Pengurusan Website oleh Webmaster dengan fokus kepada Kandungan

Category : blog, blogging, Sosial Media
Pengurusan Website oleh Webmaster dengan fokus kepada Kandunganby happysuson.Pengurusan Website oleh Webmaster dengan fokus kepada Kandungan  Sebuah website yang baik hendaklah ada seseorang atau team yang menguruskannya. Pengurusan website oleh webmaster selalu dilupakan oleh kebanyakan syarikat atau pemilik website. Sebuah Syarikat tidak melantik webmaster yang tahu apa yang dia nak buat.  Minda atau mindset webmaster hendaklah tahu aspek SEO baru yang dimahu Google. Pengurusan website yang baik mencerminkan sesebuah syarikat. […]
 
Sebuah website yang baik hendaklah ada seseorang atau team yang menguruskannya. Pengurusan website oleh webmaster selalu dilupakan oleh kebanyakan syarikat atau pemilik website. Sebuah Syarikat tidak melantik webmaster yang tahu apa yang dia nak buat.  Minda atau mindset webmaster hendaklah tahu aspek SEO baru yang dimahu Google.

Pengurusan website yang baik mencerminkan sesebuah syarikat. Buruk website maka image syarikat juga tidak bagus. Jalan paling mudah untuk orang ramai memeriksa sama ada syarikat kita ini boleh dipercayai bukan penipuan adalah melalui website. Sekarang anda faham kenapa Pengurusan Website itu penting.

 

tugas webmaster

Dunia Pengurusan Website semakin mencabar dengan adanya perubahan kepada Google. Sejak perubahan algorithm Google ini banyak website yang dulunya adalah dominan untuk sesuatu niche telah jatuh teruk. Yang parah adalah sesuatu site tidak diindex google. Maksudnya kita tidak jumpa website ini dalam Google. Jalan penyelesaian yang bagus adalah mengupah webmaster yang boleh membuat update website.

Website kenalah hidup dengan post-post yang boleh memberi nilai tambah kepada mereka yang membacanya. Isi kandungan web site hendakalah terperinci mennerangkan sesuatu niche. Apa yang penting adalah info kenalah percuma. Percuma bermakna orang akan baca dan ini membantu dalam membina authority.

Menghasilkan Kandungan Berkualiti

Menghasilkan kandungan berkualiti bermaksud menulis artikel yang berkualiti tinggi, artikel yang unik bermakna menerbitkan artikel dalam hanya satu blog sahaja dan directory.  Standard penulisan yang baik adalah yang mudah dibaca orang dan mempunyai detail yang senang difahami.  Kalau nak upah penulis adalah dengan outsource pembinaan artikel.  Anda boleh post di forum atau facebook anda memerlukan khidmat penulis yang mampu menhasilkan tulisan bahasa Melayu yang bagus.  Apa yang anda harus lakukan adalah mencari frasakata yang mengambarkan niche anda.  Jalan lain adalah mencari mereka yang pakar dalam satu-satu niche dan upah mereka menulis dalam blog anda.  Kalau anda pandai runding mungkin boleh dapat percuma.  Mungkin ada syarat yang diminta oleh mereka.

Buat Kandungan sekerap mungkin

Ini adalah penting kepada pembangunan authority sesuatu website.  Semakin kerap anda post dan tuiis maka semakin kerap botGoogle melawat website dan page yang kita tulis.  Google mempunyai kepakaran mengesan post-post baru.  Maksudnya post kita akan diindex oleh Google.  Google suka kandungan segar dan selalu di perbaharui.

Jangan hanya membuat post tanpa memikirkan pembaca anda.  Apa yang mereka mahu? Apa yang mereka nak kita bagi tahu? paling bagus adalah spy pesaing kita. Apa yang mereka tulis? Ambil dan faham isikanduang tulis mereka dan ubah menurut kefahaman kita. Kalau kita rajin kita boleh tahu apa keyword yang memberi trafik kepada website mereka. Disini kita bermula. Buat kajian keyword.

 

Bersosial di Sosial Media

 

Bersocial bermaksud mencari mereka yang pakar, follow mereka. Like post mereka. Puji mereka. Ambil tahu apa aktiviti mereka. Sentiasa komen post mereka.  Setelah membina bonding maka boleh postkan pendapat yang boleh membawa kawan=kawan mereka untuk melawat blog kita.  Kerja ini nampak sukar tapi percayalah ia berbaloi.

Apa bila kita sudah ada pembaca maka kita kena layan apa yang mereka tulis dan komen  dalam post kita. mereka yang melawat hendak disajikan dengan sebarang kemungkinan supaya mereka ada hubungan dan terasa nak baca apa yang kita tulis.  Meletak widget seperti top comment dan top post memang membantu,  Tahukah anda apabila mereka berada lam di sesuatu post maka ini adalah pertanda post itu berkualiti bagi google.  Kiat kena babagi mereka yang masuk klik di link yang ada.  Jerat kena di bina. Apa yang baik adalah link yang kita buat kena di bold dan diwarnakan dengan biru.  Mata selalu melihat warna biru sebagai warna boleh klik.  Ini bermaksud kita telah kurangkan bounce rate.

Print Friendly
happysus

Author: 

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

Related search

    No internet connection No internet connection

Related Posts

One Response

  1. Khairul Zamri08/23/2015 at 6:53 pmReply

    Kandungan yang berkualiti dan bermanfaat tetap menjadi pilihan buat semua pembaca
    Khairul Zamri recently posted..Program Qurban dan AqiqahMy Profile

     

Leave a Reply


*

CommentLuv badge