SEO blog backlink servis hebat di fiverr

Fiverr adalah tempat dimana anda boleh mendapat pendapatan dari kepakaran yang anda miliki dengan harga $5 US dolar.  Ramai juga Internet marketer yang memberi perkhidmatan mereka di fiverr. Ada ramai yang menggunakan khidmat mereka kerana mereka menawarkan harga yang rendah.  Saingan di fiverr semakin tinggi. Ini memberikan kesan yang baik kepada apa yang mereka tawarkan adalah melebihi dari apa yang dinyatakan dalam sale letter yang mereka tulis.

Oleh kerana tajuk artikel ini SEO blog backlink servis hebat di fiverr maka saya akan fokus kepada backlink saja.  Fiverr juga adalah tempat yang anda boleh outsource buat backlink blog anda. Backlink merupakan komponen yang penting dalam SEO website anda.  Ada berapa jenis backlink yang anda tahu. Saya akan kupas satu persatu backlink berkesan untuk blog anda.

Backlink merupakan satu petunjuk kepada enjin carian seperti Google, bing dan yahoo untuk meletakkan sesuatu website di first page google.  Anda boleh buat sendiri atau mengupah mereka yang pakar membuat backlink.  Saya ingin cadangkan kepada anda dengan mengambil backlink servis di fiverr.  Fiverr  adalah tempat untuk outsource perkhidmatan backlink dengan harga yang berpatutan.  Kita mahu setiap yang kita laburkan hendaklah berbaloi dan memberi pulangan yang berbentuk pertambahan trafik ke blog kita.  Kita hendaklah pilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka yang pakar dengan niche-niche perkhidmatan yang mereka tawarkan di fiverr.  Hari ini saya ingin mengkaji servis backlink yang hebat di Fiverr. Fiverr merupakan lubuk servis seo yang murah dan berpatutan kalau anda tahu bagaimana nak cari.

Saya ingin petik kata-kata Raja Kamil dalam group SEO Tegar facebook 

Backlink umpama  minyak dan  Website adalah  kenderaan

Banyak backlink, tapi website tak optimized = tak guna

Website optimized tapi takde backlink = Bergerak perlahan

Website optimized + backlink secukupnya = baru gerak laju

Cara mengenal pasti Backlink servis fiverr

1.  Top rated seller

Cara mencari servis backlink  yang baik di fiverr adalah mengenalpasti servis backlink yang ada  logo-logo ini.

Photobucket
Logo Utama yang perlu ada ambil perhatian.
 Logo fiverr yang perlu anda ambil perhatian

Photobucket

Photobucket

Photobucket

 

2.   Jumlah Order yang diterima

Jumlah tempahan selalunya pertunjuk kepada perkhidmatan yang baik kepada pengguna.   Kita kena perhatikan jumlah tempahan yang telah di terima oleh pembekal perkhidmatan atau yang menjual servis backlink di fiverr. Kita selalunya dikehendaki memberi komen setelah menerima tempahan dari penjual perkhidmatan di fiverr. Masalahnya seperti order saya baru-baru ini. Backlink yang di beri hanya dari Tumblr.com walaupun ada yang dari PR7 -PR4.  Cuma anda perhatikan di bawah , keadah licik ini menghalang orang dari bagi komen yang tidak baik sebab dia bagi hadiah  saya ulang dia, bagi hadiah yang orang tidak dapat tolak kalau bagi komen bagus.

Photobucket

Bila saya periksa backlink tiada effect. Janganlah anda tertipu. Walaupun benar komen datang dari page PR7- 4. Tapi semua dari Tumblr.com. Beliau mungkin menggunakan akaun beliau sendiri untuk komen. Maksudnya IP yang dia gunakan untuk komen adalah dari komputer yang sama.  Kesannya kalau komen ini masuk tidak berapa bagus untuk blog-blog yang dah lama dan miliki PR yang baik. Walaupun dia bagi 100 backlink kesan 24 jam yang saya perhatikan belum memberi kesan pada blog saya. Bukan blog happysus.com ini. Tapi blog ini perfect healthy diet yang baru saja saya buat dalam minggu ini.

Photobucket



Photobucket

3. Gig Rating

Ini adalah gambaran awal yang boleh kita lihat sebelum mendapat khidmat mereka yang offer servis buat backlink di fiverr. Ada yang mempunyai GIG Rating 100% dalam fiverr.  Biasa dengan kerenah pelanggan ada yang puas ada yang tidak puas.

4.  Negara yang menawarkan servis

Ini terlampau subjektif. Selalunya khidmat dari negara yang besar seperti US adalah baik.  Tetapi ada juga mereka yang dari India  dan Indonesia yang memberi perkhidmatan backlink yang baik. Ia bergantung kepada anda untuk menilai.

Saya bagi contoh backlink jenis profile. Mereka yang menggunakan Xrumer software bagus untuk blog anda kerana ia selalunya memberi dari IP yang berlainan.

 

Photobucket

Jenis-jenis Backlink di Fiverr

1.  Backlink  jenis LINK WHEEL

Backlink jenis ini dikatakan memberi kesan yang baik kepada blog anda.  Di Fiverr ramai juga yang memberi khidmat backlink jenis ini.

Photobucket

2. C-Class IP addresses

 c class IP address yang berlainan akan memberi kesan yang amat baik kepada blog anda.  Khidmat link jenis ini sebaiknya di cari di fiverr untuk melepasi panda Google.  Jika kita dapat c class IP address yang berlainan maka google akan mengkelaskan link kita dari komputer yang berlainan iaitu orang yang berbeza.

contoh:  225 dan 832 adalah berada dalam IP class -c yang berlainan

123.234.225.765

123.234.832.212

3. Backlink anchor text

Perkhidmatan Backlink yang buat anchor tag. Maksudnya link jenis ini akan membekalkan backlink dalam bentuk  anchor text ke blog kita. Selalunya mererka yang menghantar kepada artikel  directori yang boleh memberi kita anchor text yang sangat baik.

4. social bookmark backlink

Walaupun kesan backlink jenis ini tidak dapat dibaca dari tool seperti seoquake dan open-site -Explorer tetapi google boleh baca.  Apabila kita mendapat pelbagai jenis backlink. Ini juga akan memberi kesan yang baik kepada blog kita.  Saya nasihatkan jangan cari yang hantar backlink jenis ini yang menghantar lebih yang berlebihan dari link jenis ini dalam satu hari.

BACKLINK SCAM DI FIVERR

 Saya baca pengalaman mereka yang melanggan backlink di worrior forum melanggan EDU backlink dari seorang yang menggunakan nama “backlinkmania” dan “edumaniac” dikatakan memberi perkhidmatan yang teruk.

Photobucket

Sebenarnya kita kena cuba dulu, tapi berhati-hati sebelum kena.

Contohnya dia ni  Jeevs

Baca pengalaman buruk mereka yang menggunakan fiverr, seperti dalam forum blackhatworld.com. Dia melanggan dari pemberi perkhidmatan backlink di fiverr.com.  Berdasarkan komen yang baik

30 people like this gig, 43 thumbs up dan 1 thumbs down

Photobucket

Apa yang beliau dapat adalah backlink dari  Flicker Account. PR9,  satu Joomla Account. PR8, 3 PR6 and 1 PR4 forum profiles yang  tidak membenarkan menulis SIGNATURE.

 

Strategi buat backlik di fiverr

Bagi mereka yang mencari strategi buat backlink di fiverr anda boleh gunakan stretegi dibawah supaya nampak natural backlink yang anda buat. Semakin natural backlink yang anda buat semakin baik di mata Google. Maksudnya cuba pelbagaikan sumber backlink ke blog anda.  Ini bukan cara terbaik tapi stretegi yang boleh kita gunakan untuk membuat backlink.

 

Minggu  1 :  directory submissions, Social bookmark, and iklan social media  (twitter dan facebook).

Minggu 2 : tambah social bookmarking, dengan blog komen.

Minggu  3 : Beli perkhidmatan dari fiverr untuk PR  blogroll links.

Minggu 4 : Beli forum profiles.

Minggu 5 : Banyakkan komen , PR tinggi

Minggu 6: Buat snuke X backlink dari perkhidmatan di fiverr


 

SEO blog backlink servis hebat di fiverr

8 Responses

  1. Memang terbaik info ini, at least ada idea sebelum melanggan khidmat backlink.

    BlogKamek 02/11/2012 at 10:44 pm #
    • betul tu

      admin 02/17/2012 at 6:08 pm #
  2. Rupanya backlink pun boleh dapat yang murah, kualiti pulak tu…

    Pinjaman Peribadi 02/20/2012 at 7:45 pm #
  3. nak tanya, kalau kita terus buat backlink guna xrumer bagus tak?

    halim 10/05/2012 at 2:58 pm #
    • saya tidak berani nak cakap. Ada yang kata ok. Tapi saya memang tidak guna.

      admin 12/01/2012 at 4:44 am #
  4. Mantap..

    informasi berharga

    Glen 01/30/2017 at 7:18 pm #
Trackbacks/Pingbacks
  1. Jenis-jenis pilihan off page backlink untuk first page google — Cara Buat SEO Blog Sendiri - 02/20/2012

    […] buat.  Banyak jenis. Kalau buat satu tidak cukup. Ini dikata kerja keras. kalau malas macam saya upah saja di fiverr tapi kena pilih khidmat backlink yang macam mana yang nak kita tempah. Kalau boleh saya nyatakan di bawah jenis-jenis backlink. Post […]

  2. Bagaimana nak buat link ke blog menggunakan keadah backlink komen di blog — Cara Buat SEO Blog Sendiri - 03/18/2012

    […] Blog working adalah terma yang selalu digunakan oleh SEO’s untuk membuat backlink komen dan meninggalkan link di blog lain. Bagaimana cara anda nak buat backlink komen.  Saya akan kongsi step- by -step cara buat komen backlink secara manual.  Jika anda merasa bosan atau malas membuat backlink komen ke blog saya faham.  Saya pun macam anda.   Kita sama-sama buat istiqahmah untuk fokus kepada matlamat akhir iaitu trafik masuk ke blog anda.  Saya sarankan  upah saja di fiverr.com.   Cuma taipkan blog comment, cari rating tertinggi.  Sure okey punya.  Teknik yang saya guna mengupah khidmat terbaik di fiverr adalah SEO blog backlink servis di Fiverr […]

Leave a Reply

*

CommentLuv badge