Checklist SEO: Pelan langkah demi langkah untuk menyelesaikan masalah asas SEO laman web yang belum ada S.E.O “search engine optimization“.

Panduan ini direka untuk memudahkan anda mengenalpasti seterusnya menyelesaikan asas permulaan SEO blog wordpress.
Saya faham ramai newbie SEO yang tidak tahu bagaimana nak mula.
Apakah langkah awal untuk mendapat trafik percuma dari teknik SEO blog.
Saya ada menerima banyak pertanyaan sebegini. Bagaimana nak mula SEO blog? Apa perkara yang perlu saya lakukan untuk SEO website saya?
Kepada perlu SEO Website saya? Jawapan mudah adalah kita mahu index page website supaya boleh muncul di carian Google.
Apabila ada dalam carian Google maka peluang untuk mendapat trafik percuma adalah cerah.
SEO adalah keadah marketing produk dalam jangkamasa panjang tanpa kos, jika DIY sendiri.
8 Langkah awal DIY SEO website
Contoh yang saya beri akan melibatkan cara setting SEO dengan WordPress. Apa yang diterangkan di sini adalah aspek awal kepada SEO.
Iaitu, sebelum membuat Teknikal SEO, Local SEO, Onpage SEO, Offpage SEO, User Experience SEO dan Performance SEO.
Cara Menggunakan Checklist SEO Ini
Apa yang cuba disenaraikan dalam Checklist SEO adalah suatu yang bermanufaat sebagai permulaan menguasai muka pertama di Google.
Jika anda mengupah perunding SEO yang buat SEO. Perkara pokok kepada SEO ini harus diberi keutamaan.
Tidaklah nampak sangat anda tidak tahu apa-apa tentang SEO.
Setuju:
Jangan risau kalau anda masih baru dalam SEO.
Kita cuba bantu anda memaksimakan pengetahuan anda tentang perkara asas yang perlu anda tahu tentang SEO website.
Gunakan checklist ini dengan sebaiknya.
Tujuan senarai semak atau checklist ini dibuat adalah untuk memastikan perancangan anda untuk memperbetulkan SEO website anda dengan teratur.
Tidak mungkin anda dapat melakukan pembetulan yang terkandung dalam senarai semak ini dalam satu masa.
Anda dinasihatkan untuk membaca dulu senarai semak ini sehingga selesai.
happysus.com akan membawa anda secara terperinci yang boleh supaya anda boleh lakukan sendiri di rumah.
Ini adalah matlamat happysus.com memberi keyakinan kepada anda untuk DIY sendiri SEO blog dan website anda.
Akhir sekali adalah diharapkan selepas ini mudah bagi anda menguasai SEO dengan mendapat banyak trafik dari niche dan kata kunci yang disasarkan dalam carian perniagaan anda.
Sekiranya anda ingin membuat strategi SEO yang komprehensif, lihat panduan SEO 12 strategi yang saya telah share kepada anda.
Jika upah buat SEO:
Antara perkara yang perlu disediakan ialah username dan password perlu diberi kepada perunding SEO yang anda lantik dalam kerja mengoptima site anda. Jika anda DIY sendiri SEO maka abaikan perkara di atas.
Berikut adalah enam akses yang yang diperlukan.
- Email (untuk setting GA dan GC)
- Google Analytics
- Google Console
- Bing Webmaster tool
- Login wordpress
- cpanel akses
Jika anda belum melaraskan (setting) perkara di atas saya akan bagi tahu caranya.
Pemeriksaan awal sebelum baiki SEO site
Pemeriksaan awal oleh perunding SEO tidak memerlukan akses kepada 6 perkara di atas. Dia cuma periksa ada/ berfungsi atau tidak ada/ tidak berfungsi.
Pemeriksaan perkara asas ini biasanya tidak ada dikenakan sebarang bayaran kerana bertujuan untuk mengesan kewujudan perkara asas SEO saja.
PERKARA ASAS YANG PERLU ADA PADA WEBSITE
ASAS SEO [Langkah awal sebelum SEO bermula]
![ASAS SEO [Langkah awal sebelum SEO bermula]](https://i2.wp.com/happysus.com/wp-content/uploads/2020/05/PERKARA-ASAS-YANG-PERLU-ADA-PADA-WEBSITE-2.png?resize=640%2C250&ssl=1)
☐ Google Analytics untuk website | Periksa ada GA – gachecker.com
☐ Google Search Console (GSC) |
☐ Tag Manager | Ini tidak kritikal, tak ada pun tak apa.
☐ Bing Search Console Access |
☐ Plugin SEO untuk website (Hanya penguna WordPress)
☐ Pemantauan Masa website tidak berfungsi
☐ Page About, contact dan Privacy Policy
☐ Tracking kedudukan keyword dah dipasang.
Google Analytics
Google Analytics adalah tool untuk membuat semakan SEO kepada laman web anda. Ia akan mengambarkan usaha SEO anda.
Google Analytics adalah salah satu perkara pertama yang harus anda lakukan sebaik sahaja anda melancarkan laman web baru.
Penting untuk mengesan trafik anda, kerana trafik pada dasarnya adalah orang sebenar yang melayari laman web anda dari pelbagai sumber dalam talian: organik, langsung, sosial, dan lain-lain.
Cara anda mengatur Google Analytics di WordPress adalah dengan memasukkan kod GA di dalam kepala laman web dan anda biasanya melakukannya melalui plugin WordPress.
SEO Google Analytics dipasang bertujuan untuk menjejak perkara seperti dibawah:-
- Berapa banyak trafik anda dapat dari carian Google
- Page atau post yang paling teratas dalam organik trafik
- Ia memberi maklumat bounce rate organik trafik
- Boleh memperolehi maklumat hasil yang anda dapat dari trafik organik.
- Boleh hubungkan Google Search Console dengan Google Analyatic untuk membuat Analisa kedua-dua data.
- Kebanyak tool luar seperti screamingfrox menggunakan data ini untuk mereka Analisa website berkaitan
- Boleh mengesan penjualan | Click “Admin” > “Account” pilih laman web >”View” column, pilih “Goals” >Click “+New Goals” > Pilih template dari pilihan yang ada
Sumber rujukan untuk pasang Google Analytics:
4 Cara mengetahui Google Analytics sudah dipasang atau tidak.
Video: Google Analytics [Register for GA for Beginners]
How to Add the Google Analytics to Your WordPress Site
Configuring Search Console data in Google Analytics
Cara pasang Google Search Console
Search Console adalah tool percuma yang merupakan sumbangan Google kepada pemilik laman web dan dunia SEO.
Apa yang bagus tentang tool ini adalah ia membekalkan banyak data yang berguna dan merekodkan data dari aktiviti yang berlaku ke atas website kita. Ia sering dikaitkan dengan kedudukan enjin carian seperti Google. Antara kegunaan GSC adalah seperti berikut:-
- Memberi tahu kata kunci dan page atau post yang mempunyai klik
- Memeriksa kedudukan kata kunci di Google
- Ia merupakan pintu masuk kepada robot google dengan menghantarkan sitmap dan minta bot google untuk merangkak masuk.
- Memberi tahu error seperti 404, 200ok, mobile friendliness dan index google)
- Kenalpasti denda secar manual telah berlaku ke atas website kita.
Sumber rujukan untuk pasang GSC:
Use Search Analytics in Google Sheets for Better SEO Insights []
Bing Search Console
Akaun Bing Search Console yang dihubungkan ke akaun Webmaster Bing anda di bawah bahagian Profil. Menguruskan akses Bing Search Console akan mengesahkan status pemilikan laman web secara berkala dengan mengakses akaun Search Console anda.
Bing Search Console adalah perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh bing yang membantu anda memantau, memelihara, dan menyelesaikan masalah kehadiran laman web anda dalam hasil Carian di Bing. Ia akan mengesahkan kehadirana botbing merayapi laman web anda. Selesaikan masalah pengindeksan dan minta pengindeksan semula kandungan baru atau terkini.
Carian video Bing jauh lebih baik daripada carian Google. Ini adalah perbezaan terbesar antara keduanya. Bing memberikan lebih banyak cadangan carian secara auto daripada Google dalam kebanyakan kes. Google hanya memberikan empat, sementara Bing memberikan lapan.
Cara Menghantar Laman Web Anda ke Tempat Bing
- 1: Mulakan di Skrin Selamat Datang.
- 2: Tuntut Perniagaan Anda Yang Ada atau Tambahkan Penyenaraian Perniagaan Baru.
- 3: Tambahkan Perniagaan Anda dan Log masuk ke Akaun Microsoft Anda.
- 4: Urus Penyenaraian Anda
Sumber rujukan untuk pasang Bing search Console
Google Tag Manager
Google Tag Manager (GTM) bukanlah tool untuk SEO. GTM adalah untuk memudahkan pengurusan tag-tag Google Analyatic, Google Console, Facebook Ads dan Google Ads. Ia adalah dengan mudah boleh dipelajari dan dipasang dengan tidak perlu merujuk kepada pembangun web anda.
Cara pasang adalah mudah
- Pilih jenis code yang hendak dimasukkan. Ini adalah temasuk Google analytics
- Pasang code terperinci seperti tracking ID
- Pilih dimana nak trigger the code.
Install Plugin SEO untuk website [wordpress]
Salah satu sebab utama saya suka menggunakan WordPress adalah kerana sistem pengurusan kandungan berorientasikan SEO yang terbaik.
Selain itu, anda boleh memperluas fungsi utamanya dengan menggunakan plugin. Plugin WordPress yang paling popular untuk SEO adalah Yoast SEO, dengan lebih daripada 5 juta pemasangan aktif, semasa penulisan kandungan ini.
Video: Saya suka Tutorial dari Ferdy Korpershoek. Yoast SEO Tutorial 2020 | SEO For Beginners
Note: Setting Title dalam search Appearance | Content kalau tidak pakai cara Ferdy boleh abaikan. Ikut setting yang Yoast bagi je. Jangan pening-pening.
Satu lagi tool plugin SEO yang menjadi alternative kepada Yoast adalah RankMath. RankMath masih baru dalam pasaran. Sekiranya anda tidak menggunakan Yoast Premium saya sarankan anda gunakan RankMath.
Video Rank Math:
Apa yang penting adalah anda mempunyai kawalan penuh dan cara mudah untuk mengoptimumkan halaman untuk SEO.
Pemantauan Masa website tidak berfungsi
Tidak ada host server yang dapat menjamin kadar website berfungsi 100% (rata-rata sekitar 99.9%).
Olehitu, apa yang penting adalah anda mempunyai perlu diberitahu masa dan ketika server website anda tidak berfungsi atau down.
Jika masa Uptime banyak masa henti untuk penyelenggaraan laman web. Selalunya disebabkan masalah server. Ini boleh merosakkan kedudukan carian Google dan Bing (dan bahkan boleh mengakibatkan deindexing jika tidak diperbetulkan).
Apa Akibat Server Down lama
John Mueller mengesyorkan menggunakan 503 jika anda perlu membawa laman web anda offline. John Mueller menambah jika anda tidak dapat melayan Googlebot 503 dan akhirnya ia menganggap keseluruhan laman web 404. Ia beranggapan mungkin website anda offline secara kekal. Note: Jangan khuaitir ya. Jika anda mempunyai hosting yang baik, jarang-jarang perkara ini akan berlaku. Kalau selalu, tukar hosting saja adalah jawapan yang tepat.
Mungkin ini agak teknikal saya tidak bincang secara detail di sini. Anda boleh baca disini. Server Go Down? How Google Handles Rankings & SEO After.
Cara pasang uptimeRobot
Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan memasang monitor uptime untuk laman web anda.
Alat percuma yang saya gunakan dan cadangkan adalah UptimeRobot.
☐ Page About Us, contact dan Privacy Policy
Kita selalu terlepas pandang aspek pasang perkara ini. Ia penting untuk memberi tahu Google bahawa laman web kita adalah laman web yang boleh dipercayai.
Mengapa halaman About Us, Contact, Privacy Policy.? Google mengukur laman web dari perspektif kepercayaan.
Basic yang selalu webmaster atau pemilik website tidak ambil berat.
Sebarang perniagaan yang sah mesti dan mempunyai maklumat ini . Oleh itu adalah penting juga untuk memilikinya.
Ia dapat dianggap sebagai perniagaan yang sebenar dan menjadikan Google memberi kedudukan yang baik kepada hasil carian.
Rujukan Penting:
25 Awesome Examples of About Us Pages
Tracking kedudukan keyword dah dipasang.
Setiap halaman perlu menyasarkan satu kata kunci dan anda perlu mengawasi kedudukan halaman terpenting anda, jika tidak semuanya.
serprobot.com
serprobot adalah pemeriksa percuma, mengesan kedudukan kedudukan laman web di carian google anda secara langsung dalam masa nyata secara PERCUMA!
Terdapat banyak alat yang dapat membantu anda mengesan kedudukan kata kunci.
Serprobot – freemium
What’s my Serp – freemium
Serpwatcher
Ahrefs
Seranking – satu set lengkap alat untuk audit laman web yang komprehensif, analisis pesaing, peringkat laman web, cadangan kata kunci dan pengelompokan, pemantauan backlink, pelaporan profesional automatik,