APA YANG PAKAR SEO (BRAIN DEAN) SEMBUNYIKAN (2017)

APA YANG PAKAR SEO (BRAIN DEAN) SEMBUNYIKAN DALAM SEO TUTORIAL

Apa yang pakar SEO sembunyikan? Panduan Step by Step SEO Tutorial 2017 merupakan satu koleksi tutorial daripada Brian Dean, dari backlinko.com. Saya akan mengali apa yang pakar SEO Brain Dean sembunyikan. Saya akan kupas satu persatu video beliau.

untuk aDVANCE SEO

ISTILAH DIBAWAH MUNGKIN MEMENINGKAN KEPALA ANDA.

BACA DULU ASAS SEO

Brain Dean, Backlinko.com

Video Advance SEO Tutorial ini (2017 ) adalah video terkini yang dikongsikan oleh Brain Dean.

Panduan ini menerangkan apa yang dinyatakan oleh Brain Dean berdasarkan apa yang saya faham dan pengalaman kerja-kerja SEO.

 

Apa strategi yang berkesan?

1) SITE LOADING SPEED

Ramai yang salah, tanggapan bahawa google akan memberi site laju kedudukan yang baik di google.  Menurut Brain Dean Google fakta ini salah.

Apa yang betul: bukannya menangkan site yang laju tetapi ia akan mendenda site yang  perlahan (penalty site yang perlahan). Tugas google memberi keputusan carian yang baik kepada pengguna mereka.

Bagaimana Cara Baiki Speed website

MEMBAIKI SPEED SITE dengan menggunakan google site speed.  Tip- jangan gunakan page muka depan site anda tetapi gunakan page dalaman atau blog url site.  Bukan page biasa tetapi page yang paling tinggi trafik. Page yang paling banyak pelawat masuk.

Tool ini adalah milik google, ia akan memberi data error yang menyebabkan loading site page kita menjadi lambat. Berdasarkan pengalaman saya, ada bahagian yang tidak dapat kita buat apa-apa kerana ia adalah dari site lain.

Kita tidak dapat ubah imej yang tidak optimise di page milik orang lain contohnya plugin. Contoh : plugin ini yang saya install dari page (w.sharethis.com/image)

TIDAK BOLEH UBAH
Imej dalam kotak hitam di atas boleh kita optimakan.

Step 1: Download sumber yang diberi Google.

Kita pergi bawah sekali, cari perkataan yang berwarna biru. Down load.

Download optimized image, JavaScript, and CSS resources for this page.

Brian Dean tidak bagi sedetail ni, ini adalah kerana video dia untuk mereka yang telah tahu asas SEO.  Saya tahu apa yang beliau maksudkan. Saya akan kongsikan di sini.

Ini adalah perkara biasa bagi saya dalam melaksanakan audit site selama ini. Nasihat saya adalah pastikan anda bagi tarikh imej atau nama unik file yang anda download supaya tidak tersalah file.

Step 2: Pastikan file yang didownload diletakkan dalam folder dan dinamakan dengan betul.

download kecilkan imejstep 3: Unzip file di atas.

folder untuk dikecilkan

Anda akan dapat 3 file, kita guna folder image saja dulu.

katakan anda ada imej ini

logo footer kecilkan

step 4:  Pergi ke page speed insight anda bahagian image> kita tahu bahawa imej yang nak kita tukar ada dalam theme/theonepager/image/logo-footer.png

kecil je imej ini dean power backlinko

 

step 5: masukan file dalam cpanel dalam folder yang betul.

file manager>public html>wp-content>themes>theonepager (file themes anda) >image> Upload di sini ya.

overwrite file> akan keluar

backlinko ini

Step 6: selesai.

 

2) Teknikal SEO

Jika website anda bermasalah, cara yang paling mudah untuk mengesan masalah adalah menggunakan google search console . Kalau tidak ada masalah pun wajib setiap bulan menyemak google console.

Google Console > Current Status>Crawl Errorrs

Jika ada 404 perlu baiki.

google console error kena baiki

Sekirannya ada error macam ini nampak kritikal. Masalah adalah 294 page not found.

Jika ada masalah sebegini, kena periksa satu persatu.  Jika memang page tidak ada maka buat redirect 301 ke page lain yang berkaitan. Biasanya perkara ini berlaku masa website kita down atau bermasalah.

Jika page ada pula hanya perlu tekan mark as fixed.

fix masalah error dalam console

Ada dua option

1) Mark as fixed: jika kita dapati tidak ada masalah pada site kita.

2)Fetch as Google:  untuk memberi tahu google untuk crawl semula page tersebut. Ini adalah penting jika page ini adalah page money. Kita nak google cepat-cepat crawl. Ini Brian Dean tidak ajar ya.

step 1: Pilih url yang kita nak perbetulkan

http://desaguru.com/pendidikan/tauladan-dan-pengajaran/pelajar-universiti-tanpa-dua-tangan-boleh-berjaya/
menunjukkan errormenunjukkan page can’t be found

step 2: gunakan google untuk mencari page

Cara mencari post dalam website yang banyak post  Site:namadomain.com  keyword

error cara nak betulkan

step3: Masuk wordpress guna redirect plugin

 

Apa pelbagai pilihan plugin redirect yang anda boleh pilih.  Sebaiknya gunakan redirect 301.  Saya guna plugin redirection untuk contoh di atas, selapas anda buat submit redirect 301, buat semakan broken url di atas dalam browser.

Pilihan lain guna plugin redirection untuk wordpress 

Download plugin dan guna seperti dibawah.

redirection

Step 4: selesai.

 

3) KAJIAN KEYWORD

a) Google tool suggestion

Tool cadangan perkataan Google  memberi maklumat  yang  dinamakan sebagai long tail  keyword.  Katakunci ini adalah  yang dicari oleh orang.

cari keyword guna google suggestion

Google tool ini di atas memberi kita pilihan perkataan yang baik.

CARIAN KEYWORD GUNA GOOGLE

Brian Dean tidak menyatakan dibahagian bawah ada keyword yang sangat baik. Keyword yang LSI yang pernah saya terang dalam post saya yang lalu. Rajah di atas anda akan lihat lain sedikit kerana ada carian bulanan dan berapa kos keyword. Anda install SEOQuake anda akan nampak seperti imej di atas.

Tambahan 1: Guna ubersuggest.io

Boleh digunakan untuk mendapat banyak pilihan keyword.

cara cari keyword

Nak tak pdf untuk keyword di atas.  Download di sini.

Boleh komen di bawah ya. Tanda terima kasih. ha.ha.

b) Google Search Console (GSC) – Google Analytic

Mungkin ramai yang terkejut atau pertama kali mendengar dalam google console pun ada bagi keyword. Keyword ini hanya boleh diperolehi oleh mereka yang boleh akses kepada GSC. Jika ada buat website untuk client atau buat servis seo kena minta akses kepada GSC ini. Minta full akses.

Banyak perkara yang boleh diperolehi oleh kita dalam GSC. Fokus kita dalam topik ini adalah untuk dapatkan keyword.

Okey, baiklah.

Saya berpendapat anda sudah ada akses pada akaun GSC.

Step 1: Google Search Console >Google Analytic > search result

search console keyword search

Pilih search analyatic

Step 2: pilih posotion dan  CTR (Click through rate)

search console choose

Kenapa nak pilih? Adakah itu soalan anda. Kita akan pilih position dan CTR dimana ia akan menunjukkan kepada kita kedudukan keyword yang masuk dalam page kita.

Kenapa ini penting?

Kita nak tahu adakah usaha kita selama ini berbaloi atau tidak. Adakah kita akan mendapat kedudukan yang baik di dalam Google.

step 3: Download dalam excel atau csv

kedudukan dalam google teknik panduan sulit

Senarai keyword akan diperolehi dan kita juga boleh mengetahui kedudukan  dalam google.

c) Semrush

Semrush adalah tool keyword yang dicadangkan oleh Brian Dean.  Tool ini bukannya free. Kita boleh mendapat basic keyword menggunakan tool ini. Fungsinya juga terbatas apabila kita guna tool percuma. Mari kita lihat apa yang boleh saya bantu anda dalam kajian keyword ini.

semrush tool power cari keyword

Bagaimana nak cari keyword?

semruch tool keword mudah

Terdapat beberapa pilihan keyword yang ada seperti Keyword analytic dan domain analytic.  Apa yang power adalah

semruch tool keword related

Ia memberi terus beri kita keyword yang disertakan dengan tambahan penambah yang akan membantu kita mengenalpasti keyword yang terbaik.

Magic tool semruch

Apa yang ada di atas boleh di dapati dengan menggunakan box di atas magic box. Ada cuba sahaja dulu ya kemudian kalau tidak faham boleh pm di bawah. Insya Allah saya akan jawab.

4) Dr Jonah Berger – Penyebab kandungan menjadi viral  34% content go viral

Saya jumpa PDF ni. download PDF (What Makes online Content Viral?) >> go viral PDF. Tetapi saya jumpa data ini, adoi tidak sepatutnya berlaku. Terdapat perbezaan dalam data. Kita bincangkan apa yang dinyatakan oleh Dr Jonah Berger. Terdapat percanggahan data Dr. Jonah Berger dan apa yang dipetik oleh Brain Dean dalam backliko.com. Nasihatkan saya kalau apa yang saya nyatakan ini tidak betul ya.

Dr. Jonah Berger SEO contect

Dr Jonah Berger – University Pennsylvania kajian yang menyebabkan kandungan online menjadi viral. 34% content go viral dengan kandungan yang mengandungi  praktikal info.

Apa yang saya jumpa dalam artikel Dr. Jonah Berger.

Kajian yang dibuat oleh Dr Jonah Berger adalah berkaitan dengan email yang dihantar mempunyai kandungan

  1. membangkitkan kenangan,
  2. Kemarahan,
  3. Kebimbangan,
  4. Kekaguman,
  5. Kesedihan,
  6. Kejutan,
  7.  Praktikal (berguna, berfaedah, bernilai, berkelebihan, membantu, keistimewaan) ,
  8. Minat,
  9. masa di atas page utama

Apa yang dinyatakan oleh Dr Jonah Berger.

Dr. Jonah Berger apa yang dinyatakan oleh beliau ciri kandungan blog practical

Berdasarkan maklumat dari kajian di atas ternyata bukan 34% tetapi hanya 30% untuk practical value. 

30% bukan 34%

Content Control -Practical utility termasuk control email adalah .34.

Saya nak jadi lebih positif dari negetif setelah membaca post Brain Dean. Tidakkan dia bohong kan.

  1. Analisis lebih daripada  artikel New York Times selama tiga bulan telah memberi keputusan tentang jenis kandungan online yang menjadi viral.
  2. Artikel lebih panjang mungkin lebih cenderung memasuk ke dalam lebih maklumat yang terperinci. Ia cukup untuk memberi inspirasi  kerana ia mengandungi lebih banyak maklumat.
  • Is positive or negative content more viral? Jawapan: Positif
  • How do specific emotions affect virality? Bagaimana emosi membentuk virality. Keputusan menunjukkan bahawa positif Kandungan lebih banyak berbanding kandungan negatif, tetapi hubungan antara Emosi dan penghantaran sosial lebih kompleks.

Backlinko.com telah mengeluarkan infografik yang menarik berkenaan dengan viral content. Kandungan yang viral. Saya cuba mendapatkan kajian dari Dr Jonah Berger, cuba mencari data 34% content go viral ini. 

Jawapan kebanyakan ada dalam infografik dibawah. Luangkan masa anda baca pelahan-lahan infografik kandungan viral. 

infografiK KANDUNGAN VIRAL
Copy masukkan dalam text website anda.

5) Content marketing best result.

Kandungan blog yang panjang diletakkan kedudukan tinggi dalam keputusan carian Google daripada kandungan blog yang pendek.

Persoalannya adakah kandungan yang panjang mengatasi kandungan blog pendek, 200 perkataan?

Brian Dean dalam kajian mereka  mendapati (page yang mengandungi kurang daripada 51 perkataan dan lebih daripada 9999 perkataan). Page dengan kandungan yang lebih banyak kedudukan jauh lebih baik daripada kandungan pendek.

Malah, purata  perkataan yang menghasilkan page pertama di Google adalah 1,890 perkataan.  Ini amat bertentang dengan kajian lama iaitu,

kandungan yang lebih lama memberi kedudukan lebih baik di Google.

Tetapi perhubungan ini boleh disebabkan oleh fakta bahawa kandungan yang lebih lama menjana lebih banyak signal sosial. Atau ia mungkin menjadi keutamaan kepada Google untuk rank lebih tinggi artikel lebih lama.

Teori lain ialah  kandungan yang lebih panjang meningkatkan perkaitan page utama anda. Google lebih memahami secara lebih mendalam berkenaan kandungan topik.

Kandungan lebih panjang mengambarkan  usaha penulis  memberi Google kandungan yang boleh memberi manufaat kepada pembaca.

Yeh..

Ini yang Google suka.

Betul tak…

Brian Dean telah memberi kita gambaran yang jelas bahawa kandungan jangka panjang adalah yang terbaik untuk SEO. Persoalannya berapa panjang.

Brian kata 1,890 perkataan. Tahukah anda Brian tulis lebih panjang sehingga 2000- 4000 patah perkataan. Ini memang kerja gila. Kalau saya entah berapa lama saya akan habis tulis. Post ini pun rasa nak mutah tulis. Kita ni bukan penulis.

 

6) Infografik – 2.3x share lebih banyak share like

Data dari BuzzSumo mendapati bahawa infografik menghasilkan 2.3x lebih banyak perkongsian sosial daripada post yang mempunyai “how-to”.

Apa yang dinyatakan oleh artikel tersebut adalah:

Kenapa Kandungan menjadi Viral:

Mereka telah menganalisis 100 Juta Artikel  yang memberi data kepada mereka.

1. Artike panjang > artikel pendek
2. Imej meningkatkan FB Share
3. Imej meningkatkan Twitter Share
4. Melakukan artikel berbentuk

 

(INVOKE AWE):-

  • pertanyaan,
  • kehebatan,
  • kekaguman,
  • penghormatan,
  • penghormatan,
  • harga,
  • ketakutan,
  • ketakutan

(LAUGHTER) 

  • Ketawa,
  • tertawa,
  • menggelegak,
  • mengejek  ,
  • pengalaman mencari sesuatu yang lucu kegembiraan,

(AMUSEMENT) 

  • keseronokan,
  • kegembiraan hati,
  • keseronokan,
  • keseronokan,
  • semangat tinggi,
  • keseronokan 

5. Senarai SHARE  & Infografik (INFOGRAPHICS)

6. No 10 adalah nombor yang sesuai untuk list (TEN IS THE MAGIC NUMBER FOR LISTS).

7. Lebih kepercayaan makan lebih perkongsian (MORE TRUST = MORE SHAREABLE)

8. Pengaruh memberi kesan berganda (INFLUENCERS HAVE A MULTIPLYING EFFECT)

9. Mempromosi kandungan lama (RE-PROMOTE OLD CONTENT)

10. Selasa adalah hari yang baik untuk share

kandungan panjang

image: OkDork.com

7) Masukkan keyword dalam 100 -150 perkataan pertama di bahagian permulaan artikel.

BRIAN’S  This is something that you probably do naturally. Most people start their posts with a long, meandering intro…and they use their keyword for the first time at the middle or end. You should drop your keyword somewhere in the first 100 words or so. This helps Google understand what your page is all about.

Backlinko.com 100 word pertama

Ini adalah imej yang dikongsikan oleh Brian Dean

Adalah penting untuk meletakkan keyword permulaan artikel sebaiknya diantara 100 perkataan pertama. Ia merupakan signal yang penting untuk google mengenali apa yang kita tulis.

100 word pertama

Ini adalah kenyataan dari Moz.com

 

8) Outbound link dalam kandungan, link keluar akan ke page lain.

Laman web yang menghubungkan dengan sumber yang bermanfaat.  Website ini hanya menghubungkan dengan website mereka sendiri sahaja. Cuba elakkan, jangan kedekut untuk bagi link kepada site authority. Google suka, maknanya signal ini adalah baik untuk post kita.

Ini adalah strategi SEO white hat untuk mendapatkan lebih banyak trafik.

Backlink ke page berkaitan akan membantu Google memikirkan topik page atau post tersebut. Ia juga menunjukkan kepada Google bahawa website tersebut telah memberi maklumat yang berkualiti.

Apa kata Brian Dean

Not linking out might be the #1 on-page SEO mistake that I see people make. I try to use 2-4x outbound links per 1000 words. That’s a good rule of thumb. Make a link  to authority sites.

Apa yang dinyatakan oleh Brian Dean mencadangkan kita  menggunakan backlink keluar 2-4x setiap 1000 perkataan.

Itulah aturan praktikal yang baik untuk kebanyakan laman web. Perlu diingat bahawa tapak yang kita hubungkan untuk melihat post anda.

9) Broken link building

Anda boleh akses artikel ini untuk membina link masuk ke page anda.

a) Mencari website yang ada 404 broken link.

Ramai websmaster tidak tahu bahawa link website mereka tidak dapat diakses. Jadi ini adalah peluang anda untuk mendapatkan link tersebut.

Apa yang Brian lakukan adalah  mencari website yang sama dengan niche wesbite kita. Sebaliknya, berikan pemilik website  mengetahui tentang apa-apa backlink yang putus yang anda cari.

Kini kita boleh menghantar e-mel kepada mereka dan hanya meminta backlink balik ke page kita. Jika website kita bagus maka tidak ada sebab pemilik website tidak mahu link balik.

Hi [Site Owner Name],

I was just browsing around your resources page today, and among the lists of great resources, were some broken links.

Here’s a few of them: [URL 1] [URL 2] [URL 3] Oh, and I have a website, [Your Website], that also regularly posts quality content related to whatever. Feel free to post a link to it on your resources page. Either way I hope this helps and keep up the good work!

Thanks,

[Your Name]

Brian tidak kongsi bagimana nak dapatkan broken link ini.

Sebelum cari kena gunakan carian dibawah Google using these search strings

“keyword1 + keyword2 ”  + “resource page”

“keyword2 ” + “resources”

“keyword3” + “recommended sites”

“keyword4” + “links”

machine pra sejarah

Tawarkan kandungan anda. Jika ada masalah nak cari gunakan wayback mechine untuk skodeng page yang telah putus tadi. Di sini kita boleh membuat page berkaitan.

 

broken link

https://github.com/ocodia/Check-My-Links/

10) CTR- Click Through rate.

Ini adalah signal yang penting dalam semua algorithm google. Ia dinamakan sebagai User experience signal .

Google secara tidak rasminya telah mengeluarkan kenyataaan berkenaan dengan Rank Brain.

Bulan oktober 2016 satu artikel dari Moz.com yang ditulis oleh  Larry Kim. Ia adalah menerangkan bagaimana Rankbrain bekerja. Data Rank Brain menkaji bagaimana user berhubung dengan site dalam carian Google. ranks site sedikit sebanyak dalam user experience signal.

Larry menyatakan sangat jelas perkaitan antara  Click Through rate dan ranking.  Adakah CTR tinggi akan mengalahkan CTR rendah. Sudah pasti google suka CTR tinggi.  Rank Brain guna.

Larry juga memberi tahu page yang dibawah 70% boleh ranking lebih baik kerana rankbrain tahu bila orang keluar baunce dari site  kita.

Click magnet.

Rank fish

Brain kata apa:

Untuk mendapatkan keputusan terbaik.  Jika CTR tidak baik maka usaha kita nak rank post adalah sia-sia.  Kalau tidak ada orang yang berminat nak klik post dari google. Sebab apa?  Title tidak bagus.

Banyak kajian yang dilakukan untuk membuktikan kenyataan ini. Moz pun pernah buat kajian ini.  Brain Dean ajar  bagaimana buat title bagus kita guna cara dibawah.

Cuma 3 step >>>

Step1: Cari adword ads – Get klik.

Step2 : Masukan word & Phrases dari Adword ads didalam title dan description tag

Step3: Get more klik. Kaji Ads. word ( boost, Email Lists, Build, Grow)

Apa yang perlu kita pastikan adalah post kita tu berkualiti, maksudnya memberi makna kepada pembaca. Perkataan dibawah amat berkesan ditambah untuk meningkatkan klik kata Brain.

  • Power word (Perkataan berkuasa)
  • Today (terkini)
  • Right now (Kini)
  • Fast (Cepat)
  • Work quickly (Segera)
  • Quick (Cepat)
  • Step-by Step (satu per satu)
  • Easy (mudah)
  • Simple (senang)
  • Fast result (keputusan cepat)

Kesimpulan

Wow saya telah buat artikel sepanjang 2548 word. Rasanya cukuplah untuk memberi nilai kepada pembaca blog ini. Walaupun memakan masa buat artikel panjang begini. Kita tengok lah nanti. Saya harap anda akan beroleh sesuatu dari perkongsian ini.

Jika anda belum join kita dalam group seo Malaysia di Facebook boleh lah request.

seo malaysia tegar

 

 

Tags: , , , ,

APA YANG PAKAR SEO (BRAIN DEAN) SEMBUNYIKAN (2017)

9 Responses

  1. Saya nonton habis..

    Memang best gitu saya suka banget

    mrhanafi 07/30/2017 at 2:02 pm #
    • ya. salam, semoga bermanufaat. saya tengah update post ini.

      admin 08/03/2017 at 4:36 am #
  2. Banyak lagi yang perlu dipelajari kalau bab SEO ini sebab sentiasa ada perubahan semasa
    Khairul Zamri recently posted..8 Cara Untuk Positif Di Tempat KerjaMy Profile

    Khairul Zamri 08/01/2017 at 6:33 am #
    • Betul tu. terima kasih.

      admin 08/03/2017 at 4:35 am #
  3. sekarang saya dah baca habis..didapati banyak informasi yang bermanfaat..

    saya secara berperingkat.

    terima kasih admin
    mrhanafi recently posted..Guna Poslaju Trace And Track Lebih DiyakiniMy Profile

    mrhanafi 08/10/2017 at 2:22 pm #
  4. panjang. tapi aku faham la jugak.

    ramai yang tak faham nih. hehe..
    titan recently posted..The Super Collosal Big Fat Boss Baby.My Profile

    titan 08/11/2017 at 12:07 pm #
    • Thank for your comment. Testing guna more than 2000 word, boost bounce rate down. Saya tengok boleh naik tak CTR diubah ada perubahan atau tidak. Pakar macam tuan titan sure no problem.

      admin 08/13/2017 at 7:51 am #
  5. Salam n Hola

    Den pernah baca gak dulu relation antara number of words dengan ranking.. tak ingat dah URL kajian tersebut..

    Rumusan dari kajian tersebut..

    Majoriti post yang mendapat ranking tinggi itu mempunyai bilangan perkataan yang tinggi. Ini tidak bermakna artikel/post yang mempunyai jumlah bilangan yang tinggi akan mendapat ranking yang tinggi (correlation and causation).

    Anyway.. den faham what it takes untuk tulis post beribu ribu perkataan… memang nak muntah gak la.. hahaha.. especially bila part nak jadi editor.. check for grammar and spelling mistakes..

    Hahaha…

    Good Job… kena tambah usaha buat kerja Editor pulak lepas nih.. Rehat sehari dua.. lepas tuh baru buat tugas Editor.. Otherwise.. memang takkan nampak segala mistake yang ada..

    Hehehe..

    Hadee Roslan 08/15/2017 at 10:57 pm #
    • Thanks you, betul kena edit.Ha.. janji faham.

      admin 08/16/2017 at 9:13 am #

Leave a Reply

*

CommentLuv badge