Post ini adalah berkaitan dengan post di blog anda yang boleh memancing pembaca membaca dan terus membaca post anda.
Post memancing pembaca adalah post yang bagaimana? Post baik adalah post yang memberi manufaat kepada pembaca. Post yang memberi maklumat kepada pembaca.
Sebagai SEO kita kena boleh membuat perbandingan jenis-jenis post yang kita tulis. Antara ketegori post
1. Post yang memberi kesedaran atau awareness kepada pembaca.
Pelanggan dikatakan berpengetahuan dan mempunyai keupayaan menyatakan persepsi tentang situasi atau fakta tentang sesuatu produk.
Post seperti ini adalah untuk branding produk. Ramai yang belum mengetahui produk anda. Ramai belum dengar mengenai produk anda.
Kalau saya post ini saya gunakan untuk menarik pembaca baru ke blog. Pembaca yang belum mengetahui blog anda.
Post yang gila-gila pun boleh.
Post lawak. Post luar biasa.
Motif adalah untuk beritahu google website kita update.
5 tahap Kesedaran Pelanggan
Lima tahap kesedaran pelanggan yang diyatakan oleh Eugene Schwartz ( 1966) yang merupakan seorang pakar dalam pengiklanan, menyifatkan perjalanan pembeli menggunakan lima tahap Kesedaran dalam buku beliau bertajuk Breakthrough Advertising.

5 tahap Kesedaran Pelanggan adalah:
- Tidak menyedari: Bakal pelanggan tidak menyedari kewujudan jenama anda. Pelanggan jenis ini tidak terfikir pun nak beli tetapi dimaklumi kewujudan anda. Ini selalunya meliputi 80% daripada potensi pelanggan.
- Masalah sedar: Bakal pelanggan menyedari masalah tetapi tidak menyedari penyelesaiannya. Oleh itu, kita yang mencadangkan bagaimana penyelesaian kepada masalah tersebut.
- Penyelesaian sedar: Bakal pelanggan jenis ini memang mengetahui penyelesaian secara umum tetapi bukannya secara khusus. Secara umum mereka tahu aspek tertentu.
- Produk sedar: Bakal pelanggan menyedari kewujudan produk anda tetapi tidak membelinya. Pelanggan ini mengetahui dan ada kemungkinan akan mencadangkannya kepada rakan-rakan dan kenalan.
- Yang paling sedar: Pelanggan jenis ini adalah yang disasarkan oleh semua penjual. Ini adalah pelanggan terbaik. Mereka setia kepada jenama.
2. Fokus memberi penjelasan
Membuat perbandingan produk yang kita jual. Post yang bermotif mengsasarkan pembaca atas pagar yang tengah dua tiga nak beli produk kita. Menjelaskan atau menerangkan kelebihan produk. Kebaikan menggunakan produk.
Post ini memberi keyakinan kepada pembaca bahawa produk tersebut dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Post yang memberi branding kita up in the sky.
Jack 3 tan.

Post memberi manufaat kepda pembaca. Kelebihan produk juga digarap dengan baik.
3. Pelanggan membuat keputusan untuk membeli.
Sebaiknya post ini kita setkan di page bukan di post.
Faham kan.
Post begini menjurus kepada situasi segera atau urgent yang akan menarik pembeli bertindak cepat sebelum terlambat untuk membeli produk kita.
Kalau tidak rugi. Lagi power word yang kita tulis lagi banyak pulangan yang kita dapat.
Betul tu, Tajuk adalah signal yang bagus untuk google
Yang nombor 2 itu bagus sekali
Khairul Zamri recently posted..Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan
saya suka belajar seo. sebab ianya jangka masa panjang.
apdm recently posted..Aplikasi Pangkalan Data Murid APDM