Tarik 300% Pengunjung Blog Melalui Twitter

Category : Sosial Media, Trafik blog
Tarik 300% Pengunjung Blog Melalui Twitterby happysuson.Tarik 300% Pengunjung Blog Melalui Twitter  Ini tentang Info trafik twitter.  Saya baca post  Instagram  quicksprout.com iaitu Tarik 300% Pengunjung Ke Blog Menerusi Twitter.  Pengguna Twitter di Malaysia sudah semakin ramai. Walaupun ia tidak mungkin akan akan mengatasi trafik facebook.  Saya nak lihat beberapa blog gosip Artis Malaysia yang popular dan kaitannya dengan trafik mereka jana menerusi Twitter. Kajian ini tidak […]
 

Ini tentang Info trafik twitter.  Saya baca post  Instagram  quicksprout.com iaitu Tarik 300% Pengunjung Ke Blog Menerusi Twitter.  Pengguna Twitter di Malaysia sudah semakin ramai. Walaupun ia tidak mungkin akan akan mengatasi trafik facebook.  Saya nak lihat beberapa blog gosip Artis Malaysia yang popular dan kaitannya dengan trafik mereka jana menerusi Twitter.

Kajian ini tidak ada niat nak membandingkan tujuh trafik website dan saya berpendapat semua site adalah bagus dan hebat. Masih masing ada kelebihan untuk menarik peminat mereka.  Persoalannya ada mereka menggunakan Twitter untuk promosi artikel mereka.  Ini yang menjadi tanda tanya.  Saya belum add lagi laman web hiburan tersebut maka saya tidak dapat komen lanjut tentang hal ini.

Ada ke tidak share button site-site ini. Atau ada tidak mereka kerap post artikel mereka dalam twitter. Ini adalah persoalan yang saya cuba jawab.

Tarik trafik pengunjung melalui Twitter

Sumber Infoqrafik: quicksprout.com

Kenapa Tujuh Website Hiburan Malaysia
Saya pergi ke Google dan memasukan kata kunci  “gosip artis malaysia”.  Berikut adalah dapatan.

Dapatan :

  • carian sebulan adalah 40,500 
  • Blog yang No 1 hingga 7
  • Incognito window
  • Crawling terakhir 31 Mac 2014

 

Berikut adalah blog yang menduduki tangga tertinggi Google pada 22.4.201
  1. beautifulnara.com
  2. izyan.com
  3. mediamalaya.com
  4. www.myartis.com
  5. www.murai.com.my
  6. www.ohbulan.com
  7. rotikaya.com
 Keadah Pengambilan Sampel Trafik untuk menentukan info trafik twitter

Okey bagaimana saya mencari data trafik, peratusan social dan jumlah trafik blog-blog hiburan terbaik Malaysia ini.  Saya menggunakan similarweb.com untuk melihat berapa trafik webite ini dan berapa peratusan trafik dari twitter. Saya masukkan secara manual di dalam excel dan membuat pengiraan seperti dibawah.  Pengunjung ini adalah dalam masa 3 bulan dengan data crawling sehingga 31 Mac 2014.  beutifulnara memang banyak peminat.  Tapi hanya 1.82% adalah dari Twitter.  Jumlah ini 12,000 trafik dari Twitter ini sudah banyak tetapi kalau dari segi peratusannya beutifulnara boleh dikatakan belum menggunakan potensi Twitter sepenuhnya.

Kalau ada lihat jadual excel dibawah anda akan dapati bahawa rotikaya telah menggunakan potensi Twitter untuk trafik masuk ke blog mereka. 8.38 % pengunjung adalah dari Twitter jika dibandingkan dengan 6.8% dari pengunjung dari Media Social keseluruhan.

Adalah didapati lebih dari 90% lamanweb hiburan ini menggunakan kehebatan media social Facebook. Izyan.com adalah laman hiburan yang menggunakan potensi laman social untuk trafik iaitu 38%. Tapi sayang mereka tidak mendapat trafik dari Twitter yang banyak cuma 0.04%.  Ini bermakna mereka boleh meningkatkan lagi trafik mereka sekiranya mereka menggunakan Twitter sekurang-kurang sehingga 1 – 2% seperti site-site hiburan lain.

twitter9Jadual: Pengunjung Trafik dari Twitter untuk keyword  “gosip artis malaysia” carian 40,500 sebulan

Laman web yang berjaya menggunakan Twitter untuk menarik pengunjung dari segi peratusan adalah ohbulan.com.  Daripada jumlah keseluruhan trafikohbulan.com telah berjaya menarik seramai 5,604 iaitu 8.11% pengunjung kedua terbanyak selepas beautifulnara.com.  Jika dibandingkan dengan beautifulnara.com walaupun berjaya menarik 12,192 pengunjung dari Twitter tetapi jumlah ini cuma 1.82% dari jumlah trafik pengunjung social sebanyak 669,900.

Boleh disimpulkan di sini banyak site di Malaysia belum mengunakan potensi Twitter ini dengan berkesan.

 

      Jadi bagaimana nak Tarik pengunjung ke blog  dengan menggunakan Twitter?

 

Infografik dibawah adalah penyelesaian kepada masalah yang saya nyatakan di atas. Potensi menukar pengikut kepada pembeli adalah matlamat akhir kepada sesuatu laman web yang menjual sesuatu.  Kalau laman web hiburan mereka nak tarik real trafik. 30% pengikut akan mencadangkan post-post Twitter mereka.

 

Tarik trafik guna Twitter

 

 Berapa Ramai Pengguna Twitter Malaysia

Penguna laman social di Malaysia telah mencecah angka yang besar.  Menurut Laporan Ekonomi 2013/3014, Kementerian Kewangan bilangan pengguna Internet di Malaysia akan meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012.

 

“Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook,”

Maklumat Panduan trafik twitter. Jumlah Pengguna Twitter di dunia adalah lebih setengah Billion.  Mereka yang signup satu hari adalah 135,000 dengan mereka yang aktif adalah 115,000,000.

Tarik trafik social media

Statistik pengguna twitter di Malaysia 2013 adalah 1,128,000 dari merdeka-online.com. Saya tidak pasti ketepatan statisik ini kerana bila saya rujuk rujuk kembali di site rujukan utama di internetworldstats.com, nahi/tak ada fakta rujukan tentang twitter yang saya boleh dapat.  Saya dapati site ini memberi maklumat twitter yang manarik.  expandedramblings.com

Trafik Social Media yang di sediakan di bawah mungkin tidak ada berkaitan dengan Twitter tetapi ini adalah statistik paling hampir yang boleh saya dapat dari Cabaran penggunaan internet dan media sosial from Shaiffulnizam Mohamad.

 


Apa yang nak di Tweet di Twitter

Saya rujuk juga di laman web expandedramblings.com untuk melihat data Twitter yang lebih terkini. Fakta yang diberi adalah lebih up to date dan terkini tentang pengunjung laman web melalui Twitter.

Berdasarkan image infografik tentang Twitter di bawah 92% dari link klik adalah dari link klik. Apa yang menarik dari segi SEO adalah kalau kita guna image atau photo engagement adalah lebih 200%.  Pengguna Twitter lebih suka  soalan. Oleh itu tanya soalan bila  di twitter. Tinggi juga retweet yang ada link iaitu 86%. 100 aksara/characters memberi share yang baik. Anda boleh guna tool ini untuk mengira characters yang akan anda tulis. >>Twitter Character counter.  Tapi cuma 100 bukan sehingga 140.

 

 

Tarik trafik melalui Twitter

 

 

 Bagaimana nak meningkatkan Engagment dan Follower Twitter

 

Apa yang dicadangkan oleh infografik ini adalah masa yang sesuai untuk kita post tweet di Twitter. Cara nak menambahbaik Twitter engangment adalah sangat kritikal untuk di ketahui.  Ini adalah ringkasan apa yang saya baca dalam post di atas.

  • peluang untuk memberitahu cerita anda
  • Memahami pelawat anda dan memenuhi keperluan mereka
  • Berkomunikasi dengan prospek pelanggan anda
  • Menggunakan lebih perkataan kata kerja dalam posting sosial anda
  • Buat post anda diingati dengan nombor & statistik
  • Gunakan imej dengan yang ada petikan kata-kata hebat
  • Re-share post twitter anda untuk mendapat penonton baru
  • Memberi kredit yang baik kepada penulis
  • Membuat ringkasan kepada post dalam url yang nak di share
  • Mengenal pasti mereka yang share kandungan anda dan cuba memulakan perbualan

Pada saya masa ini adalah standard untuk bila masa orang Malaysia paling banyak melayari internet dan menggunakan mobile phone. Menurut post waktu terbaik post twitter adalah  pada pukul 3.00 hingga 4.30 petang.  Tapi owner post ini tidak beri rujukan yang beliau guna. Jadi saya masih belum pasti fakta yang tepat.

 

Fakta daripada addthis.com menyatakan waktu terbaik share twitter bagi luar negara terbanyak adalah pada 10am-12pm,  Eastern Time kalau waktu Kuala Lumpur adalah 10pm – 12am  dan waktu twitter klik terbanyak adalah pada 3pm-5pm  Eastern Time (3 am – 5am waktu Kuala Lumpur).  Hari terbaik klik dan share di Twitter adalah pada hari Jumaat 2pm-3pm Eastern Time, bersamaan dengan 2am hingga 3 am.

Saya mancari masa terbaik nak share di Twitter di Malaysia.  Masa ini banyak MH 370 yang masih keluar di Google. Semantik search google ni tidak berapa pandai nak bagi apa yang saya nak.

twitter3

 

 

semua : Sumber Infographic berwarna : quicksprout.com

Post Menarik Twitter yang boleh membantu anda menguasai Twitter dan beri signal twitter yang baik.

  1. Cara nak periksa fake follower di Twitter.
  2. Ini adalah step by step cara nak gunakan pemasaran twitter untuk blog anda. Jangan lupa periksa link ini

 

 

Print Friendly
happysus

Author: 

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

Related search

    No internet connection No internet connection

Related Posts

2 Responses

  1. happysus Author

    happysus04/24/2014 at 3:10 pmReply

    Op saya tidak perasan post ini tidak dapat dikomen. Komen section sudah diaktifkan.

     
  2. Toni09/08/2014 at 7:45 pmReply

    saya baru tahu kalau twitter memiliki kekuatan yang besar untuk mendatangkan pengunjung ke blog kita. saya harus bisa memanfaatkan jejaring sosial ini agar blog saya bisa mendapatkan banyak kunjungan
    trims atas ilmunya

     

Leave a Reply


*

CommentLuv badge