6 tool hebat spy jumlah trafik blog

Persoalan ini memang menarik  iaitu bagaimana mengetahui jumlah trafik blog. Adakah anda nak kaji atau spy saingan anda? Adakah anda nak ketahui jumlah trafik blog sebelum menempah iklan dalam blog tersebut?  Trafik adalah kritikal, ketepatan bacaan trafik ke blog sangat penting untuk diketahui oleh webmaster atau pesaing.  Trafik ke blog ini adalah satu faktor penting dalam menentukan sejauh mana popular blog anda, sejauh mana ia berjaya menarik trafik ke blog, berapa ramai pelawat mendapati blog tersebut berguna dan berapa banyak pelanggan atau jualan boleh blog menjana pendapatan.  Walauapapun yang anda nak lakukan.  Ada ku kisah, kata Chef Wan. Saya kisah, sebab itu saya kongsi disini. Bacalah terus.

Saya tulis post ini adalah untuk kawan facebook saya yang dituliskan dalam Komuniti Group SEO tegar facebook.

 Photobucket

” Mohd Fadzil: tool ni saya boleh lihat berapa ramai jumlah pelawat sesuatu web (bukan web saya)..tujuannya adalah saya ingin tempah iklan.. so dengan tool tersebut mudah untuk saya lihat visitor website tersebut”

Ada beberapa tool yang boleh kita gunakan untuk mengkaji jumlah trafik  blog ke sesuatu blog. Kalau sesuatu website dimiliki oleh kita sendiri kita boleh gunakan tool Google analytic (GA).  GA akan menjejaki berapa banyak hits, jumlah paparan oleh pengunjung , pengunjung unik laman web anda sama ada maklumat secara harian, mingguan dan bulanan. Jika anda mempunyai laman web e-dagang, ia juga boleh menjejaki jumlah hasil diterima dari  jualan. Banyak juga carta berguna lain, graf dan alat juga termasuk. Maklumat ini adalah peribadi dan hanya boleh didapati kepada anda, pemilik akaun. Okey persoalannya yang di tanya oleh Mohd Fadzli adalah kalau laman web itu bukan milik kita.

Ada beberapa tool yang saya nak cadangkan boleh anda digunakan. Tool ini bukanlah tepat seperti Google Analytic tetapi cukup untuk menberi gambaran yang baik kepada anda tentang trafik ke laman web yang anda nak kaji.  Okey katakan saya pilih satu forum pilihan ramai  Internet marketer  Malaysia iaitu forum wangcyber.com

Website kajian Wangcyber.com

Kenapa saya pilih wangcyber.com sebab ia relevant dengan kita Internet Marketer (IM). Ia mempunyai ramai pelawat.

1. Tool mengetahui jumlah trafik blog – Google adplanner

 

Photobucket

Tool ini adalah dari Google sendiri iaitu google adplanner.  Anda kena ada akaun Google untuk menggunakan tool ini.  Saya harap anda sudah ada akaun google atau gmail.  Kalau ada masalah post komen di bawah atau pm saya di facebook.com/happysus.

Ad planner ini akan menunjukkan  trafik laman web di dalam kawasan  geografi tertentu (atau seluruh dunia), purata kunjungan pelawat bagi setiap pengunjung,  jumlah halaman yang dilihat, pengunjung unik dan kategori diminati oleh pengunjung.  Tool ini juga boleh menunjukkan kepada keyword yang memberi trafik secara organik kepada di laman web wangcyber.com.

Step 1:

Login guna akaun google anda.

Step 2:

Taipkan laman web yang anda nak kaji

Photobucket

Step 3:

Selesai.  Boleh terus baca dan kaji di dashboard ad planner. Rajah statistik di bawah adalah statistik untuk wangcyber.com

Photobucket

Kalau kita lihat dalam graf dalam rajah di atas, kita akan melihat trafik ke forum wangcyber telah jatuh sikit pada bulan April 2011 dalam sekitar purata 5,000 sehari pengunjung baru. Menurut data yang dibekalkan dalam forum wang cyber trafik ke blog mengunakan GA adalah sekitar 30 -45,000 sehari.

2. Tool mengetahui jumlah trafik – Alexa

 

Photobucket

 

Alexa tidak akan menyatakan berapa banyak trafik  atau pengunjung yang melawati sesuatu lamanweb  pada satu masa tetapi kita boleh menganggarkan kejayaan trafik sesuatu lamanweb dengan menjejak unik trafik dalam laman web tersebut. Ramai yang telah memberi komen bahawa carta graf trafik dalam alexa.com adalah sama dengan carta dalam google analytic.  Cuba kita perhatikan untuk wangcyber.com. Cuba kaji pada websiet kita sendiri kalau ada kurang percaya.

Aspek yang menarik tentang alexa ini adalah kita boleh lihat apakah keyword yang digunakan oleh pesaing kita. Keyword apa yang boleh memberi trafik kepada mereka. Cuba taip dalam Google lihat adakah keyword tersebut di muka satu google. Ya, kebanyakan nya memang benar.

Photobucket

 

3. Tool mengetahui jumlah trafik – Google Trends

Mungkin ramai yang tidak tahu google trandboleh digunakan untuk mendapat gambaran trafik ke website yang kita nak cari.  Masalah menggunakan google trends ini adalah kita tidak dapat data dari website trafik rendah.  Google trends ini menggunakan data dari google search, Google analytic dan data dari pihak ketiga. Kalau anda lihat di dalam rajah dibawah, data ini saya ambil pada 1 Jan 2012, tetap data yang dibekalkan terakhir adalah pada bulan Okt 2011.  Ada boleh nilai sendiri tool ni.

Photobucket

4. Tool mengetahui jumlah trafik – statbrain.com

Photobucket

Statbrain.com adalah online web stats tool yang boleh membantu anda meneka jumlah paparan halaman pada mana-mana laman web dengan menggunakan gabungan Alexa rank, backlink tuduhan dari Google, Yahoo dan beberapa faktor lain yang tidak diketahui.

Anda kena sabar kerana loading nak meletakkan laman web ini dalam statbrain mengambil masa juga.

Photobucket

Step 1: masukkan carian website anda.

Photobucket

 

5. Tool mengetahui jumlah trafik – compete

Ia hanya mengambarkan trafik dari US.  Kalau trafik unik dari us adalah kurang jika dibandingkan dengan trafik lain.  Jadi jangan jadikan ia asas untuk membuat kesimpulan anda.

6. Tool mengetahui jumlah trafik – checksitetraffic.com

Photobucket

Boleh memeriksa data trafik daripada mana-mana website. Mudah membuat spy pesaing dan check data website sendiri. Maklunat yang diberi adalah seperti unik views, page views, page views per visitor, maklumat mengikut negara bandar dan lain-lain.

Photobucket

Kalau kita kaji views/million 1 hari ada 4800 pengunjung sehari.

happysus

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

More Posts - Website - Twitter - Facebook - Google Plus

5 Comments

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.