Algorithm GooglePanduan buat SEO

Teknik 80:20 Strategi SEO 2017 Anda Perlu Tahu

Saya terbaca satu artikel dari seorang SEO Malaysia – Wan Yusof yang meningkat naik di Malaysia.  Banyak post yang pada saya berkualiti.  Saya menghormati beliau. Post dalam blog dia kemas dan mudah difahami.

Saya suka tengok term istilah SEO Bahasa Melayu yang digunakan oleh website Wan Yusof.

Artikel beliau Strategi SEO 2017 yang didedahkan ini sangat menarik.  Strategi yang sama yang dishare oleh

Saya fahami strategi ini berdasarkan post-post dalam beberapa blog saya sendiri.  Saya guna strategi ini. Apa yang menarik adalah dia memahami algorithm  google iaitu RankBrain.

Strategi SEO 80:20

Saya ingat nak simpan sahaja strategi ini tapi beliau sudah dedahkan dalam post beliau.

Selalunya orang akan buat artikel berdasarkan keyword mereka. Betulkan.

Tidak salah tu.

Kalau Bro Titan dalam ebook beliau SEO Merah Jambu post terbahagi kepada tiga.

  1. Post direct keyword – post direct kepada produk yang nak di jual. Maksudnya kita bagi maklumat yang pengguna yang memang sudah bersedia untuk beli.
  2. Post yang pengguna baru nak pertimbang nak beli. Pengguna ini baru nak buat perbandingan produk. Produk mana yang mereka nak beli. Selalunya ini yang ramai yang akan beli.
  3. Post untuk mereka yang tidak fikir pun nak beli. Tapi memang mereka minit niche ni. Ni yang saya maksudkan kepada 80. Maksudnya lapan puluh peratus (80%)

Contoh yang diberi oleh Wan Yusof ni memang menarik.

Dia bagi contoh “homestay kuala Lumpur”

Matlmamat post dia adalah

tempah homestay kuala lumpur’. – INI 20% (target)

Long tail post dia adalah

Tempat menarik di Kuala Lumpur | >>>

10 tempat makan sedap giler di Kuala Lumpur|  >>>      INI 80% (semi target)

Panduan Keselamatan di Kuala Lumpur| >>>

Saya ada bantu seorang abang buat SEO site beliau.

Nampak tak;

home stay

Saya cuma buka pintu kepada google masuk ke website beliau. Trafik masuk memang ada. Cuba fokus kepada keyword sahaja. Nahi (bahasa Hindustan) kepada 80% keyword lain.  Saya bantu sedikit sahaja.

Pada mulanya memang tidak ada di Google tapi kni google sudah kesan.

Site saya sendiri, desaguru.com saya fokus untuk dapat pahala akhirat sahaja. Buat duit tu datang kemudian. Banyak percubaan SEO yang saya cuba di sini. Saya suka tolong orang yang saya kenal.

Seorang abang di taman perumahan saya. Dia jual burger. Kasihan. Dia buat burger untuk menyara keluarga. Saya bantu dia dengan menempatkan post blog saya di no 1 google dengan burger sedap di Kuching saya dedahkan di sini. Pada ketika post ini di buat post ini masih no 1 lagi. Lepas post ini dibuat. Ramai yang akan tulis.

Abang tadi, dapat tempahan dari MRSM untuk 100 bungkus Burger. Mereka dapat dari Google. Abang ni tadi memberi perkhidmatan menjual burger dan dihantar di sekitar Putra jaya.  Dia maklumkan pada saya.  Dia gembira teramat sangat. Ini contoh untab keyword. Kalau masih rezeki abang burger memang rezeki dia. Allah yang uruskan.  Saya cuma menyampaikan saja dalam blog saya ini.

Sebab saya bagi no telefon untuk dihubungi.

Nampak tak kesan.

Kenapa saya nak rank mee kolok kuching sedap. Website saya juga no.1 .

mee kolok hj Salleh

Kenapa? Saya rank “kuching”

Sebab saya nak bagi tahu RankBrain Google bahawa saya adalah dominan untuk keyword Kuching.

Faham tak apa kaitan dengan  post oleh Wan Yusof di atas.

Saya ada 300++ post yang merujuk kepada Kuching dalam site saya.

bukan desaguru.com

Nampak tak kekuatan kita bina untuk sesuatu site.

Interlink dalaman Site

Rankbrain Google. Anda sebenarnya tidak payah nak susah buat internal link yang banyak. Post keyword untuk saja hendaklah kita fokus untuk dimasukkan dalam post.

Pastikan post memberi nilai tambah kepada pembaca.

Kalau anda kaji post saya. Memang saya sengaja tidak buat internal link.

Internal link boleh buat satu dua sahaja. Lebih-lebih jadi spam nanti.

Rank Brain Google tahu. Jangan bimbang.

Kalau keadah yang digunakan oleh Alex Backer adalah buat silo atau perkaitan antara post menggunakan internal link. Dan akhirnya POKING site dengan backlink site PR tinggi. Mana nak cari PR tinggi lagi sekarang. Google dah stop guna PR.

 

DOWNLOAD DUA PDF ALEX BACKER.

 

Kenapa Alex Backer.  Dia adalah pakar SEO.  Gray hat.  Fahamkan.  Post dia sejak ada rain brain ni banyak dah jatuh.  Saya tidak suruh ikut. Tapi ada beberapa teknik dia bagus untuk di fahami.  Anda download dulu. baca.

Boleh tanya saya. PM saya dalam Facebook saya. facebook.com/happysus atau kalau anda dalam group komuniti seo tegar malaysia (seo we stand)   ramai juga yang sudi jawab.

Saya pernah subscribe tutorial beliau. Cara yang di ajar telah lama saya gunakan cuma saya tidak dedahkan saja dalam post-post saya. Simpan pada diri sendiri sahaja.

Rugi juga rasanya.

Saya ada complete set tutorial ini. Tapi dua ni saya ambil dari google sahaja. Open kot.  Tak pa dia dah bagi share.

Dua PDF Alex Backer ini mungkin boleh membantu anda. Walaupun ada bahagian yang telah tidak boleh dibuat lagi tapi ini sangant menarik.

Download di sini: Google Drive. fast niche finder

focus for future seo malaysia

Download ebook di sini: Google Drive Forceful Forcing for the Future

 

Adam Khoo Mind Set for Success People

 

Sebelum kita mula bedah teknik ni kita kena clear mind set dulu.  Saya baca buku Adam Khoo. Secret of Building Multi-million Dollar Business.

Saya suka buku ni.

Success people

Kita buat SEO sebab apa? Buat apa yang kita suka bukan.

Tidak . Nak buat duit.  Kalau ini mind set.

kegagalan minda

Kegagalan Minda kerana passionate (menunjukkan atau disebabkan oleh perasaan yang kuat atau kepercayaan yang kuat.) nak buat duit.

Kenapa? Bila dia sudah buat duit dia akan berhenti. Ini adalah satu minda pemikiran yang salah.

APA yang BETUL?

Do what you LOve , Buat apa yang awak suka. Dia akan terus buat apa yang dia suka. Micosoft dimiliki oleh Bill Gates. Walau pun dah kaya kini dia sudah balik kepada apa yang di suka iaitu buat software. Buat suatu yang baru. Pengurusan dia serahkan kepada orang lain.

Kenapa Nak Sekodeng Site Sendiri

Skodeng adalah istilah bro-bro dari Malaya.

Kalau orang Kuching kata “tilit” atau “Nilit” Bahasa Melayu Sarawak. Ha.. ha..

Ada yang ketawa.

tak apa.

SEKODENG SITE SEO

Kenapa nak Skodenga site sendiri?

Sebab kita nak naik no.1. Caranya telah saya cerita panjang lebar step by step SEO 2017 teknik Teknik Brian Dean, Backlinko.com.  Backlinko tidak bagi Bagaimana nak buat, tapi saya bagi Bagaimana nak buat satu persatu.  Panjang juga post tersebut.

Ramai yang ada blog tapi tidak sekodeng site sendiri. Dia tidak tahu post mana yang bermasalah. Post mana yang bagi trafik tinggi. Sebab itu dia tidak baiki post untuk memberi nilai kepada pembaca.

Saya ringkaskan di sini. Bagi yang boleh tangkap okey tak payah rujuk artikel di atas.

  1. Saya guna google console webmaster tool
  2. Saya guna analytics.google.com

Okey. Caranya mudah di mana kita akan sekodeng page atau post yang telah ada ranking dalam Google. Bukan muka satu. maksudnya no 10 ke atas.  Ubah cepat-cepat.

  • Ubah title tag – Click trought rate kena baiki.
  • Kandungan keyword masuk kena di kaji. Tambah apa yang kurang.
  • Submit semula dalam fetch.  Google akan ambil masa 2 – 3 minggu untuk naikkan post.

STOP INI PERLU BACA

Paling kritikal adalah post yang no 5 -10. Anda kena perhatikan bounce rate + time on site tinggi lebih dari 70%.

Tak cukup bagi nilai kepada pembaca.  Jangan kedekut. Jangan lokek.

Bagi NILAI BAGI NILAI KEPADA PEMBACA.

  • BAGI MEREKA TENGOK VIDEO BERKAITAN.
  • LINKKAN KEPADA POST YANG BOLEH MENAMBAH NILAI ARTIKEL.
  • BAGI MEREKA DOWNLOAD
  • TUNJUKKAN GOOGLE MAP BIZ MEREKA

BAGI…BAGI..JANGAN SIMPAN

PASANG GOAL DALAM analytics.google.com

Google Analytics, anda mempunyai empat cara untuk menjejaki goal:

  1. URL
  2. Masa
  3. Halaman / lawatan (Pages/visit)
  4. Peristiwa (Event)

setting Google GA

Untuk memulakan GOAL anda:

  • Pergi ke Google Analytics standard reports
  • Klik pada butang “Admin” di sebelah kanan atas
  • Klik pada “GOAL”
  • Dari salah satu set GOAL, klik “+ GOAL”  untuk mengsetkan matlamat baru.

Kissmatric ada maklumat lanjut tentang setting Analytics ini.

lihat bagaimana nak buat GA

Sebagai contoh, beberapa matlamat yang sama untuk dijejaki ialah:

  1. Daftar News letter e-mel
  2. Pendaftaran acara
  3. Pendaftaran Sukarelawan
  4. Pembelian produk
  5. Berapa lama pengunjung kekal di laman web anda

Video setting Goal

 

6 Comments

    • admin admin
    • admin admin
    • admin admin

Leave a Comment

*

CommentLuv badge