Saya akan kongsikan bagaimana nak kecilkan gambar dalam post ini. Tidak lengkap kalau saya tidak bagi tahu bagaimana cara nak compress image to 10kb online. Ada tool yang boleh online image compressor to 20 kb.
1) Image Compressor Online
satu pilihan Pemampat imej secara online atau image Compressor online yang menjadi pilihan saya adalah.
1) compressimage.toolur.com
Pemampat imej dalam talian ini membolehkan untuk memampatkan dan mengubah saiz imej JPG atau PNG anda untuk menyimpan ruang cakera anda.
Pilih banyak imej sekali dalam format JPEG, PNG atau BMP (ia akan menukar PNG ke format JPG):
2) compressor.io
Pilihan saya untuk compress imej adalah compressor.io. Saya suka compressor kerana ianya free.
Compressor hanya boleh upload satu persatu imej. Imej yang besar daripada 700kb. compressor adalah tool dalam talian yang hebat untuk mengurangkan secara drastik saiz imej. Gambar akan kekal kualiti yang tinggi dengan hampir tidak ada perbezaan sebelum dan selepas pemampatan. Ia ada 4 format fail yang disokong JPEG – PNG – GIF – SVG
3) Photo size editor online
Post ini adalah post 2011, jadi saya bercadang nak perbaharui post ini dengan bahan-bahan yang lebih fresh dan terkini.
Banyak photo size editor online yang ada dipasaran. Saya akan kongsikan pilihan yang saya suka untuk membuat imej untuk website saya.
Bagaimana nak kecilkan saiz 100 keping photo dengan satu click. Pada hari ini photo yang kita ambil menggunakan kemera digital agak besar saiznya. Ramai blogger menggunakan photo bersaiz besar ini tidak membuat editing photo tersebut dan terus upload ke dalam blog.
Jika anda salah seorang daripada mereka berhenti dari berbuat begitu. Menurut kajian oleh eMarketer 16% pengguna laman web akan meninggalkan page sekiranya masa loading lebih dari 10 saat.
Pasti kita akan kehilangan pelanggan atau traffic. Jika anda hendak menganalisa lamanweb anda mempunyai loading time yang baik atau tidak kita boleh mengunakan software dalam laman web ini. Click ini
Kalau kita nak mengecilkan photo guna photoshop pun boleh. Ya boleh. Tapi kena buat satu persatu. 100 photo, 1000 photo. Lenguh mata dan tangan. Saya lebih suka menggunakan perisian dicipta oleh Irfan Skiljan.
Software ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 1996. IrfanView adalah percuma kepada pengguna. Program ini dinamakan sempena nama pencipta software irfan view iaitu Irfan Skiljan dari Bosnia Herzegovina, dia adalah bekas pelajar di Vienna University of Technology yang baru berusia 32 tahun semasa membuat software ini.
Sejak dari beliau melancarkan software ini beliau telah menerima lebih dari 60,000 e-mail menyatakan tahniah, terimakasih kerana menghasilkan software yang hebat ini.
Irfan-Skiljan- creator Irfan View
Loading Photo:
Image yang sesuai untuk blog adalah 600 x 400 pixel atau kurang.
Bagaimana cara guna sofware Irfanview
Perisian free yang digunakan adalah Irfanview. Ini merupakan perisian freeware yang sangat power. Anda boleh download di sini. Cepat download sini.
2. Buka Batch Conversion.
3) Pergi ke advanced untuk mendapatkan saiz photo yang kita inginkan.
4) Sebaiknya photo untuk blog adalah 600 x 400 pixel.
Ikut arahan di atas. Saya akan sertakan video bagaimana ianya dilakukan.
Anda boleh download software percuma di sini. Cepat download sini.