6 Langkah-langkah buat SEO blog untuk perhatian webmaster

Hari ini saya cuti. Ada kesempatan nak update blog happysus.com ini. Saya nak kongsi 6 langkah-langkah SEO blog untuk webmaster.   Langkah-langkah ini adalah proses kerja yang perlu kita buat untuk SEO blog  kita. Antara proses yang harus kita lakukan adalah seperti berikut:

1. Kajian Keyword

Ini adalah langkah pertama yang harus kita ambil sebelum kita mula buat blog.  SEO itu adalah satu seni.  Kajian Keyword adalah salah satu cabang seni dalam SEO. Ia bukan  ada cara yak khusus.  Ada kena buat cara macam ni, buat macam itu.   Tidak Kajian SEO adalah memerlukan kita menguasai tool kajian keyword.

Sekiranya anda sudah ada keyword adakah anda sudah tahu keyword apa yang menguasai trafik ke blog anda. Jika belum anda  menghadapi masalah ni. Saya tahu kalau trafik anda sudah banyak anda tidak perlu buat kajian keyword. Jika anda berfahaman begini anda silap.   Jika blog sudah top pun, kajian keyword masih juga penting.  Kadang-kadang kita malas nak masukkan keyword dalam tool kajian keyword seperti adword webmaster tool.  Anda boleh buat tidak sampai 2 minit sudah dapat gambaran awal trafik untuk keyword yang anda nak cari.

Kita boleh buat kajian secara terbalik.  Maksud saya mengesan keyword yang masuk ke website kita.  ia akan memberi gambaran kepada kita keyword apa yang baik untuk kita buat dalam post kita.  Jika dalam kajian kita, satu keyword yang masuk ke blog kita adalah dari page 10 google. Keyword tersebut masuk melalui beberapa tool pengesan yang telah kita pasang dalam blog kita. Tool pengesan yang saya guna memang power, setiap kali website saya dibuka melalui carian Google. Ia akan memberi kita maklumat tentang ranking keyword kita di Google. Tool pengesan ini boleh dipasang melalui Plugin wordpress.  Fungsinya adalah ia akan memberi tahu saya melalui email dan saya terus baca dalam smartphone saya. Maksudnya saya selalu di update tentang keyword yang masuk secara automatik.

Untuk mendapatkan tool ini anda kena membeli.  Rank Tracker WordPress Plugin

Jika anda tidak mahu menggunakan tool pengesan ini anda juga boleh menggunakan Google analytic.  Anda juga boleh menggunakan alexa tool dan banyak lagi tool.

Kajian Keyword menggunakan Google Webmaster tool.

Saya masih lagi menggunakan tool ini untuk carian keyword sebelum saya buat post di dalam semua blog saya. Walau ada tool lain yang boleh kita guna Google webmaster tool tetap pilihan saya. Ada beberapa post dalam blog saya ini saya berkongsi cara menggunakan Google webmaster tool dan membuat kajian keyword.

1. Keyword adsense mahal sehingga $430 

2. Bagaimana mencari niche keyword Clickbank

3. 4 cara menentukan Keyword dengan Google Keyword Tool

4. Kajian Keyword Google Perniagaan Internet Saingan Sebenar

5.  Step by step Cara membuat kajian keyword

Apa yang kita harus perhatikan  samaada keyword yang kita tulis ada trafik atau tidak. Kalau keyword tidak ada trafik buang masa dan tenaga saja. Kalau objektif utama anda nak buat SEO dengan mendapat tarfik percuma. Kajian Keyword adalah wajib.

2. Pengstrukturan keyword dalam SEO Blog page.

Saya harap saya tidak payah terangkan apakah  blog page. Blog page tempat kita tulis post dalam blog kita. Susun atur keyword dalam blog mempengaruhi SEO ke Search engine results page (SERP) ke blog kita. Sebelum kita tengok bagaimana kita nak buat post dan menyusun keyword ada baiknya saya bagi tahu anda satu rahsia mudah SEO.

Ada tidak payah fikirkan buat backlink yang teruk-teruk. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat pengstrukturan keyword dalam Blog page. Jika kepadatan keyword mencukupi iaitu 2.5 -3.8 % dari jumlah perkataan dalam post kita sudah mencukupi berada di first page Google.   Kenyataan ini tidak benar untuk keyword yang mempunyai saingan tinggi.  Ia sebaiknya adalah untuk long tail Keyword atau keyword yang panjang lebih dari satu perkataan.

Kalau anda buat keyword panjang untuk blog bahasa Melayu tidaklah sukar sangat jika dibandingkan dengan blog dalam bahasa Inggeris.

Saya dapati Easy WP SEO adalah tool yang paling tepat membantu kita menbuat struktur dalam post blog di blog kita.  Ia hanyalah tool yang membolehkan kita melihat keyword density.  Jika anda buat secara manual anda juga boleh lakukan.


.
 

Photobucket

3. On page

On page adalah apa-apa yang kita buat ke atas blog kita di bahagian admin.  On page yang baik akan menjamin blog kita di index google.  Seterusnya Google boleh mengesan releven blog kita dengan keyword yang orang cari.  Kalau on page kita bagus maka google akan meletakkan blog kita di muka satu Google.

On page yang selalu saya lakukan dan menjadi rutin bila saya post artikel dalam blog

i. Satu Keyword dalam setiap 160-200 perkataan
ii. Tajuk dimulakan dengan Keyword
iii. Jumlah post kena lebih 600 perkataan sebaiknya 1200 perkataan dengan 2 atau 3 sub topik.
iv. Gelapkan keyword.
v. Pastikan dalam 100 perkataan pertama terdapat 1 – 2 keyword. Kalau Bahasa Ingeris gunakan
perkataan yang sama erti. banyak tidak apa.
vi. pasang link pada 100 -200 perkataan pertama. Ini penting untuk menurunkan bounce rate anda
vii. Pasang video berkaitan
viii. Pasang photo dan mempastikan Alt tag pada image di pasang.
ix. baris perkataan terakhir sebelum titik kena di masukkan keyword.

4. Membina Backlink

 

Tugas membina backlink bukan lah perkara yang mudah.  Kalau blog kita sudah banyak trafik membuat baklink ini boleh kita kurangkan. Post saya sebelum post ini menyatakan lebij 20 jenis-jenis backlink yang harus kita tahu sebagai webmaster.  Katakan anda tidak tahu semua tahu 5 jenis backlink dan tahu cara buat backlink pun sudah bagus.

Kalau anda macam saya tidak ada masa nak buat kerja backlink anda boleh upah buat backlink dengan kadar yang murah di fiverr.com.  Saya tidak galakkan anda mencuba backlink ini, jika blog anda sudah ada trafik yang bagus dari SEO.  Anda kena berhati-hati.  Cara anda upah di fiverr dan mencari servis SEO di fiverr saya telah kongsikan kepada pembaca blog saya.

Link dari Social Media.

Strategi yang akan kita gunakan adalah meletakkan beberapa social media share button di post blog kita.  Kalau pembaca membaca blog kita sekiranya dia merasa ia baik dan berguna pengunjung akan share kongsi dengan kawan-kawannya di Facebook , Twitter dan digg.  Saya menggunakan plug-in wordpress bernama “digg digg”. plug-in ini boleh diset berada ditepi dan apabila pengunjung scroll ke bawah box social media ini akan mengikut ke bawah. Ini yang saya suka pada plug-ini ini.

Kalau anda melihat blog saya ini di bahagian tepi Plug-in yang dinamakan Most Shared post.  plugin ini menunjukkan post blog kita yang paling banyak share dan like.

Photobucket

5. Fokus teruskan update kandungan blog

Fokus. Kenapa saya pilih sub topik ini.  Ini adalah satu kesilapan kita blogger Malaysia sebab kita tidak fokus kepada niche yang kita nak tulis dalam blog kita.  Kalau kita fokus lama kelamaan kepadatan word yang berkaitan dengan niche kita semakin banyak dalam blog kita.  Google akan membuat index dan merangkak (crawl) dalam blog kita.  Ia akan menyimpan data tentang perkataan yang ralevan dengan sesuatu keyword.  Sebab itu kalau kita buat on page terbaik dan banyak backlink pun kita kena tunggu Google update index blog kita.  Kalau blog kita sudah di index dan berada pada tahap terbaik untuk dikesan oleh Google kita kena tunggu kadang-kadang cepat dan kadang-kadang lambat.  Sebab itu sebaiknya kita buat auto post sebelum pukul 12.00 tengahari waktu Malaysia sebab ia adalah sebaliknya di US.

 

6. Membuat analisa trafik dan rangking untuk keyword

 

SEO adalah analisis.  Analisis trafik adalah sebahagian dari SEO.  Tanpa mengetahui bahawa post dalam blog kita digemari oleh pembaca boleh kita katakan kita shok sendiri.  Kalau kita memberi all out untuk kandungan post blog kita tidak kira apa post yang kita buat atau dalam niche yang kita berada analisa trafik adalah suatu yang wajib kita lakukan.

Saya  menggunakan Google analytic  untuk menkaji trafik, alexa untuk menkaji trafik dan keyword tertinggi di cari pengunjung dan bilangan trafik yang masuk melalui counter yang kita pasang pada blog.

 

admin

Saya happysus, Saya adalah seorang pencinta SEO. SEO adalah seni dalam menempatkan post pada kedudukan No.1 di Google. Ini adalah bidang yang saya tekun pelajari dan terus berkongsi apa yang saya praktik dan pelajari kepada semua pembaca. Saya ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email happysus%live.com atau happysus's Google Profile

More Posts - Twitter - Facebook - LinkedIn - Pinterest - Google Plus

5 Comments

  1. Saya akan berusaha untuk mengikuti panduan anda
    terima kasih, semoga optimasi seo saya berhasil

  2. Pingback: Cara malas buat SEO bagi yang kata SEO sukar. — Cara Buat SEO Blog Sendiri

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.