda biasa dengan google analytic istilah bounce rate.

Designer website yang ingin melihat bagaimana rupa link-link melingkar dalam sesuatu website.  Saya masukkan disini link untuk download software tool  yang boleh digunakan untuk melihat sitemap atau website kita adalah seperti

  1. Microsoft visio http://office.microsoft.com/en-us…
  2. Power mapper http://www.powermapper.com/
  3. Smart draw http://www.smartdraw.com/
Maaf ya. Tujuan saya buat post ini bukanlah untuk menunjukkan kepada anda cara atau keadah yang harus kita gunakan  untuk mendapat rekabantuk blog yang terbaik tetapi hanyalah untuk memandu anda ke arah itu dengan memberi beberapa maklumat yang berguna kepada anda.
Tips, teknik-teknik untuk bagaimana reka bentuk kreatif mempunyai apa-apa kesan ke atas seo boleh di baca dalam post seomoz ini.

Rekabentuk Onpage

Ada bebarapa perkara yang menarik dalam signal untuk onpage blog kita. Antaranya di nyatakan dalam grafik yang saya ambil dari SEOmoz. Rekabantuk dan kualiti memainkan peranan penting iaitu 30% dari keseluruhan on page blog kita. Asasnya adalah berapa lam pengguna kekal dalam website kita dan mempastikan peratusan bounce rate kita rendah dan masa loading dikurangkan.

 Photobucket

Panduan SEO 2012 – kualiti sosial media link

 

Saya ingin ramalkan pada 2012 ini Google akan mempastikan kualiti social media link dari halaman social akan mempengaruhi SEO blog kita.   Panduan SEO 2012 ini saya sengaja letakkan kualiti link dari social media.   Walaupun Google belum sempurna bacaan signal dari media social tetapi pada tahun 2012 ini ia pasti akan diperbaharui apabila spammer black hat sudah menguasai teknik ini.   Walaupun link dari social media ini merupakan link no follow tetapi google dan bing sudah kata signal no follow juga akan mereka baca. Kalau anda biasa guna google analytic social signal ini telah dimasukkan dalam bacaan.  Saya perhatikan kalau banyak share di facebook dan follow di twitter serta Google plus sesuatu artikel dalam blog kita mudah untuk mendapat ranking di muka pertama Google. Kalau saya guna word press saya suka guna plug in digg digg sebab ia muncul di tepi website kita dan apa bila kita gerakkan page kebawah ia akan ikut juga.  Kemungkinan klik adalah tinggi. Jika anda belum like, follow atau G+ button ditepi tu, tolong klik ya.

Walaubagaimanapun ia bukanlah perkara baru dalam signal Google.  Pada disember tahun 2010 bing dan Google telah mengumumkan sosial media link ini mempengaruhi SEO blog kita.  Pada saya ia masih lagi dianalisa secara kasar.

Sebab itu wujud satu istilah ” social authority ” ia dikatakan berkaitan dengan berapa ramai yang follow akan menjadi pengukur kepada seseorang itu di kira authority oleh Bing.  Bagi google mereka melihat kepada berapa ramai yang share artikel tersebut. Google memanggil ia sebagai  “Author Authority,” dan  Bing memanggil ia sebagai “Social Authority.”

Perkara yang mungkin dilihat oleh Google adalah Kepelbagaian Sumber dari berbagai akaun social media profil , Penentuan Masa, Kandungan sekitarnya relevan dengan topik,  dan kuantiti klik, Retweets, likes.

J telah membuat satu post yang baik dalam seomoz tentang senarai  semak social media yang kita gunakan dalam blog kita dan tool baru seomoz adalah berkaitan dengan cara membaca social media signal.

Jadi boleh disimpulkan di sini authority social media, Maklumat terbaru yang dikongsi, kekerapan bahan kita di kongsi dengan mempastikan kita sediakan button berkaitan social media dalam blog kita mudah diakses.  Kalau kandungan blog bagus pasti ramai yang akan  kongsi dalam social media mereka. Pengaruh dalam social media juga penting contohnya jika seorang SEO berkongsi bahan berkaitan dengan SEO maka ia lebih memberi pengaruh dari seorang yang dalam niche jual baju.  Google dikatakan berupaya mengesan ia melalui profile dalam social media dan berapa ramai SEO yang berhubung dalam social media kita.  Jadi kalau anda belum setkan profile yang berkaita dengan niche anda , anda kena buat sekarang.

Jika belum setkan sekarang dengan memasukkan dalam Favourites atau mula klik likes dalam page yang berdasarkan niche kita. Follow mereka yang sama niche dengan kita dalam twitter. Ini sangat penting dalam signal baru yang nyatakan oleh Google dan Bing tentang signal dari social media.

Print Friendly
happysus

Author: 

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

Related search

    No internet connection No internet connection

Related Posts

6 Responses

  1. terapi imam muda12/19/2011 at 12:04 amReply

    terima kasih sifoo …

    saya terlepas pandang akan perkara yg diutarakan ini .

    rupanya masih ada kena mengena dengan seo juga .

    kena buka twitter yg dah berabuk tu …

    so far … saya memang mengikuti rancangan SEO tuan happysus

    terabyte !

     
  2. sofian12/19/2011 at 12:18 amReply

    nice one 🙂

    yup, benda ni mungkin akan diimplementasikan dalam masa terdekat, dan in fact, memang kalau lihat pada trend terkini, search engine akan melihat pada berapa ‘suka’ human kepada post-post yang dihasilkan..benda ni still under progress, old method still works, but with a little difference 🙂

    neway, really good resource 🙂

     
  3. happysus Author

    happysus12/19/2011 at 12:38 amReply

    Sofian, thanks beri komen, betul Google sekarang menyamai tapisan manusia. Setting dalam page kita juga saya belum sentuh, ia juga penting. Tahun 2012 ini adalah berkenaan dengan SEO dari Social Media seperti facebook dan twitter.

    terapi imam muda, Saya dapati Google dan Bing lebih memberi matrik signal dari twitter dari Facebook. Saya rasa Google dan facebook ni tidak boleh duduk serumah. tapi Google pro.

    Thanks bagi komen

     
  4. Fiqa12/19/2011 at 4:14 pmReply

    Terima kasih happysus..banyak cabaran nak bermain dengan seo ni..nak tak nak terpaksa la sbb ada kepentingannya 🙂

     
  5. happysus12/25/2011 at 9:00 pmReply

    Ya, penting juga tahu basic SEO on page dan off page. Kalau ada masalah PM saya.

     
  6. 3 Pakar SEO- Gianluca F, Dr. Peter Meyers dan Rand Fishkin panduan SEO 2012 — Cara Buat SEO Blog Sendiri03/23/2012 at 11:30 amReply

    […] Panduan buat SEO BufferDigg DiggSaya ada buat beberapa post tentang panduan SEO 2012 adalah berkaitan dengan kualiti blog.   Saya kongsi sikit di sini apa yang saya baca untuk […]

     

Leave a Reply


*

CommentLuv badge