bloggingPanduan buat SEOSEO Google

10 Soalan Pertanyaan Apa itu SEO Cik Kiah Pembuat kek Lapis Sarawak

Sukar nak terangkan APA ITU SEO ? kepada pelanggan anda.

 

Soalan 1: Kenapa website saya tidak ada dalam google

 

Cik Kiah seorang pembuat kek Lapis Sarawak sudah ada website. Website dia belum di index google. Suatu yang mustahil berlaku pada ketika ini.  Ini adalah kerana kalau ada link masuk pasti Google boleh masuk.  Tahu tak kenapa website Cik Kiah tidak diindex Google. Banyak sebab.

 

Baca lagi.

Bawah sekali saya jawab.

 

Kenapa website tidak ada dalam google?
Ini adalah pertanyaan yang biasa kita dengar dari mereka yang ada website macam Cik Kiah.

 

Cik Kiah, cik Kiah….
Cik kiah

 

Cara mudah kalau kita ada bersama pelanggan seperti Cik Kiah, orang kata face to face
Taip ni dalam google ya.

site:website.com

Masukkan dalam google search bar.

Tengok ada tak cik Kiah.

Kalau ada tu, bagus Cik Kiah.

 

PENJELASAN 1:

Kalau ada pelanggan macam Cik Kiah ni, kena jelaskan sebaik mungkin kenapa website dia tidak ada di google.

Mulakan penyiasatan anda dengan hanya menaip

site:domain.com ke dalam bar carian Google.

Ingat juga bahawa anda boleh melakukannya di sub-direktori  sebagai cara untuk mendapatkan lebih daripada 1000 page dari laman web ini.

INI JAWAPANNYA 

Google akan merangkak (Crawl) dalam website kita untuk mengambil maklumat untuk dibawa balik ke data center mereka. Bagaimana dia buat bukan dalam post ini.
 
Dalam istilah SEO mudah untuk menyelesaikan masalah ini;

Mengapa Laman Cik Kiah Tidak Dapat Diindeks

Macam kes Cik Kiah
 
Kita  yang nak tunjuk jawapan kepada Cik Kiah kena download SEO Quake plugin  dalam browser kita.

Perkara berikut yang tidak diautomatikkan tetapi merupakan satu cara untuk melakukannya.

    1. Pertama, pasang plugin SEO Quake
    2. Pergi ke Google
    3. Matikan Google Instan (http://www.google.com/preferences)
    4. Pergi ke Carian lanjutan menetapkan bilangan keputusan yang anda mahu dipaparkan (anggaran jumlah halaman di laman web anda)
    5. Kemudian jalankan site:www.contoh.com pertanyaan carian
    6. Eksport ini ke CSV

 

Kek Lapis sarawak cara nak lawan mira kek house dalam google
I : maksudnya page yang telah diindex google. Bilangan page yang telah diindex google.

 

Cik Kiah kalau ada nombor maksudnya sudah diindex Google.

 

Soalan 2: Nak cakap dengan Cik Kiah kena kaji dulu 5 LIMA perkara ini

 

Ini bukan soalan Cik Kiah.
Sebelum Cik Kiah tanya soalan kita kena kaji Cik Kiah ni orangnya macam mana. Ramai Webmaster yang menghadapi situasi yang sama berhadapan dengan pelanggan tapi tidak mengetahui 5 perkara ini. Menyesal nanti.
Baca lagi

 

Perkara 1:

Ketahui kepakaran Cik Kiah dalam dunia internet.

 

Sebelum anda mula menerangkan SEO kepada Cik Kiah, pertimbangkan berapa banyak pelanggan anda macam Cik Kiah mengetahui mengenai internet.

 

Ini akan membantu anda menentukan tektik jenis apa yang harus anda gunakan ketika menerangkan SEO.

 

Perkara terakhir yang anda mahukan ialah tidak mahu mengelirukan klien anda dengan menggunakan istilah SEO yang sukar, atau menghina pelanggan anda dengan menggunakan penjelasan yang terlalu mudah.

 

Serba salah.

wanita geleng kepala

 

Sebagai contoh:

 

Jika Cik Kiah bukan mengatahui istilah dalam internet seperti laman web, enjin carian, blog, link, dan sebagainya, pertimbangkan untuk menggunakan lebih banyak analogi dan perbandingan.

 

Ya saya tahu, ianya yang sukar.

 

Tak apa. Saya akan guide step by step.

 

Ada yang kata macam ni,

 

Saya tidak kisah awak nak buat apa,

 

asalkan saya dapat lawan website “Kek Lapis ABCD tu dalam Google”

 

Kuasa sebuah branding.  Jenama memainkan peranan yang penting dalam perniagaan.  Ia pasti akan membuatkan seseorang itu akan membuat hubungan yang lama dan setia. Kek Lapis sarawak yang membina kekuatan jenama kena baca ini.

 

Cik Kiah nak no 1.

 

nak no 1

 

Ini yang Cik Kiah kata. Nak No Satu di Google.
Masalahnya Cik Kiah ni kena diterangkan bagaimana Carian SEO ni berfungsi.  Kalau tidak susah nak jelaskan, berutama nak naikkan sesuatu website.

 

Saya selalu terangkan kepada orang yang macam Cik Kiah ni.

#3. Cara nak jelaskan SEO kepada Pelanggan

#a. Cara nak jelaskan Google Index website guna perumpamaan

Cik Kiah,
Website tu perumpaman sepeti sebuah rumah. Rumah kita ada pintu dan tingkap. Google akan masuk melalui tingkap kalau kita tidak buka rumah.

 

Ini adalah Pintu kepada Google dalam website kita.

 

1) Ini berlaku bila website kita tidak XML sitemap atau feed.  Contoh  http://happysus.com/feed/

 

2) Sebagai SEO kita kena pandai terangkan  Robot txt kepada pelanggan, saya ada jelaskan dalam tutorial robot.txt dalam No7 page ini.

 

Begitu juga website, ada pintu dan tangkap. Kalau kita tidak buka pintu website kepada google bagaimana carian nak keluar di Google. Kalau Google pakai tingkap maka kita telah menyusahkan Google.

 

Adakah anda ingat Google nak bagi no.1?

 

Tentu tidak.

 

Apa yang diperlukan oleh webmaster?

 

 Cik Kiah,

 

Kena bagi saya akses kepada
  1. Website Cik Kiah
  2. Akaun Google Console – Jika sudah ada gmail. Kalau dia nak bagi email user name dan password.
  3. Akaun Google Analyatic – Kena masukkan email kita boleh akses Google Analyatic.

Pasti dia kata tidak tahu, atau hubungi webmaster beliau. Kerja jadi mudah. Belum tentu.

hubungi webmaster untuk buat website

Bagaimana Google Crawl website

Post bloggerkickstart.com ni menerangkan dengan baik bagaimana nak index URL baru atau yang belum crawl oleh bots dengan pantas dan mudah di Google.  Perumpamaan yang dibuat adalah kepantasannya sama dengan larian Khairul Hafiz Jantan

 

 #b.  Cara berhadapan dengan Pelanggan yang Sukar

 

#1. Tentukan gaya pembelajaran pelanggan anda.

 

Orang yang berbeza belajar perkara dengan cara yang berbeza, jadi anda mungkin perlu menggunakan pelbagai teknik untuk mendapatkan tahap pemahaman pelanggan anda.

 

Terdapat tiga gaya pembelajaran utama:

 

  1. lisan,
  2. visual, dan
  3. fizikal.

 

Cara Gaya Pembelajaran SEO guna  kaedah Video 

 

Cara Visual Jelaskan SEO kepada Pelanggan yang keadah Visual.

SEO Ranking Factor 2013

Anda mungkin perlu menggunakan gabungan dua atau tiga gaya untuk menerangkan SEO kepada pelanggan anda.

 

Cara Lisan
Sesetengah orang mempelajari konsep baru dengan lebih baik melalui membincangkannya secara lisan melalui telefon atau secara peribadi.

 

Cara Visual

 

Pertimbangkan untuk mengadakan pertemuan dengan pelanggan anda untuk membincangkan SEO dengannya.
Sesetengah orang mempelajari konsep baru dengan lebih baik melalui cara visual. Ini mungkin semudah menghantar e-mel kepada e-mel anda dengan takrifan SEO sekaligus menyediakan mereka dengan carta atau rajah.

 

Cara fizikal

 

Sesetengah orang kita kena mengunakan cara fizikal dimana anda kena melakukan sesuatu kepada  mereka.

 

Pertimbangkan melukis carta apabila membincangkan SEO gunakan rajah infografik cara menerangkan SEO di atas.  Itu bukan saya punya ya.

 

Menunjuk bahagian kepada pelanggan  semasa bercakap. Anda juga boleh menunjukkan kepada mereka bagaimana ia berfungsi secara fizikal pada komputer.

 

#2. Kurangkan apa yang dimaksudkan SEO.
Jika anda mempunyai pelanggan yang benar-benar baru kepada konsep SEO. Dia mungkin tidak pernah mendengarnya tentang SEO sebelum.  Mungkin juga tidak tahu apa yang dimaksudkan mengenai SEO. Dalam kes ini, anda hanya akan berkata: “SEO bermaksud ‘SEARCH ENGINE OPTIMAZATION’ atau  penerangan dalam bahasa Melayu mudah tentang SEO “Guna Google nak Optimize Carian atau nak dapat No1 di Google atau Nak dapat first di Google

 

Seperti yang saya terangkan di atas. Google adalah rumah anda. Dalam rumah ada ada ruang tamu. Untuk masuk rumah anda ada satu pintu sahaja.

 

Kalau pintu ini ditambah lagi pasti senang nak masuk rumah betul tak. Google pun sama cara masuk ada pelbagai cara digoogle.

 

Mudah  anda benarkan google masuk maka akan mudah website anda berada didepan Google.
Faham ke tak.. sila komen

 

#3. Jelaskan apa yang dilakukan SEO untuk pelanggan menggunakan frasa mudah.

 

Ini Penting. Jangan Skip.

 

Pelanggan anda mungkin tidak memahami kepentingan “Search Engine Optimization” sehingga dia memahami apa yang dilakukannya.

 

Anda mungkin perlu menjelaskan kepada klien anda tentang SEO. Sebagai contoh, anda boleh mengatakan:

 

“SEO membantu laman web anda muncul pada beberapa page website anda  di muka pertama di Google.”
“SEO membantu laman web anda muncul lebih awal apabila ada seseorang mencari …”

 

(Anda kemudian akan menyenaraikan istilah yang seseorang mungkin gunakan untuk mencari perniagaan klien anda). Ini adalah carian keyword di Google. Gunakan keadah Carian keyword
“SEO memudahkan orang mencari perniagaan / laman web anda.”

 

#4.  Buat kajian laman web pelanggan anda.

 

Mengetahui apa yang dilakukan oleh pelanggan anda dan apa yang laman webnya boleh di dapati berguna apabila anda perlu menggunakan analogi, perbandingan, atau senario.

 

Pertimbangkan menggunakan beberapa variasi nama pelanggan, laman web, atau perniagaan anda dalam analogi, perbandingan, atau senario anda.

 

#5. Pelanggan baru meminta perkhidmatan anda. Salah satu perkhidmatan yang anda miliki adalah SEO (Search Engine Optimization).

Bagaimanapun, pelanggan tidak tahu apa itu SEO dan dalam keadaan ini, pasti tidak mahu membayar apa-apa perkhidmatan sedemikian.

Betul lah tu.

SEO adalah domain yang agak kompleks.  Saya percaya bukan tugas mudah untuk menjelaskan semuanya kepada seseorang yang tidak tahu apa-apa mengenainya.

stop: Ini ilmu tambahan

dari cikguik . cara mengembalikan file yang terhapus di hardisk external

 

#4. Tip untuk menjelaskan  Asas SEO kepada para pelanggan:

1. Terangkan asas

Cuba untuk menilai berapa banyak pelanggan anda mengetahui tentang Internet.

Apa yang dia tahu……..

Apa yang dia tahu

Kemudian, tentukan gaya pembelajaran pelanggan anda.
Ramai orang adalah seorang yang mudah memahami visual.

sebagai contoh.

Menggunakan istilah yang biasa untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan SEO.

Mengapa orang menggunakannya.

Jangan bagi terlalu banyak butiran dan gunakan laman web mereka sendiri sebagai contoh.

2.Kurangkan konsep.

Akan lebih mudah jika anda memecahkan konsep itu ke dalam dua bahagian: Contoh.

Authority dan pengoptimuman.

Jelaskan setiap istilah secara berasingan dan kemudian membawa semua maklumat bersama-sama.
 
Dengan cara ini, pelanggan akan memproses segala-galanya dengan lebih mudah dan akan bermanfaat bagi beliau untuk mengumpulkan semua teka-teki.
 
3. Gunakan koleksi metafora/perumpamaan.
 
Salah satu metafora yang paling mudah digunakan ketika menerangkan SEO ialah dengan koleksi perumpamaan.
 
Mulailah dengan membandingkan cara kerja SEO untuk koleksi.

Gunakan laman web mereka sebagai contoh, tunjukkan kepada mereka dengan tepat apa yang anda sedang bercakap di page, supaya mereka boleh berbual topik ini dengan mudah.

Anda juga boleh membandingkan laman web itu yang mempunyai halaman.

Pilih satu topik  yang berkaitan dengan laman web pelanggan supaya dia dapat memahami lebih mudah.
 
4.Perumpamaan orang memancing.
 
Anda boleh bertanya sama ada pelanggan anda biasa dengan memancing. Anda boleh menggunakannya sebagai contoh penjelasan.

memancaing

Perumpamaan: Orang adalah ikan dan kandungannya umpan.

Kata kunci mewakili kualiti umpan yang akan menarik sedikit atau banyak pelanggan.

Sasaran pemancing adalah pelbagai spesies ikan.

Pelanggan anda seperti Cik Kiah ingin  “menangkap” khususnya.

Pengiklanan boleh menjadi tempat memancing.  Ia adalah untuk kepentingannya untuk mencari yang terbaik.

#5. Gunakan kreativiti anda.

Jadi seorang yang kreatif semasa menerangkan SEO.  Gunakan pendekatan 3 cara Visual, Bunyi dan Fizikal seperti saya terangkan di atas.

Satu lagi cara adalah dengan menghasilkan senario,

Betul

ilustrasi, grafik, gambar rajah dan apa sahaja yang anda percaya dapat membantu.

Apa yang paling penting

Hormati tahap pembelajaran pelanggan dan jawab semua soalannya.

Akhirnya dia atau Cik Kiah akan memahami sepenuhnya maksudnya.

#5 Cara nak Jelaskan Authority kepada Pelanggan

Pandai juga Cik Kiah ni,

Tidak manalah dia tahu. Anda lah yang akan terangkan berkenaan authority website.

Pembinaan authority membina “backlink” sahaja. Apa yang penting adalah membina potensi trafik secara berterusan. Boleh baca seterusnya artikel dari Titan.

Dalam satu artikel di Majalahniaga.com  tentang bagaimana untuk mendapatkan pembeli dari media sosial? 
 
artikel ini menerangkan kenapa nak gunakan media social.

Kekuatan authority juga dipengarusi oleh backlink dan kekuatan social.  Jika website anda tidak dilinkkan ke Facebook, Google + maka secara lojiknya website tersebut tidak ada pemilik yang berinteraksi.

Google suka.

Apa masalah pada Akaun social yang dilinkkan ke website adalah maklumat mereka tidak lengkap. Kamu ingat Google Brainrank tidak tahu.  Google+ tu siapa punya. Google bukan.  Facebook bot pun boleh masuk. Jika kamu buka.

Faham Cik Kiah.

Headache

Bagaimana nak mudah beri penjelasan kepada Cik Kiah.

Gunakan tool moz tool Bar .
 
moz bar

 

Domain authority (DA) akan menilai website yang berpotensi.  Semakin tinggi DA maka semakin bagus.

Matlamat anda adalah halaman pertama Google.

lebih tepatnya, tiga kedudukan pertama,

apabila kadar klik turun di bawah hanya lapan selepas ranking ke 3  (lihat carta di bawah).

Sebab itu orang nak no.1

 

Kedudukan pertama 35%

 

Perbandingan 3 Kek Lapis Sarawak muka satu Google – Kajian guna Moz Bar

kek lapis dayang salhah

PA: 22   DA :14  kedudukan No.5 di Google, ini bermakna jumlah klik adalah 6-7% sahaja.

kek lapis firdaus

PA:23 dan DA:9 ,Kedudukan di Google adalah No.4;

Ini bermakna 8% peluang orang akan klik untuk keyword Kek Lapis Sarawak

 

kek lapis mira

PA:28 dan DA:17 ,Kedudukan di Google adalah No.1 & 2;

Ini bermakna lebih 35% peluang orang akan klik untuk keyword Kek Lapis Sarawak

Contoh di atas menunjukkan kekuatan sesuatu website dari segi DA dan PA akan menpengaruhi rangking di Google.

 

Membuat perbandingan URL

Saya gunakan SEOquake untuk membuat perbandingan antara domain.

 

guna SEOquake perbandingan url

 

Lebih jelas lagi kalau kita gunakan tool bar. Kita akan nampak kekuatan sesuatu site dengan lebih jelas.
 

perbandingan URL
Nampak macam lama juga page dalam website ini tidak di perbahari  archive.org/web/ paling mula direkodkan adalah pada 20 APril 2015.  dan paling akhir adalah pada 10 Julai 2017

 

perbandingan url

Mula rekod kewujudan website ini adalah pada tahun 2011, paling akhir mereka buat update adalah 16 Mei 2017.

Kita tunjukkan jumlah backlink dan quality backlink jika nak bandingkan ke duanya.

Sekarang kita rujuk kepada apa yang dikatakan oleh wakli Google  tentang Authority

Apa kata Google

#6 Kajian Keyword Kek Lapis Sarawak

Saya nak pilih Keyword yang boleh mendatangkan sale kepada pengusaha Kek Lapis.  Saya dapati carian adalah kurang dari 10 sebulan tetapi saingan tinggi.  Nampak kurang tetapi ini adalah berdasarkan data google.
 

  1. kek lapis sarawak online 170
  2. order kek lapis sarawak online 10
  3. kek lapis sarawak online order 10
  4. order kek lapis sarawak 10
  5. tempahan kek lapis sarawak 10

 

Download keyword penuh – one drive

7 Comments

    • admin admin
    • admin admin
    • admin admin

Leave a Comment

*

CommentLuv badge