Cara Nak SEO Facebook EdgeRank (update Ranking 2019)

faktor yang boleh menaikkan seo di fb 

Adakah anda mencari cara nak SEO Facebook. 

Saya juga mendapati untuk mengkaji SEO di FB agak payah.

Walaubagaimana pun terdapat beberapa kajian berkenaan dengannya.

Dapatan kajian Algo FB:

Sebelum kita kaji lebih baik saya terangkan Algorithm FB.

Kalau Google RankBrain dan Facebook pula adalah EdgeRank. 

Kedua-dua menggunakan teknologi AI.

Jadi jangan nak cuba tipu, kepada spammer.

Apa makna EdgeRank Facebook

 

Google SEO Algorithm biasanya dikaitkan dengan lebih daripada 200 faktor yang menyebabkan website anda berada di Muka satu Google.

Google namakan ia Pagerank. Manakala facebook memperkenalkan EdgeRank pada tahun 2006 oleh engineers Facebook Ruchi Sanghvi and Ari Steinberg.

Algorithm ini mula diperkata sejak tahun 2006. Pada satu conference facebook pada 21 April 2010 di Design Center in San Francisco.

Pada masa itu Mark Zuckerberg telah memperkenalkan new Open Graph and Social Plugins, termasuk “like” buttons yang boleh diletakkan diluar facebook.

Auto-login capabilities untuk website tanpa anda membuat sambungan kepada Facebook page anda, dan Facebook social bar yang mempunyai beberapa plugins plus Facebook seperti chat (goodbye, Meebo).

 

 

 

Ini semua mampu memberi maklumat yang boleh digunakan oleh algoritma EdgeRank Facebook untuk menempatkan post kita sebagai top stories.   

Ia adalah kelebihan algoritma EdgeRank Facebook yang pelbagai, apa yang dipaparkan dan apa yang tidak ditunjukkan. Cuma kita tidak dapat berada lama di atas dalam facebook.

Ia selalu berubah dan bagaimana ia berubah akan diceritakan dibawah. Teruskan membaca kerana post ini adalah post yang panjang.

maksud EdgeRank dalam facebook

EdgeRank Facebook mengambilkira popular sesuatu post dan hubungan antara orang yang melakukan like, share dan komen di wall kawan-kawan. Apa yang menarik adalah photo Album akan mendapat EdgeRank  Facebook yang tinggi dan selalu teratas.

 

SEO Algorithm bagi Facebook

 

Google Algorithm adalah rahsia besar untuk Google.  

Edge  Algorithm juga  dirahsiakan dari orang ramai kerana nak melindungi dari pelbagai pihak yang berkepentingan. 

EdgeRank adalah algoritma Facebook yang menentukan post kita muncul dalam newsfeed. Algoritma ini tidak akan menyiarkan cerita yang orang tidak suka, jadi jika cerita anda memberi skor yang baik, ia mungkin tidak akan keluar.

Perkara pertama yang seseorang melihat apabila mereka log masuk ke Facebook adalah newsfeed. Ini adalah ringkasan kepada perkara  yang telah berlaku di kalangan rakan-rakan mereka yang dikongsikan oleh mereka di Facebook.

EdgeRank facebook ini meningkatkan perhubungan antara rakan-rakan facebook dan memberi mereka kepuasan dengan meletakkan post terbaik di atas sekali.

Pada 20 September 2012 lalu facebook telah mengumumkan perubahan yang drastik dalam Facebook Algorithm mereka.

Penurunan akibat daripada tempias EdgeRank facebook  ini dilaporkan oleh Corey Christiansen, social media strategist,

 

FORMULA EDGERANK DALAM BENTUK

Menentukan kedudukan No 1 di facebook

Algoritma news feed  menggunakan beberapa faktor untuk menentukan kedudukan No 1 di facebook, termasuk bilangan komen, yang mencatatkan cerita, dan apa jenis post seperti  foto, video, status kemas kini, dan lain-lain).

EMPAT  FAKTOR MENENTUKAN KEDUDUKAN DI FACEBOOK

  1. Adakah penulis post ada berinteraksi dengan kawan sebelum ini di facebook.
  2. Reaksi orang ramai kepada post anda Like, Share atau komen
  3. Adakah interaksi ada pada post yang dahulu.
  4. Jika anda pernah buat aduan post menganggu anda maka ada tidak akan melihat lagi post kawan anda.  Aduan oleh pengguna lain yang telah melihat ia, atau Page yang mencatatkan ia telah menerima banyak aduan pada masa lalu, anda akan menjadi kurang berkemungkinan untuk mendapat ranking yang teratas  itu. Faktor ini menjadi lebih banyak berleluasa pada September 2011
  5. Facebook juga dikatakan berupaya mengesan post iklan yang dibuat diwall facebook.  post iklan ini berkemungkinan tidak ditunjukkan oleh facebook edgerank.  Jadi pilihan yang ada adalah mengambil iklan dengan facebook.
 

BAGAIMANA CARA SEO FACEBOOK

 

Sebenarnya saya tidaklah nak menyatakan maklumat yang saya kongsikan tentang cara SEO Facebook ini adalah terbaik tetapi sekurang-kurang kita dah berusaha untuk SEO kan facebook kita.  Ia juga dikaitkan dengan Facebook Fan Page search engine optimization.

 

1.  Pilih nama berdasarkan keyword produk anda

Sekiranya anda tahu saingan keyword tersebut tinggi maka pilih longtail keyword phrase. Semakin mudah anda akan mendapat kedudukan yang baik dengan stretegi yang bagus.

2. Optimize kan “Basic infomation” box

Saya juga tidak kisah sangat tentang perkara ini.  Saya tidak buat keyword staffing disini. Isikan maklumat apayang ada nak tawarkan dalam fan page anda.

 

 

Photobucket

 

 3.  Kongsikan  Photo/ Image

Facebook news feed algorithm akan melihat dan mengira peminat fan page anda dan jenis post di facebook. Terdapat enam (6) jenis post di facebook.

  •   kemaskini text sahaja  di status,
  •   photo, 
  •  link,
  •  video,
  • platform post, dan
  • Soalan

4. Buat Photo Albums 

Kalau kita lihat daripada 10 post di wall facebook kita ada dua atau tiga Photo Album.  Biasanya kawan-kawan kita akan klik photo album ini memberi kelebihan dan menghantar signal yang baik bahawa kandungan yang kita lihat di wall adalah popular.  Memang Facebook tidak akan mengakui bahawa klik dan like akan memberi signal yang baik kepada Facebook Edgerank.

5. Set Up

Untuk melihat edgebot boleh berfungsi dengan baik kita mesti benarkan ia crawl dalam page kita, pergi ke dashboard admin dan cari  “Manage Permissions” . Pastikan anda klik checkbox dan klik juga  “Save Changes”. 

Kemaskini di  Facebook mengsasarkan kemaskini berdasarkan demographics seperti umur, Gender, Status perhubungan  , Status Pelajaran, kegemaran dan lokasi.

i)  Setting kepada fan page

 

Photobucket

 

 

ii) Setting Facebook peribadi

Kalau anda tidak setuju dengan apa yang saya nyatakan di atas, boleh komen dibawah. Saya suka dengan komen anda, ini adalah salah satu daripada ucapan terima kasih anda. Saya ingin mendengar pendapat anda.

 

Photobucket

 

 

Facebook menggunakan formula algoritma yang dipanggil EdgeRank untuk menentukan apa yang pengguna akan lihat dalam newsfeed mereka.

INFOGRAFIK

Info grafik tahun lepas 2018 tapi masih boleh guna.

Formula ini didasarkan pada 3 elemen: Affinity, Weight and Decay Time.

INFOGRAFIK 2

VIDEO TERBARU TENTANG EDGERANK FB (2019) – DITENGAH CERITA BROOKES SANGAT MENARIK

Nak saksikan Video dari Frazer Brookes berkenaan dengan Facebook Algorithm 2019 yang dipost pada 8 Feb 2019.

Print Friendly, PDF & Email
Cara Nak SEO Facebook EdgeRank (update Ranking 2019) 3

admin

Saya happysus, Saya adalah seorang pencinta SEO. SEO adalah seni dalam menempatkan post pada kedudukan No.1 di Google. Ini adalah bidang yang saya tekun pelajari dan terus berkongsi apa yang saya praktik dan pelajari kepada semua pembaca. Saya ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email happysus%live.com atau happysus's Google Profile

More Posts - Twitter - Facebook - LinkedIn - Pinterest - Google Plus

4 Comments

  1. Rahimah al-Idrus

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.