Pelekat Apa Yang Anda Guna Untuk Trafik website Anda.

Category : blog, tip, Trafik blog
Pelekat Apa Yang Anda Guna Untuk Trafik website Anda.by happysuson.Pelekat Apa Yang Anda Guna Untuk Trafik website Anda.  Topik hari ini saya cerita tentang pelekat? GAM atau tape pelekat . ke? Bukan.  Saya nak bagi satu perumpamaan  kepada anda  bahawa anda kena minta pelawat blog kita supaya tunggu lama di blog. Soalan yang perlu kita tanya adalah?   Kenapa  pelawat perlu tunggu lama? Apa yang anda mampu berikan supaya pelawat anda gembira masuk […]
 
Topik hari ini saya cerita tentang pelekat?

GAM atau tape pelekat . ke?

Bukan.  Saya nak bagi satu perumpamaan  kepada anda  bahawa anda kena minta pelawat blog kita supaya tunggu lama di blog.

Pelekat

Soalan yang perlu kita tanya adalah?

 

  1. Kenapa  pelawat perlu tunggu lama?
  2. Apa yang anda mampu berikan supaya pelawat anda gembira masuk ke blog anda?
  3. Apa sebab pelawat blog anda pergi kali ke-2 dan seterusnya ke blog anda?
  4. Apa yang mampu menarik minat mereka untuk klik link dalam blog anda?

 

 

Kenapa Signal Trafik Penting untuk SEO blog

 

Google memberi banyak kelebihan kepada metrik pengunjung ke laman web kita, sehingga tidak hanya cukup untuk mendapatkan orang ramai untuk melawat laman web anda lagi. Anda perlu memastikan bahawa mereka sentiasa sibuk dengan pelbagai maklumat dan perkara-perkara yang akan menarik minat mereka berdasarkan apa yang mereka cari di laman anda.  Ini adalah perkara yang saya nyatakan di atas.

  1. click sesuatu,
  2. download sesuatu,
  3. isi apa-apa borang,
  4. tonton video yang kita sediakan,
  5. click link yang ada di page atau post.
  6. Ini memerlukan reka bentuk yang bersih dan menarik laman web.
  7. Mempastikan navigasi dalam atau internal link yang jelas dan tidak putus
  8. Banyak kandungan berkaitan kualiti yang baik untuk menjaga pengunjung anda sypaya sibuk untuk berada seberapa lama yang boleh.

 

Sekiranya pengunjung anda gembira masuk ke website anda maka ini akan memberi isyarat kepada google bahawa site anda bagus.  Ia juga memberi isyarat kepada Google bahawa website kita telah melepasi satu ujian yang besar yang dinamakan enggagement atau dalam bahasa melayunya

 

enggagement  =  [penglibatan, perhubungan, pembabitan atau perbincangan]

 

Google sedang memerhatikan sebarang klik-semula kepada keputusan SERP balik ke search engine.  Ini yang kita perlu jaga.  Trafik yang kita bawa masuk adakah trafik yang targeted.  Punca trafik pengunjung yang masuk adakah mereka sudah mendapat apa yang mereka mahu.  Kalau page tersebut tidak ada apa yang dia mahu maka pengunjung tersebut akan lari keluar.   Ini dinamakan Bounce rate. Kalau anda buka laman web logo-header anda letakkan apa-apa website cth mana-mana website newpaper malaysia kita akan lihat tool ini dengan mudah mengira bounce rate site tersebut.  Apa kita ingat ia susah sangat ke bagi Google untuk kira bounce rate.

Kalau kita baca buku semantic Web anda akan faham bahawa Google juga melihat kepada direct trafik yang masuk.  Apakah direct trafik?

 

Kita akan lihat kaji Trafik untuk website Top Malaysia untuk ketegori people and society.

 

Trafik website mudah

 

 

Okey sekarang kita kaji punca trafik untuk Beautifulnara.com, saya rasa ramai yang tahu website ini.  Apa yang istemewa pada website ini.   Dalam ranking website malaysia ia adalah di tangga ke 68

Kajian trafik butifulnara

 

Kalau kita lihat di sini pengunjung website ini telah mencecah kepada 3.4 juta pada Januari 2014.  Pengunjung adalah diantara 500 ribu ke 750 ribu sehari.

 

Trafik Beautifulnara.com

faktor trafik butifulnara

Apa yang jelas berdasarkan jadual di atas hampir  separuh dari trafik Beautifulnara.com iaitu 45% adalah trafik direct.  Beautifulnara.com moz tool
Ini bermaksud sama ada ramai dah bookmark atau paste cut nama url ke browser.  Ini juga memberi indicator kepada Google untuk menjadi punca kenapa Google harus bagi Authority kepadawebsite Beautifulnara.com ini.  Saya tidak pasti berapa kiraan direct ini  yang boleh melayakkan sesuatu website di beri authority.  Pada saya setelah melihat beberapa website malaysia saya dapati kalau direct mencecah 30% sudah dianggap baik.  Kekuatan pada beautifulnara.com adalah kandungan website yang sentiasa update dan kaya dengan maklumat terkini dunia hiburan Malaysia.

Kalau dulu say guna moz.com tool saja nak lihat  melalui moz tool.

Trafik Paultan.org

 

Okey sekarang kita akan lihat trafik untuk website paultan.org.  Website kereta ini memang diminati ramai.  Ia memang sekian lama sudah meniti dibibir peminat kereta Malaysia.

Trafik website Paultan.org

Paultan.org adalah website yang ke-2 dalam ketogeri people and social.  Purata trafik adalah 270 ribu sehari.

 

paultan.org trafik

 

Website ini memberi kita direct trafik sebanyak 36.9 % daripada keseluruhan website.  Website ini memberi kita kandungan yang bagus dan menarik.

 

Kesimpulan

Fokus utama adalah untuk menaikkan direct trafik ke website kita. Kita belajar dari website di atas dan anda boleh kaji sendiri dari mana sumber trafik masuk ke website-website ini.  Apa kata kita duplicate apa yang mereka buat.  SEO adalah pelengkap kepada trafik website, SEO hanya memberi trafik kedua terbesar untuk website utama ini.  Untuk sampai ke tahap ini kita kena banyak memberi apa yang mengembirakan pengunjung dan menyebabkan mereka datang lagi.  SEO bukan lagi buat backlink, SEO adalah bagaimana kita menghubung antara webmaster dan pengunjung.

Social signal adalah pelengkap sahaja, sumber trafik lain adalah dari mail dan refferal dari website lain.

Print Friendly
happysus

Author: 

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

Related search

    No internet connection No internet connection

Related Posts

Leave a Reply


*

CommentLuv badge