Ramai pemilik laman web perniagaan di Malaysia tidak mempunyai blog dalam website e-dagang mereka. Adakah mereka tidak sedar bahawa berblog memberi manfaat kepada perniagaan?
Kita telah mengumpulkan 20 pendapat pakar di Malaysia berkaitan manfaat berblog khas untuk anda.
Menurut MCMC, pengguna Internet yang mengekalkan blog atau laman web peribadi menurun kepada 9.8% pada tahun 2018, berbanding 17.0% pada tahun 2016.
Seterusnya MCMC menyatakan pada tahun 2018, cuma 6.3% perkongsian di Malaysia adalah dari blog manakala 73.8% adalah dari sosial media.
Manakala akibat dari #Covid-19 pandemik, pasaran e-dagang Malaysia dianggarkan mencatat pertumbuhan 24.7% pada tahun 2020 terus meningkat meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan compound annual growth rate (CAGR) 14.3% antara 2020 dan 2024, Analisis GlobalData’s E-Commerce. Pertambahan mendadak ini pasti memberi satu dimensi baru kepada berblog untuk web e-dagang di Malaysia.
Data-data menarik internet Malaysia”:
- Kumpulan pembeli secara online merupakan lebih daripada 60% daripada jumlah pengguna dalam talian di Malaysia. researchgate.net
- Pada tahun 2019, sekitar 91 peratus penduduk Malaysia menggunakan internet. Menjelang 2025, angka ini diunjurkan meningkat menjadi 97.5 peratus. statista.com
- Isi rumah rakyat Malaysia rata-rata membelanjakan RM4,534 sebulan pada tahun 2019, Department of Statistics Malaysia (DOSM).
- Penggunaan internet juga meningkat dari 81.2% pada tahun 2018 kepada 84.2% pada tahun 2019. Department of Statistics Malaysia (DOSM).
Data-data di atas merupakan potensi blogging untuk perniagaan sesuatu syarikat. Data penggunaan Google internet di Malaysia dari startcounter.com adalah 98.57% untuk mencari keperluan mereka.
Artikel kali ini saya akan berkongsi kenapa peniaga perlu mula blogging untuk website perniagaan mereka.
Data dari optinmonster.com menunjukkan kira-kira 409 juta orang melihat lebih dari 20 bilion page blog. Seterusnya menghasilkan 77 juta komen blog baru dihasilkan oleh pembaca setiap bulan di US.
Blog adalah artikel tidak rasmi yang ditulis bertujuan menunjukkan kepemimpinan dan kepakaran berkaitan dengan sesuatu topik.
Ini adalah kaedah terbaik untuk menghasilkan kandungan segar di laman web. Blog menyediakan pemangkin pemasaran e-mel, promosi media sosial untuk mendorong trafik carian ke laman web sesuatu perniagaan.
Adakah blog masih relevan pada tahun 2021?
Jawapan ringkasnya adalah ya.
Jawapan yang lebih panjang adalah sangat bernilai bagi perniagaan anda mempunyai catatan blog. Catatan blog ini sendiri merupakan contoh mengapa syarikat anda harus menulis blog. Catatan blog ini adalah mengenai memberikan jawapan dan maklumat yang membantu orang, terutama pemilik perniagaan kecil.
Alasan kenapa peniaga tidak berblog
Saya telah membuat survei di dua (2) group Facebook iaitu Kedai Kopi WordPress (KKWP) dan Komuniti SEO Tegar Malaysia. Hasil servei terdapat sebelas (11) alasan pemilik perniagaan e-dagang tidak berblog.
1# Tiada masa;
2# Tidak pandai menulis;
3# Tidak nampak feadah;
4# Orang tak suka baca blog mereka suka baca copywriting sahaja.
5# Sudah ada Social Media Facebook, Instagram dan YouTube.
6# Kejar sale Shopee dan Lazada lebih mudah.
7# Tidak ada orang nak urus
8# Kurang kesedaran kerana tidak nampak keperluan;
9# Tidak ada yang nak urus blog
10# Orang nak cepat dapat keuntungan, blog lambat;
11# Orang sekarang lebih kepada video, blog ketinggalan.
Pendapat 20 Pakar Pemasaran Online, Pemilik perniagaan dan Blogger tentang Manfaat Berblog

Saya bertanya kepada mereka yang pakar dalam pemasaran online, Pemilik Perniagaan dan Blogger power berkaitan soalan di bawah.
Soalannya ialah:
“Apa perkara # 1 yang paling anda gemari dalam berblog?”.
1) Dapatkan trafik ke blog atau web secara organik dan berpanjangan
Wan Mus – SifuAdwords – Founder and Managing Director at onpay.my & sifuadwords.my Social Media – Facebook
Jawapan – #1 yang saya paling suka dari berblog adalah: saya boleh dapatkan trafik ke blog atau web secara organik dan berpanjangan selagi blog saya wujud.
Malah blog ini ibarat diari perkongsian apa sahaja tanpa had & yang paling best boleh monetize untuk berikan wang $$$ kepada kita.. best kan?
Wan Mus
2) Blogging ialah “evergreen”
Raja Kamil- founder kepada laman web rajakamil.biz, telah berjaya mendidik tidak sedikit usahawan internet. Facebook
Jawapan – Perkara yang paling saya suka dengan blogging ialah, “evergreen”. tak macam sosial media, kita kena selalu buat content baru. Blogging ni, artikel yg kita buat 5 tahun lepas, masih boleh diakses dengan mudah.
Raja Kamil
3) Berkarya tanpa ada had
Aqif Azizan – Penulis dan Copywriter. Rujukan Social Media – Facebook dan linkedin. Blog peribadi beliau adalah aqifazizan.com
Terbaru- academywire.com pemasaran online dan off line Uncle Tiger & Aqif Azizan, hackalaunch.com – “Strategi product launch yang sangat detail.
Jawapan– Kerana bebas untuk berkarya tanpa ada had.
Aqif Azizan
4) Hasilkan content yang ada value.
Ali Hanafiah – Penulis Surat Jualan. Pemilik blog alihanafiah.com. Beliau banyak membantu usahawan menghasilkan ayat-ayat jualan yang berkesan. Beliau pernah menjadi guru bahasa Melayu Tingkatan 6, di Sarawak. Rujukan Social Media – Facebook dan instagram
Jawapan– Menghasilkan content yang ada value. Content begini orang nak baca. Dari sudut blog, ia akan bantu brand kita dikenali dan juga membantu dari seo. Tulis secara konsisten. Sentiasa cari topik yang orang nak baca.
Ali hanafiah
5) Hasil yang lumayan tu mungkin berbeza bagi setiap penulis.
Ahmad Faizal – Nama beliau adalah Ahmad Faizal bin Abi Setama. Nama samaran adalah Encik Titan. Antara blog beliau adalah earncent.com, ohcikgu.com, ahmadfaizal.com dan gulirocket.com. Banyak award telah dimenangi oleh website ini di Malaysia Social Media Week (MSMW) AWARDS pada tahun 2013. Rujukan Social Media – Facebook dan instagram Encik Titan
Memang saya akui e-book Kitab Teknik SEO Merah Jambu banyak membantu blogger di Malaysia untuk menjana pendapatan.
Jawapan – Paling gemar, bila menulis blog, Kita berpotensi untuk dapat hasil yang lumayan. Hasil yang lumayan tu mungkin berbeza bagi setiap penulis. Mungkin dalam bentuk wang, kepuasan menulis, dapat banyak trafik, dapat komen pembaca, dapat skill baru, dapat ilmu baru dan sebagainya.
Ahmad Faizal (Encik Titan)
6) Teknikal blog atau content
Gero Azrul- Founder Persatuan Usahawan Internet Malaysia. Blog peribadi beliau adalah roadtoftt.com (Founder Road to Fulltime Trader). Aktif berkongsi ilmu berkaitan Forex Analysis & Trading. Rujukan Social Media Gero Azrul adalah Facebook dan instagram
Jawapan – Gemari dari segi teknikal blog atau content?
Gero Azrul
7) Ekspresi diri dan pendapat peribadi.
Adam Jamaludin- Website Designer. Blog peribadi beliau adalah adamjamaludin.com. Social Media Adam Jamaludin adalah Facebook dan YouTube
Jawapan: Berblog adalah perkara yang best kerana tujuan blog adalah ekspresi diri dan pendapat peribadi. Ramai di luar sana yang perlukan panduan.
Seperti contoh saya berblog dalam skop laman web dan digital informasi. Kebanyakkan penulisan yang ditulis lebih kepada pengalaman.
Pengalaman ini dikongsi dalam blog untuk rujukan rakan-rakan yang sama bidang ataupun adik-adik yang bakal menceburi bidang sama ini.
Rujukan ini akan membantu dan refleks pada mereka semula. Blogging juga secara tidak langsung membantu meningkatkan jenama diri. Kawan-kawan, pelanggan lebih mudah menerima kita tanpa perlu jumpa kerana tulisan kita telah sampai pada mereka.
Jika ditulis itu faktanya, kandungannya serta isinya bagus, nilai yang akan diterima oleh pembaca meningkat. Tanpa sedar, jenama diri ( personal branding ) meningkat. Blogging adalah cara baik untuk sampaikan mesej.
Blogging juga boleh disampaikan tidak semestinya melalui penulisan, saya juga berblog dengan Vlog melalui Youtube dan Tiktok . Mesej di sini 10kali lebih berkesan kerana suara, pendapat lebih secara langsung dan sampai.
Adam Jamaludin
8) Menulis untuk berkongsi dan fahami tentang satu topik.
Wan Yusof Wan Jeffery – Founder & Ceo Digital Brain, blog perbadi beliau adalah wanyusof.com membantu SEO dengan ebook Actionable SEO. Social Media Facebook dan linkedin.
Jawapan: Misi saya adalah untuk berkongsi ilmu kepada 1000 orang setiap hari. Salah satu channel untuk saya sampaikan ilmu ini adalah blog. Jadi ini adalah salah sebab kenapa saya suka blogging.
Lagi satu bila saya menulis untuk berkongsi. Ianya juga satu latihan untuk saya tahu sejauh mana saya faham tentang satu topik.
Wan Yusof Wan Jeffery
9) Cara untuk menyampaikan ilmu
Hasrul Bin Hassan – Penulis Blog sepenuh masa. Blog perbadi beliau adalah hasrulhassan.com. Social Media Facebook dan instagram
Jawapan: Sejak dari dulu, platform blog adalah cara untuk menyampaikan ilmu. Ia juga menjadi tempat perkongsian pengalaman yg boleh dimanfaatkan orang lain.
Ilmu penyuluh hidup dan ia boleh membantu orang lain hatta pada mereka yg mungkin tidak menyukai diri kita. Ia boleh menjadi penyumbang kepada sedekah jariah kerana ilmu manfaat itu adalah bekalan terbaik untuk akhirat.
Apa yang paling menyeronokkan ialah apabila dengan konten yang dikongsikan dapat menyelesaikan masalah dan memberikan kegembiraan orang lain serata dunia.
Hasrul Bin Hassan
10) Artikel mudah untuk dirujuk kembali
Shamsurizam Norsham – Digital Marketing Strategist dan an adviser with property consultants. Pemilik website dhombig.com dan pejuanghartanah.com. Online Community Marketplace. Lulusan Ijazah: Loughborough University United Kingdom – Bachelor Electrical & Electronic – 2002-2004. Social Media Facebook dan instagram.
Jawapan: Perkara yang paling digemari dalam berblog
1. Mudah untuk rujuk kembali artikel yang kita post
2. Artikel kita mudah dilistkan dalam carian google jika kena keywordnya
3. Artikel kita, dengan mudah dikongsi oleh orang lain
4. Artikel kita boleh digunakan oleh affiliate untuk mendapatkan income
5. Artikel kita boleh diselitkan butang Call To Action supaya mudah untuk pelawat melihat dan seterusnya jualan mampu terhasil
6. Artikel yang berkualiti, yang sarat dengan informasi, mampu menyelesaikan masalah pembaca, akan diingati sekali gus mereka akan tertunggu2 artikel seterusnya
7. Artikel kita boleh menerima.pandangan pelawat kerana ada ruangan komen di bawahnya
8. Setiap artikel mempunyai link, dan dipasang tracking, dengan mudah untuk kita lihat data analytic. Berapa orang melawat membaca dan berapa orang klik butang yang ada dalam artikel tersebut
9. Artikel kita akan di bookmark oleh pelawat dan mereka mudah merujuk dimasa akan datang
10. Dengan adanya artikel, pelawat makin hari makin bertambah kerana yang sedia ada akan stay membaca. Manakala yang baru akan masuk dan stay akhirnya.
Shamsurizam Norsham
11) Dapat mendalami ilmu tentang topik yang dikongsikan
Al-Hadee Mohd Roslan – Pemilik laman web hadeeroslan.my. Banyak teknikal SEO yang kita boleh jumpa dalam blog Al-Hadee ni. Pengalaman 15 tahun bekerja di Syarikat IT di KL memberi kelebihan kepada beliau. Social Media Facebook.
Jawapan – Dengan blogging, den dapat mendalami ilmu tentang topik yang den kongsikan. Sebelum den menulis sesebuah artikel, den akan buat kajian tentang topik terlebih dahulu. Dalam usaha mencari bahan, den dapat ilmu dari bacaan dan usaha melakukan kerja yang berkaitan topik penulisan.
Al-Hadee Mohd Roslan
12) Menghasilkan wang menerusi SEO
Nur Din – pemilik laman web berkaitan SEO ini.my. Beliau adalah admin kepada group FB Kedai Kopi WordPress (KKWP) setakat hari ini ada 10.4K members. Media social Facebook.
Jawapan – Berblog, suatu ketika dahulu, mungkin hanya “aktiviti suka-suka” sahaja. Namun, setelah masa berubah, kini berblog adalah “urusan duit”. Bahagian paling saya suka dalam hal berblog ialah kerana ia sudah terbukti dapat menghasilkan wang. Ini ada kaitan dengan Optimasi Enjin Carian (Search Engine Optimization).
Berblog sekadar suka-suka mungkn tidak memerlukan pengetahuan dan kemahiran SEO. Namun, berblog untuk meraih pendapatan memerlukam kecekapan SEO.
Dan, jika tanya saya mengapa saya suka berblog, jawapan ringkas ialah kerana ia menghasilkan wang menerusi SEO. Sebab lain ialah kerana ia sedikit sebanyak menyumbang kepada pembinaan “personal branding” dan authoriti di Internet. Ini juga ada kaitan dengan SEO.
Nur Din
13) Tempat untuk menarik prospek ke laman jualan utama
Amirul Hafiz – BizTalk saluran Facebook Bahagian Pembangunan Usahawan MARA. Beliau dijemput Sebagai Panelist Di Ted X Kenyalang 2018. Pengasas Bilik Seminar Kuching.com. Social Media Facebook. Blog tempat menulis sarawakblog.com
Jawapan: Paling digemari dalam berblog ialah kita bebas meluahkan apa kita rasa. Seterusnya akan terus terpapar di search engine berbanding medium lain yang tidak mesra seo.
Blog juga boleh diibaratkan kanvas medium aspirasi seni dari idea ke kata-kata yang akan memacu tindakan luar biasa.
Kelebihan blog juga boleh dijadikan tempat untuk menarik prospek. Kemudian dibawa ke laman jualan utama dengan memperbanyakkan artikel berkaitan di blog.
Blog juga boleh dijadikan tempat jualan affiliate dengan cuma memasukkan link promosi berkaitan atau gambar. Memang mudah menjana pendapatan di blog dengan cara yang betul
Amirul Hafiz
14) Dapat kumpul leads dan membina hubungan
Faisal Abdullah – Pakar Email Marketing juga CEO & Founder di Nasihat Niaga. Laman blog beliau adalah nasihatniaga.my/blog
Social Media Facebook
Jawapan: Dapat kumpul leads dan membina hubungan lebih mendalam dengan pembaca
Faisal Abdullah
15) Berkongsi berkaitan produk mereka dan tip-tip kepada bakal pelanggan
Mohamad Rizwan Edris – Founder dan CEO Saramedia Global Sdn Bhd dan Maze Network Sdn Bhd. Facebook
Jawapan:…dengan adanya blog, pemilik website boleh berkongsi berkaitan produk mereka dan tip-tip kepada bakal pelanggan.
Mohamad Rizwan Edris
Ramai bakal pelanggan lebih suka membaca dulu sebelum membeli sesuatu produk. Malah dengan adanya blog, nama atau domain anda akan banyak terdapat di engine carian seperti google. Justeru menaikkan rank website anda….
16) Blog dapat tarik minat lead dan close prospek.
Nazrin Amin- Explore New Strategy Online Business. Laman web hartanah beliau adalah kohabproperty.com dan blog peribadi nazrinamin.my
Media Social Facebook
Jawapan: Bila gunakan blog dapat tarik minat lead dan close prospek.
Secara perlahan-lahan boleh membina keyakinan pelawat untuk masuk ke blog hartanah saya.
Lead prospek yang saya dapat melalui blog berbeza dengan lead dari facebook ads.
“tahap conversion dan trust bagi blog lebih tinggi”Bagi anda yang baru nak bermula, saya sarankan anda mulakan sikit demi sedikit. Tak perlu nak runsing.. ade modal boleh upah sesiapa je untuk sediakan content.
Bagi anda yang buat bisnes sebaiknya anda mulakan blog dengan 4 artikel basic dulu..dan kembangkan ikut niche..
Cari kata kunci yg ada nilai dan “buying keyword” untuk sasarkan hungry buyer..
Paling best sampai ke hari ini saya generate income affiliate hanya dari trafik percuma dan lead hartanah percuma.
Alhamdulillah..
Nazrin Amin
17) Boleh memasukkan keyword berkaitan dengan blog or barang jualan
Khalifah Khalik (Khall)- Co-Founder/Producer at Sarawak Digital Entrepreneur Community Cooperative BHD,
Digital Marketing Strategist at TEDxKenyalang, Co-Founder/Producer at beloya2u, Trainer e-usahawan
Blogger | youtuber | streamer
Jawapan: Perkara yang paling digemari dalam blog ialah kita boleh memasukkan keyword berkaitan dengan blog atau barang jualan. Ini adalah bagi memudahkan carian penguna google search.
Kamek (Bahasa Sarawak, Saya) dapati semakin tinggi value artikel semakin mudah kita muncul dalam senarai carian google.
Antara sukses story kamek adalah molah (buat) affiliate berkaitan dengan forex. Pendapatan boleh mencecah sampe 96USD sehari
Tq cikgu sebab banyak beri tunjuk ajar. Hanya guna blogspot dengan teknik simple.
Asalkan rajin mengarang.
Khalifah Khalik (Khall)
18) Banyak kandungan yang berkualiti kita hasilkan, lebih cepat blog kita akan naik
Raja Safuan- membina perniagaan secara dalam talian sejak tahun 2006, Mempunyai pelbagai jenis produk penjualan, dari produk fizikal hingga produk digital, perkhidmatan dan perundingan.
#lejenisback. Laman social Facebook
Lebih banyak content yang berkualiti kita hasilkan, lebih cepat blog kita akan naik pada ranking yang lebih baik.
Maka lebih tinggi trafik & leads organik yang convert terhasil. Ini adalah kerana Google sangat mendahulukan website yang sentiasa update!.
Raja Safuan
Kesimpulan
Wah!
Koleksi nasihat berguna yang luar biasa. Sekarang saya ingin menyerahkannya kepada anda:
Apa perkara # 1 yang paling anda gemari dalam berblog?”?
Beritahu saya dengan meninggalkan komen di bawah sekarang.