Adakah anda masih tercari-cari cara nak tambah trafik ke blog anda. Anda tertanya-tanya apakah strategi SEO terbaik dipasaran.
Ini adalah permasalahan pemilik website di Malaysia berdasarkan komen di group Facebook SEO Tegar Malaysia.
Apabila anda memilih topik dengan potensi trafik carian tinggi.
SEO asas seperti onpage SEO dan onsite SEO akan memberi trafik yang tinggi seterusnya meningkatkan jualan produk anda.
Stop…
Tidak semudah itu…
Walaupun saya telah berkongsi keseluruhan strategi SEO untuk Newbiz sebelum ini. Satu lagi teknik SEO yang penting adalah Strategi Kandungan SEO.
Saya faham:
Anda tidak sabar nak tahu.
Adalah sia-sia jika kandungan SEO yang diterbitkan tidak mencapai matlamat yang anda inginkan. Artikel bagus tetapi tidak ada orang yang membacanya. Matlamat untuk menguasai trafik tinggi, penjualan produk dan hasil adsense google pasti tidak tercapai.
Penyelesaian:
Saya akan cuba kongsikan satu teknik strategi membina kandungan SEO yang diajar oleh Brian Dean bertajuk “SEO THAT WORKS”.
Kursus tersebut dah tutup. Boleh tunggu ia buka lagi. Kalau buka pun mahal. $ 1887 USD untuk kursus asas, $ 2997 untuk peringkat pertengahan.
Pada tahun 2017 mula- mula dibuka cuma dalam $27 je ini. Ia sesuai untuk mereka yang serius dalam pembinaan kandungan blog.
Strategi ini adalah evergreen strategi Brian Dean. 8 strategi Briain Dean masih digunakan lagi oleh ramai pemain SEO. Brian Dean dia sebenarnya digelar SEO genius oleh Entrepreneur.com. Usahawan yang cemerlang oleh Inc Magazine. Blog Backlinko.com, disenaraikan oleh Forbes sebagai “blog untuk diikuti” pada tahun 2017.
Berbaloi. Baca.
Kalau anda ikuti artikel saya ini sehingga habis.
Saya jamin anda akan dapat sedikit idea apa yang telah dikongsikan oleh Brian Dean berkaitan dengan kandungan SEO berkesan.
Membuat kandungan SEO berkesan tidak cukup untuk mencapai hasil SEO pada muka satu Google. Kandungan SEO yang berkesan akan memberi peluang terbaik untuk mencapai kejayaan dalam misi dan maktlamat sesuatu artikel diolah.
Anda akan memaksimumkan nilai SEO dan SEM yang disediakan di laman web anda.
Dan seterusnya?
Masalah terbesar ramai blogger adalah mereka tidak membuat perancangan untuk membina strategi kandungan SEO.
Bagaimana kita boleh mengatur strategi kandungan SEO kita sendiri?
Pembinaan strategi Kandungan SEO ini seperti membina rumah, dimana kita mula dengan membina tapak yang kukuh. Tapak rumah umpama tahap asas kandungan SEO website kita. Selepas itu, kita kembangkan dan gabungkan onpage SEO dan teknikal SEO setiap langkah.
Perhatian:
Kajian Keyword sahaja bukan strategi SEO.
Adalah penting memulakan menulis kandungan SEO dengan menulis perkara yang kita mempunyai kemahiran atau pengalaman khas. Ini merupakan kelebihan.
Walaubagimanapun apabila kita membuat SEO website pelanggan yang mengambil servis SEO dari kita. Maka kita kena lihat dari sudut kelebihan pelanggan kita.
Banyak maklumat terperinci berkaitan pelanggan kita yang perlu diberikan oleh pelanggan kepada kita untuk pembinaan artikel yang berkesan. Menulis artikel saya selalu rujuk teknik daripada Bro Ali Hanafiah Daud Penulis surat jualan di Malaysia.
Fokus:
Menghasilkan kandungan SEO yang boleh memberi hasil dari segi trafik dan membantu menyelesaikan masalah pelawat website kita.
Kita mulakan dengan apa yang saya janjikan:
Janji harus ditepati:
Disini saya ingin cadangkan “Power Page” yang diajar oleh Brian Dean dari Backlinko. Saya berkesempatan mendapatkan tutorial “Power Page” ini. Walaupun teknik ini telah ada sejak 2017 tetapi masih boleh digunakan dengan berkesan.
Apakah “Power Page” Brain Dean?
Power page adalah page yang dirancang secara strategik kandungan SEO untuk berada di halaman 1 Google.

PENTING:
Menurut Brain Dean
“membuat kandungan Blog berasaskan long tail keyword. Ia menerbitkan kandungan sebagai rutin biasa sudah tidak berkesan lagi sebagai strategi kandungan SEO”.
Brian Dean, Backlinko.com
Power Page adalah satu teknik mempengaruhi mereka membuat kandungan artikel khusus untuk mereka yang mempunyai “power to share” kuasa berkongsi post yang kita buat di website “Linkreator”.
Brian Dean menyatakan bahawa syarat utama sebagai Linkreator adalah “mereka yang mempunyai website dalam sesuatu industri dan industri berkaitan”.
Backlinko mengwujudkan banyak Power Page dalam penulisan blog backlinko.com. Backlinko juga tidak lagi menulis tiap-tiap hari long tail keyword. Sehinggakan banyak topik SEO yang super susah nak dapat nombor satu di Google, backlinko dapat menggunakan teknik Power page.
Sebenarnya kalau ada telah lama dalam dunia penulisan kandungan blog.
Beberapa teknik power page ini bukanlah teknik yang baru, contohnya Teknik Infografik. Perbezaannya adalah bagaimana Brian Dean melakukannya dengan cara yang lebih berkesan.
Apa yang penting adalah maklumat mendalam dan mencipta nilai yang dimahukan oleh penulis.
Persoalannya berapa terperinci maklumat yang perlu dikongsikan. Berapa banyak sub-topik diketogorikan sebagai Power page?
Baca hingga habis..
Jadi bagaimana.
Mari kita belajar dari Backlinko.
Bagaimana Brian Dean mengwujudkan Power Page. Sekarang banyak agensi besar sudah mula mengwujudkan Power Page ini.
Tidak dapat dinafikan lagi.
Banyak agensi seo telah berpindah dari menulis long tail keyword kepada menwujudkan Power page. Walaupun kosnya agak mahal.
Ini adalah kerana melibatkan kajian keyword, penulisan sub-topik, grafik menarik dan yang penting engagement dengan mereka yang digelar Linkreator.
Strategi kandungan Power page SEO Backlinko adalah
a# Linkreator –
Berdasarkan hasil kajian utama daripada 11.8 juta keputusan carian Brian Dean bersama Ahrefs mendapati page atau website yang mempunyai backlink daripada authority site.
Website website berautoriti memberi kedudukan yang lebih tinggi.
Semakin banyak site mendapat backlink ke sesuatu page maka semakin tinggi kedudukannya di Google.
Korelasi disini bermaksud satu perkara mempengaruhi atau bergantung kepada yang lain.
Maka bermulanya istilah Linkreator.
Tugas utama teknik Linkreator adalah memilih site atau personal yang mahu beri link kepada site. Menurut Brian Dean mereka yang mampu memberi link adalah mereka yang mempunyai website dalam industri anda atau industri berkaitan.
Sesuatu kandungan post direka dan diolah khusus mensasarkan Linkreator kongsikan backlink anda di website mereka. Ini adalah asas utama kepada teknik ini.
Oleh itu, Ini juga bermaksud pembaca blog dan pelanggan yang berpotensi adalah keutamaan yang kedua.
Dengan mengunakan strategi kandungan SEO yang mensasarkan Linkreator telah membantu web e-niaga dan web berasaskan perkhidmatan mendapat ranking yang tinggi.
Fokus pertama, memilih topik mesra Linkreator untuk mendapat senarai kandungan yang terperinci dan beberapa teknik membekalkan maklumat yang unik.
Anda kena google dan dapatkan banyak artikel berkaitan bidang topik tersebut. Pilih maklumat yang unik, baru dan berkesan.
Brian Dean berkongsi bagaimana mendapat Linkreator.

Cari siapa Linkreator di Google.
Gunakan Broad keyword untuk memulakan pencarian topik yang berkaitan dengan bidang niche anda. Fokus kepada “informational keyword” cenderung memaparkan kandungan dari berita dan blog. Bukan “komersial keyword” iaitu keyword yang digunakan oleh sesuatu industri atau niche produk website.
Contoh “informational keyword” dalam industri SEO adalah seperti Teknikal SEO, SEO tool dan link building tips.
Contoh: dalam industri SEO contoh “komersial keyword” adalah seperti SEO Training dan SEO Courses.

Disini, teknik ni memperkenalkan istilah Shoulder niche – niche yang hampir berkaitan dengan topik utama laman web anda. Katakan dalam industri anda sukar mendapat website yang berkongsi topik niche anda. Maka cari niche berkaitan.
Brian Dean memberi contoh dalam industri Pest control pasti sukar nak berkongsi link dengan anda kerana mereka adalah persaing anda. Maka dia mencari blogger berkaitan “garden blogger” atau hobi berkebun.
Siapa yang beri link kepada Linkreator
Mereka ini memberi link kepada Linkreator utama maka secara definasinya mereka ini adalah juga Linkreator.
Caranya adalah menggunakan tool SEO. Pergi ke website Linkreator utama dan kaji backlink mereka. Disini anda akan nampak banyak website yang memberi link.
Kalau guna ubersuggest .
Guna ini: neilpatel.com/backlinks
Anda akan dapat melihat website yang berkaitan Linkreator.

Pilih Senarai terbaik
Semua senarai tip telah dinyatakan di dalam blog post ini merupakan infomasi emas ini sebagai list yang perlu dikaji.
Brian Dean berkongsi cara cari senarai post ini
[keyword] blog post to follow
- Top Best [keyword] blog
- Best [keyword] post [years]
- Best [keyword] to follow [year]
Atau guna alltop.com site

Tambahan dari saya.
atau masukkkan digoogle formula ini
site:alltop.com “keyword”
Kalau infomasi dalam bahasa melayu tidak ada dalam alltop.com. Anda kena dapatkan info english kemudian alih bahasa.
Antara cara lain adalah seperti dibawah:
Caranya adalah pdf, blog post, e-buku (pdfdrive.com), video (youtube), pembelajaran online (udemy.com, semrush academy – SEO, ask.com). Saya subcribe google alert setkan bidang niche yang saya nak pantau.
Selalunya ada baiknya dapatkan dari authority page bidang niche berkaitan. – Kenalpasti siapa linkreator untuk bidang topik tersebut? Siapa Linkreator di Malaysia? Catat (sosial media-group, page dan lain-lain), subcribe email, website dan produk terbaru mereka secara terperinci.
Cara happysus:
Cari topik Linkreator adalah dengan skodeng keyword dari website yang menguasai sesuatu niche atau linkreator keyword Malay. Masukkan saja url website dalam tool dan perhatikan top page web tersebut.
b# Membina Power Page
Selalunya kita akan meneka topik yang kita rasa akan memberi trafik ke website kita. Kalau pun berjaya, kita tidak tahu bagaimana nak mengolah secara spesifik kandungan SEO blog.

Fokus kepada Linkreator
Fokus adalah mencari topik yang disuka oleh Linkreator. Adalah penting untuk mengenalpasti topik yang telah kongsi dan dilink.
Keadah 1: Kajian topik Linkreator

Mengenalpasti senarai topik yang telah ditulis oleh linkreator. Dapatkan senarai topik yang telah dilakukan diatas. Pergi ke website pertama dalam senarai anda di atas. Periksa 3 ke 5 post berkaitan.
Apa yang nak dicari.
Adakah ia mempunyai tema komen yang sama yang mengaitkan kedua komen dalam post yang ditulis. Ini adalah untuk mengenalpasti topik yang sedang hangat diperkatakan oleh Linkreator dalam blog mereka.
Contoh banyak post blog yang menerangkan berkaitan onpage untuk website SEO.
Manakala banyak blog diet benyak berkongsi topik sedang hangat diperkatakan iaitu “intermittent fasting diet“
Maksudnya kita kenalpasti apa yang linkreator minat tulis dan kenalpasti info terperinci dan terbaru yang dikongsikannya.
Keadah 2: Halaman Sumber (resource pages)

Sumber idea penulisan post blog diambil dari halaman sumber yang terbaik dalam niche tersebut. Kenalpasti web tersebut dan secara terperinci kandungan yang selalu dikongsikan.
Cuba dapat halaman sumber yang dilink oleh linkreator berdasarkan kandungan terkumpul, terpilih, mengkategorikan, memberi komen, dan menyampaikan maklumat.
Seterusnya yang paling relevan dan berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan pembaca anda mengenai subjek tertentu.
Keadah 3: Kaji halaman terbaik Linkreator

Dapatkan halaman web yang terbaik atau page yang paling banyak trafik yang dimiliki linkreator. Skodeng page yang paling banyak dapat link.
Gunakan tool seperti aherfs, moz atau ubersuggest. Pelbagai website lain caranya. Contoh dalam aherfs gunakan “Best by links”; ubersuggest- “Top pages by traffic” dan Moz – “Top pages”.
Keadah 4: Carian Youtube

Video yang berada di atas untuk sesuatu keyword selalunya memberi sudut yang berlainan dalam niche topik yang membosankan. Teknik inii adalah salah satu cara mendapat idea bagi niche industri membosankan seperti industri binaan, landscape dan lain-lain.
Masukkan keyword dalam carian Youtube. Cuba kaji apa yang paling banyak ditonton dan komen. Apa tajuk yang mereka gunakan? Topik ini yang disukakan oleh pembaca.
c# Medium Tail Keyword

Teknik Power Page ini tidak menggunakan long tail keyword. Long tail keyword mempunyai jumlah carian yang rendah dan saingan keyword yang sedikit.
Tahukah anda sejak Google Humming Bird algorithm diperkenalkan oleh google strategi membuat kemaskini setiap hari post blog untuk Long tail keyword yang berulang sudah tidak boleh digunakan.
Ini adalah kerana longtail keyword jenis ini memberi tajuk yang maknanya sama. Fokus kandungan yang memberi makna.
Jangan khuatir:
Apabila anda fokus untuk medium tail keyword maka anda akan boleh ranking long tail keyword.

Long tail keyword boleh menjadi sebahagian daripada strategi SEO anda. Masalahnya ialah anda perlu meletakkan banyak dari long tail keyword untuk benar-benar membawa kepada banyak trafik. Teknik ini sudah dikira black hat teknik. Algo panda akan memainkan peranan aktif.
Anda fikir susah juga nak rank medium tail keyword. Long tail pun sukar nak dapat muka satu Google, ini kan pula Medium tail.
Bagaimana nak dapatkan medium tail keyword
Keadah yang Brian Dean lakukan untuk mendapatkan long tail keyword adalah mencari keyword yang berada ditengah-tengah.
Jumlah carian keyword (search volume) term power page yang disasarkan.
Sekali- lagi saya ulang, bukan jumlah perkataan menentukan long term keyword.
Pada pendapat Brian Dean,
Fakta:
Fakta yang dikongsi dalam post backlinko.com .
Jika anda mengambil keseluruhan senarai setiap kata kunci yang ada, 91.8% daripadanya adalah long tail. Olehitu, jumlah carian dari semua kata kunci, long tail hanya merangkumi 3.3% daripada jumlah itu. Walaupun 3.3% tetapi jumlah tersebut adalah besar untuk keseluruhan carian.
Jangan keliru,
Teknik ini bukan berdasarkan jumlah perkataan ya tetapi jumlah carian (Search volume).
Sebab itu, teknik ini mendefinisikan “long tail” berdasarkan jumlah carian bukan panjang kata kunci.
Sebilangan mendefinisikan long tail sebagai “kata kunci panjang”. Tetapi itu sebenarnya tidak tepat.
Sebagai contoh, banyak kata kunci panjang mendapat banyak jumlah carian.
Maka, Kata kunci medium tail nampaknya mempunyai yang terbaik dari kedua-dua long tail dan short term.
Masukkan term keyword yang disasarkan guna teknik power page yang telah dikenalpasti ke dalam keyword tool. Pelbagai jenis tool carian keyword boleh anda gunakan. Kalau percuma boleh guna keyword planner. Ubersuggest juga percuma untuk 7 hari. Sebulan USD12 manakala lifetime USD120 (RM 484.56).
Cara untuk mengenalpasti Medium term keyword. Menurut Dean, sesuatu keyword diketogorikan sebagai long tail keword apabila volume carian sebulan adalah di antara 1-100.
Adalah sukar untuk menentukan apa keyword anda untuk medium tail kerana setiap industri adalah berbeza.
Olehitu, pada saya sendiri, medium term ini adalah jumlah yang >100 jumlah carian sebulan. Limitnya saya tidak tetapkan sebab berbeza industri maka berbeza jumlah carian serta kesukaran keyword. Saya tidak jumpa medium term yang ditetapkan oleh Dean.

Kalau nak saya buat video berkaitan cara mencari medium term keyword ini boleh komen dibawah. Ramai yang nak saya akan buat video khas.
d# Rangka kerja Power Page

Brian Dean berkongsi rangka kerja power page seperti di bawah:-
Share Trigger atau Pencetus perkongsian adalah elemen tertentu yang anda sertakan dalam kandungan anda.
Ia akan menjadikan orang lebih cenderung untuk berkongsi kandungan itu dengan orang lain.
Perkara- perkara yang mengubah artikel atau catatan blog anda dari kandungan generik dan boleh diramal.
Ia akan menjadi kandungan yang menonjol, membuat orang membaca dan meminta orang ramai untuk berkongsi atau pautan kepadanya.
Share Trigger diteliti oleh saintis Jonah Berger dan Katherine L. Milkman berdasarikan tingkah laku, yang menemui perkara berikut:
- Kandungan yang menimbulkan emosi yang kuat;
- Kandungan positif dikongsi lebih banyak daripada kandungan negatif;
- Mencetuskan emosi seperti kagum, kemarahan, kegelisahan, kejutan, kegembiraan, ketakutan dan nafsu mendorong pembaca mengambil tindakan;
- Kandungan praktikal dan berguna juga cenderung berjaya.
Share Trigger 1:
Brian Dean, berkongsi istilah utility iaitu merujuk kepada kandungan ini sangat praktikal dan berguna. Contoh yang diberi adalah, Resipi adalah salah satu jenis kandungan yang paling banyak dikongsi secara online.
“Utility” tidak hanya berlaku untuk kandungan. Ia juga boleh menjadi tool atau perisian. Contoh adalah coSchedulecom untuk tool menulis header post atau tajuk post. Kajian keyword Neil Patel juga satu contoh utility.
Share Trigger 2
Artikel dengan kandungan berformat panjang terbukti lebih menarik, lebih senang dikongsi, dan lebih baik untuk SEO. Ia adalah satu isyarat carian dan pilihan manusia yang membantu menentukan kualiti, memenangkan kandungan yang lebih panjang.
serpIQ berkongsi kandungan panjang melebihi 2,000 perkataan menguasai 10 hasil carian carian teratas berdasarkan kajian sains.
•Teknik Trademark
Teknik Trademark adalah pendekatan yang digunakan blogger untuk mencapai hasil tertentu. Selepas itu, memberikannya nama tertentu, dalam erti kata teknik yang dinamakan sendiri.
Contoh terbaik dari ini adalah teknik Skyscraper yang merupakan teknik Trademark Brian Dean. Jika menulis tentang link building maka teknik Skyscraper merupakan satu yang wajib diketahui.
Ramit Sethi juga telah membuat teknik Trademark sendiri yang disebut “The Briefcase Technique”. Ia adalah taktik untuk menguasai wawancara pekerjaan apa pun, calon pelanggan, atau berunding dengan gaji yang lebih tinggi.
bigapplemedia berkongsi petua Teknik Trademark.
- Cari masalah yang pembaca anda ambil berat tentang berkaitan.
- Kenal pasti halangan yang menghalang penonton anda menyelesaikan masalah yang anda kenal pasti.
- Buat penyelesaian yang membantu pembaca mengatasi halangan yang menghalangnya.
- Akhirnya, beri nama teknik anda. Nama itu sering memainkan peranan besar, jadi cuba buat nama yang mudah diingat. Menggunakan kata-kata seperti Teknik, Kaedah atau Rumus dapat membantu mewujudkan teknik Trademark anda.
•The Go-To Guidebook
The Go to guidebook adalah panduan tentang semua perkara yang khusus seseorang harus pencari informasi perlu tahu.
Seseorang pembaca boleh mendapatkan maklumat berkaitan sesuatu perkara dalam satu Go To Guide book. Ia adalah umpama pusat sehenti untuk mendapatkan maklumat. Cara menghasilkan Go to Guide Book adalah seperti berikut:-
Pilih tajuk yang disuka Linkreator.

Topik hendaklah topik yang mempunyai saiz yang sederhana. Tidak terlalu khusus dan tidak terlalu mendalam. Kita mahu memilih topik yang boleh dipecahkan kepada 7 -10 sub-topik.
Topik seperti “How to lose weight” memerlukan lebih dari 10 sub-topik. Oleh itu, pasti tidak dapat melengkapkan semua topik yang ada dalam 7 – 10 subtopik. Topik seperti “How to gain muscles” dan “How to burn fat” sesuai untuk melengkapkan 7 – 10 subtopik.
Cara memecahkan sub-topik adalah dengan menganggap anda sedang menulis artikel untuk pemilik blog. Boleh juga untuk penerbit buku anda yang mahukan senarai kandungan blog.
Cuba senaraikan sahaja sub topik yang anda fikir sesuai dan buang yang tidak sesuai. Seterusnya jadikan sub topik sebagai sub tajuk yang menerangkan manufaat produk atau perkhidmatan untuk pengguna yang berpotensi. Sub topik yang menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Apabila membuat sub-topik yang mempunyai kandungan yang jelas, yang memberi nilai yang lebih kepada pembaca. Tugas utama adalah untuk meyakinkan pembaca bahawa apa yang dikongsi bermanufaat. Ini dinamakan Benefit Rich Content menurut Brian Dean.
Headline sub-topik mengandungi outcome yang hendak dicapai untuk sesuatu sub topik. Bukan tajuk yang membosankan. Outcome yang dinyatakan oleh Brian Dean adalah outcome yang kuantitative.
Ini bermaksud outcome yang berkaitan dengan, mengukur, atau diukur dengan kuantitinya. Maksudnya hasil outcome yang boleh dikira. Ada nombor.
Contoh : 10 teknik rawatan pernafasan Covid-19 dirumah
Sekiranya ia bernilai maka linkreator dengan mudah akan berkongsi artikel tersebut.
Contoh yang diberi Brian Dean.
Content Marketing >> “How to get world class link with content marketing”
Mula mewujudkan Go to guide book dengan tajuk artikel yang menghimpunkan beberapa sub-topik. Ini bermakna Tajuk artikel hendaklah tajuk yang terbaik.

Keadah ini memerlukan kerja yang banyak tetapi berbaloi untuk dilakukan. Ia menggunakan keadah “page jump link” atau “anchor link“. Maksudnya apabila sub-topik di tekan ia akan terus ke sub-topik yang kita hendak kongsikan.
Sebenarnya untuk menghasil power page boleh melibatkan kos yang besar. Upah designer dan penulis yang merupakan projek yang besar. Oleh itu, boleh juga menggunakan banner khas, seperti apa yang selalu lihat pada post happysus.com.
Selepas sub-topik saya akan buat banner. Saiz banner yang saya suka gunakan adalah 200 pixel x 400 pixel. Saya gunakan canva.com untuk membuat design banner yang bagus. Compress image selepas sebelum upload. Kecilkan image guna cara yang saya tunjukkan ini.
Formula yang digunakan untuk membuat intro “go to Guidebook” adalah secara ringkas buat outline kepada topik yang dikongsikan adalah penting. Seterusnya, kongsikan cabaran asas yang terpenting atau masalah yang biasanya dihadapi. Nyatakan dan tunjukkan panduan anda boleh mengatasi masalah atau cabaran yang mereka hadapi.
Menyediakan table of content yang menyerupai sebuah buka dimana ini akan meningkatkan nilai apa yang anda nak kongsikan. Selepas itu sediakan page jump link atau anchor links.
Menyusun bab kandungan memerlukan strategi dimana Brian Dean menggunakan pendekatan permulaan tiga (3) sub-topik pertama adalah sub-topik berkaitan pengenalan asas sub-topik.
Selepas itu, dipertengahan sub-topik 4 – 6 sub-topik adalah berkaitan aspek penyelesaian masalah dan cabaran dengan lebih spesifik dan terperinci. Selalunya saya perhatikan Brian Dean akan berkongsi data-data kajian saintifik dari pengkaji-pengkaji dalam bidang yang ditulis.
Akhir sekali, dua (2) bab akhir akan berkongsi case study, tutorial ringkas dan tip berkaitan.
Menulis sub-topik berkesan
Cara menulis sub topik berkesan keadah Power Page dimulakan dengan menulis pengenalan sub-topik sebanyak 60 -90 perkataan.
Menulis tajuk kecil dalam sub-topik adalah seperti menulis. Tiga (3) tajuk kecil adalah berkaitan dengan penerangan secara ringkas apa yang hendak anda jelaskan dengan berkesan.
Setiap tajuk kecil boleh dianggap sebagai post-post dengan tajuk terperinci blog anda seperti yang pernah anda buat sebelum ini.
Adalah baiknya menyediakan 3 -5 maklumat yang anda fikir penting untuk tajuk kecil dalam sub-topik. Maklumat asas yang dikira penting yang perlu diketahui untuk memahami permasalah atau cabaran yang dikongsikan.
Dalam sub-topik kesimpulan adalah bertanya kepada pembaca untuk memberi komen apa-apa perkara yang tidak difahami dalam artikel yang anda tulis.
•Expanded List Post (ELP)
Masalah list post atau pun senarai post kandungan blog adalah apabila ada membaca 50 senarai contoh topik “membina backlink”. Anda mungkin akan membaca cuma 3 ke 5 dari keseluruhan senarai tip yang diberi. Konon nak bookmark dulu. Nanti baca kemudian.
Saya pasti. Saya tahu. Sebab saya macam tu.
Saya selalunya akan bookmark url tersebut bertujuan membaca kemudian. Tetapi saya, tidak akan sempat nak baca lagi kandungan tersebut. Lepas tu lupa.
Ini adalah masalah yang dihadapi oleh Linkreator. Apa bila membaca list post.
Bagaimana. tu..
Menggunakan keadah “Expended list post content framework” atau Panduan kandungan senarai post keadah “Power post”.
ELP konsep ini menyenaraikan semua langkah untuk setiap tip yang ada dalam senarai. Sini berhati-hati dengan infomasi pendedahan atau penyediaan terlalu banyak maklumat atau data. Overload dengan data dan maklumat pun tidak bagus.
ELP menggunakan keadah memberi maklumat terus atau untuk menghubungkan anda dengan tepat apa yang perlu dilaksanakan untuk setiap tip.
Langkah demi langkah untuk menghasilkan ELP
Langkah 1# Memilih Tip
Teknik ELP perlu memenuhi dua (2) kriteria
Pertama adalah mesra Linkreator.
Kedua topik memerlukan sesuatu yang dapat memberikan 15 – 25 tip yang berkesan.
Langkah 2# Menyenaraikan Tip
Sekiranya anda terfikir tip berkaitan tuliskan dulu dalam kertas. Supaya tidak lupa. Brian Dean juga berkongsi cara mendapatkan dan menyediakan tip yang berkesan.
Pertama: Anggap pembaca anda mengikuti sesi perkhidmatan kaunseling dengan anda. Apa permasalahan yang akan dibawa? Apa tip dan strategi ringkas yang anda nak kongsikan?
Kedua. Nyatakan apakah bilakah anda dan pelanggan anda menhadapi masalah yang cuba diselesaikan berkaitan topik tersebut. Apakah teknik yang digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut?
Note: Jika anda tidak tahu apa yang hendak ditulis anda boleh buat kajian blog-blog yang ada. Gunakan juga forum berkaitan isu yang dibincangkan.
Gunakan Google:
“keyword” + tips
“keyword” + strategi
Dapatkan senarai tip dan panduan dari google.
3# Mengenalpasti 15 -25 tip yang sah boleh digunakan.
Brian Dean, power page teknik ini menyatakan bahawa 15 -25 tip sudah mencukupi dan terbaik digunakan dengan keadah ELP.
Jangan lupa masukkan wow faktor dalam penulisan tip.
Gunakan tip dan teknik yang boleh pembaca gunakan terus tanpa tangguh-tangguh. Petua yang boleh diambil tindakan oleh pembaca.
4# Kenalpasti 3 – 4 tip yang menarik dan baru
Kenalpasti tip yang menarik atau Brian Dean kata “Killer Tips”. Ini bermaksud tip atau strategi yang orang belum pernah sebut atau kongsikan. Ada juga tip lama yang telah ada modifikasi. Tip-tip baru keluar dari oven panas. Segar dan praktikal.
Adalah penting meletakkan sesuatu 3 – 4 tip yang baru dipermulaan artikel. Ingat ini adalah penting untuk meningkatkan Dwell Time.(adalah jangka masa yang dihabiskan seseorang untuk melihat halaman web setelah mereka mengklik pautan di halaman SERP)
Ingat:
Jika sukar nak cari tip 100% orginal jenis ini, maka cukup dengan membuat perubahan yang praktikal pada teknik lama.
Setelah mengenalpasti tip 1 – 2 di permulaan.
Maka kenalpasti tip 3 – 4 untuk diletakkan di belakang sekali dalam keadah ELP ini.
5# Membina post
Pengenalan tajuk ELP post memerlukan tiga (3) perkara.
Pertama. Memberi feadah. Kenalpasti apakah feadah yang akan pembaca dapat dengan membaca artikel anda. Namakan dan senaraikan saja feadah yang akan mereka dapat.
Kedua. Bilangan item. Jumlah tip yang anda kongsikan dalam post tersebut.
Ketiga. Jangka masa yang pendek. Anda tunjukkan bukti bagaimana ELP ini boleh berhasil dengan pembuktian bahawa ia adalah praktikal dan boleh digunakan sekarang juga.
Cara buat Pengenalan post ELP
Caranya adalah dengan menyatakan secara ringkas permasalahan dan cabaran yang dihadapi dan tunjukkan cara menyelesaikannya. Tunjukkan jalan bagaimana post anda boleh membantu mereka menyelesaikan permasalahan dan cabaran. Juga boleh tunjukkan feadah yang akan mereka dapat dengan menggunakan tip dan strategi anda.
Menulis item ELP adalah mempunyai ciri-ciri berikut:-
- Tajuk yang menunjukan feadah (Benefit Rich Title)
- Pengenalan yang ringkas item
- Langkah penerangan yang terperinci berkaitan isu dan permasalahan.
Langkah kedua adalah mengwujudkan langkah-langkah untuk mencapai outcome item tersebut. Langkah ini seharusnya terperinci dalam mencadangkan sesuatu tip dan isu.
Kesimpulan ELP post adalah dengan membuat sasaran yang jelas. Iaitu mengambil tindakan berkaitan cadanganyang kita beri dalam tip dan strategi tersebut. Jika mereka berjaya maka, mereka akan menjadi peminat kepada blog kita sama ada mereka linkreator atau pembaca biasa.
Contohnya kita boleh meminta pembaca mengambil salah satu tip dan terus mempraktikkannya.
•Awards Bait
Keadah Award bait menggunakan konsep menerima pengiktirafan dalam strategi yang akan digunakan. Sebagai contohnya jika kita dilantik sebagai ketua pasukan bola.
Kita akan beritahu orang terdekat. Mereka akan viral dalam social media. Maka dalam sekelip mata sahaja kita akan menerima pengiktrafan dari mereka yang mengetahui berita gembira ini.
Social Currency – “Remarkable things provide social currency because they make the people who talk about them seem, well, more remarkable.”
Game mechanics (are constructs of rules and feedback loops) help generate social currency because doing well makes us look good.
Jonah Berger
Contohnya, memberitahu keluarga kejayaan akan menyebabkan kita nampak baik dimata keluarga dan kawan-kawan.
Emosi Positif – Apabila ada keghairahan emosi maka akan mudah mereka untuk share artikel kita.
Langkah 1: Memilih Topik
Topik adalah kunci kepada kejayaan sesuatu post. Bagaimana ia akan berjaya. Tidak seperti module lain dalam post ini, anda tidak terikat dengan apa yang Linkreator telah kongsikan. Ini adalah kerana topik teknik AwardBait adalah mesra Linkreator.
Mambuat AwardBait adalah mudah iaitu dengan
- Ia hendaklah terperinci – maksudnya post mestilah boleh memikat pembaca kerana kandungan yang terperinci. Jonah Berger , seorang profesor pemasaran di Wharton School di University of Pennsylvania. menyatakan “orang suka berkongsi kandungan yang terperinci”
Nilai Praktikal
Berita yang boleh anda gunakan. Perkara berguna dapat dikongsi bersama. Oleh itu, nyatakan nilai dan kepakaran yang luar biasa supaya orang dapat menyebarkannya dengan mudah.
- Ia adalah niche sekurang-kurangnya ada 100 blog. Selepas mendapatkan topik tersebut kenalpasti ada 100 blog yang menceritakan berkenaan topik tersebut. Tidak semestinya 100% menyatakan topik tersebut mereka. 100 blog adalah anggaran kasar sahaja. Pasa saya kalau ada 50 pun dah bagus.
Langkah 2: Mencari pemenang.
Jangan risau memilih topik yang anda pilih dalam langkah 1. Sekirannya mereka menulis topik tersebut dalam beberapa artikel yang mereka postkan.
Sasaran adalah untuk meletakkan 25 pemenang dalam AwardBait kempen. Sebab banyak link dimasukkan semakin banyak link yang boleh didapati.
Katakan ada sasarkan cuma 10% dari mereka memberi link. Jika senarai ada 50 pemenang maka anda akan dapat 5 link masuk ke site anda.
Persoalannya bagaimana mengenalpasti pemenang.
Cari keyword berkaitan dengan topik yang kita hendak tulis menggunakan teknik AwardBait di google. Top 20 post yang diGoogle adalah site yang menerangkan sesuatu AwardBait topik anda.
Menggunakan Teknik AwardBait ini Dean, menyatakan adalah satu cara untuk mendapatkan backlink dari EDU site. Edu site adalah site yang mempunyai authority dan boleh dipercayai. Oleh itu ia akan meningkatkan ranking website anda.
Dean, kata berdasarkan pengalaman dia edu site sangat teruja apabila mereka menerima Award daripada anda. Mereka sangat senang memberi link kepada anda.
Langkah 3: Ciri Pemenang
Tajuk AwardBait –
Tiga perkara yang perlu dimasukkan dalam Tajuk teknik AwardBait
- Nombor – Masukkan nombor diikuti dengan perkataan seperti “Best”, “Top” dan “worldclass” bagi bahasa malayu “terbaik”
- Penerangan Blog – penerangan dinyatakan dalam topik langkah 1 diatas.
- Kebaikan/ kualiti – meletakkan feadah atau outcome yang diperolehi
Contoh :
- Top 20 SEO Blog that really know their stuff
- Top 30 Climbing Blog that rock the web
- Best 40 Knitting Blogs that are “Sew” awesome
- Top 25 Running Blogs for Amazing Run
- Top 37 Paleo Diet Blogs for Building Muscle and Burning Fat
Pengenalan AwardBait
Pengenalan hendaklah mempunyai eleman berikut
- Pengenalan apa anugerah dan penghargaan yang akan mereka terima.
- Nyatakan berapa banyak blog berkaitan dengan topik. Nyatakan bahawa apa yang ada dalam list adalah terbaik dalam banyak-banyak blog. Apa yang diberi oleh blog ini yang menyebakan terpilih.
- Beri penekanan bahawa senarai ini adalah eksklusif.
- Nyatakan apakah yang dinyatakan oleh blog ini berkaitan dengan perkara yang dinyatakan.
Pilih pemenang adalah disusun mengikut yang paling tinggi kedudukannya atau top blog paling atas.
Menyediakan maklumat dalam setiap blog dalam senarai
- Nama blog
- Ringkasan Bio data bermaktlamat adalah untuk menerangkan secara ringkas bahawa blog mereka unik.
- imej
- link kepada website dan social media
Langkah 4: Logo yang unik dan badge yang menarik
Menyediakan logo dan badge yang dengan menyediakan banner khas untuk AdwardBait page. Banner ini mengambarkan bahawa post tersebut adalah offical. Banner ini diletakkan di antara title dan pengenalan post.
Boleh sediakan badge khas yang boleh menunjukkan mereka telah berjaya memenangi anugerah. Boleh beri embed code untuk badge adalah suatu yang baik. Ini kerana beri backlink ke site anda.
Langkah 5: Memberi tahu pemenang
Memaklumkan kepada pemenang dengan email dan beri link embed code banner.
•The Trusty Infographic
7 Langkah satu persatu Infografik dikongsikan dibawah yang digunakan oleh ramai pemain SEO untuk menjana backlink ke website mereka. Infografik adalah suatu yang banyak dikongsikan di media sosial dan website
Keadah yang digunakan oleh Brian Dean agak berlainan sedikit. Infografik digunakan untuk membuktikan teori atau pendapat mereka betul. Infografik yang memberi nilai dan data serta maklumat yang menyokong fakta dari linkreator.
Bagaimana nak mula.
Langkah1: Pilih topik untuk infografik.
Buat infografik berkaitan dengan topik yang berkaitan dengan minat dan suatu yang linkreator telah kongsikan atau cakapkan. Kalau boleh kenalpasti pendapat linkreator berkaitan sesuatu topik., pekara atau isu.
Langkah 2: Kenalpasti sudut topik yang hendak dimasukkan dalam infografik.
Ia adalah berkaitan dengan penceritaan yang anda kenal pasti dalam langkah 1. Story telling info graphic. Untuk membuat infografik anda berbeza ia mesti ada element penceritaan.

Langkah 3: Kumpulkan maklumat
Niat kita adalah untuk menyokong sudut yang specifik yang diminati linkreator dengan mencari maklumat-maklumat berkaitan.
Menurut Dean, bukan grafik infografik yang bagus sahaja yang diperlukan untuk kejayaan teknik ini. Apa yang penting adalah data yang dipersembahkan oleh infografik tersebut. Infografik yang boleh bercerita sendiri apabila pembaca membacanya. Dean, menambah 6 – 10 data diperlukan untuk menghasilkan infografik yang berkesan.
Mari kita mula buat infografik.
Langkah 4:Tajuk Infografik – Dean mencadangkan kurang dari 10 perkataan sudah mencukupi untuk tajuk infografik. Tujuan tajuk adalah untuk memperkenalkan infografik.
Langkah 5:Intro Infografik – Adalah penting untuk menulis pengenalan dengan memperkenalkan sudut mana yang infografik ini akan bincangkan. Ia tidak perlu panjang, apa yang penting adalah pengenalan boleh memberi maklumat terpenting yang akan dibincangkan dalam infografik.
Langkah 6: Menyusun data – 6 – 10 data perlu disusun mengikut keutamaan. Letakkan apa yang penting sekali di atas, maklumat yang boleh menarik perhatian pembaca apabila membaca permulaan data. Data seterusnya haruslah statistik yang boleh menerangkan isu yang dibincangkan. Seterusnya data menjawab kenapa isu atau masalah ini berlaku.
Langkah 7: Mereka Infografik menarik. Berdasarkan pengalaman Dean 10% kejayaan infografik terletak kepada pereka infografik. Manakala 90% adalah langkah-langkah enam (6) langkah di atas.
Tiga (3) prinsip dalam membuat grafik Infografik berkesan dan berjaya adalah
Prinsip pertama – Kurangkan text dan banyak kan ruang kosong dalam infografik, tidak perlu diletakkan terlalu banyak carta dan data. Pilih 6 – 10 yang penting sahaja.
Prinsip kedua: Gunakan 2 – 3 warna sahaja. Ia akan memberi infografik anda unik dan jelas serta mudah dibaca.
Prinsip ketiga – Gunakan visual kreatif. Bukan hanya carta Pai dan carta bar yang membosankan sahaja. Jadilah lebih kreatif untuk mempersembahkan data anda.
Prinsip keempat – Mempromosi infografik anda
•Crowdsourced Manual
Perkara utama kejayaan teknik Power page ini adalah apabila Linkreator mahu berkongsi link kepada pembaca mereka. Teknik crowdsourced manual ini bukan hanya membolehkan anda untuk Linkreator tetapi yang bestnya adalah bersama Linkreator.
Bagaimana itu.
Crowdsourced manual mengumpulkan tip ringkas dari berdozen pakar dalam bidang-bidang tertentu ditempat yang sama.
Oleh kerana ia mengandungi pendapat dan pandangan dari pelbagai pakar bermakna post anda akan menjadi Share Trigger. Oleh sebab itu, kandungan tersebut diketagorikan sangat praktikal dan berguna.
Disamping itu juga, setiap Linkreator mempunyai ramai pengikut masing-masing yang pasti akan memberi trafik ke website anda.
Brian Dean, menyatakan keadah ini adalah sangat baik untuk website baru. Ini dapat mengembangkan lagi kerjasama dengan mereka yang ada minat dengan niche tersebut.
Contoh : Bagaimana Shane Barker membina network beliau.
Tajuk post:
55 Experts Reveal the Best SEO Rank Tracking Tools for Marketers (Updated May 2020)
Langkah 1: Mengenalpasti Crowdsourced Manual Topik
Topik ini adalah topik yang Linkreator anda mahu link kepada post tersebut. Aspek terpenting adalah untuk memberi Linkreator anda soalan yang senang untuk dijawab dan tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab.
Contoh:
Travel blogging – Apa yang anda suka dengan travel blogging?
Pakar SEO dan marketing – Apa tool yang anda gunakan?
Langkah 2: Senaraikan pakar
Senarai dalam kajian linkreator di atas sangat berguna untuk mengenal pasti pakar di atas.
Boleh guna cadangan Dean dengan menggunakan carian Google dengan meletakkan
“keyword” + “interview with”
“keyword” + “guest post by”
Untuk Carian Malaysia agak sukar guna cara ini kerana kebanyakan pakar di Malaysia bermain di Sosial Media. Ini bermakna hendaklah cari mereka yang ada website. Komen atau cadangkan dengan saya cara anda nak kenalpasti Linkreator di Malaysia.
Langkah 3: Bentuk soalan berdasarkan topik dalam langkah 1
Semakin mudah soalan untuk dijawab makan semakin mudah anda akan mendapat jawapannya.
Contoh : Jika anda diberi kesempatan menggunakan tiga (3) tool SEO, Tool yang mana pilihan anda?
Langkah 4: Hantar soalan kepada pakar dalam senarai anda.
Pastikan anda hantar kepada mereka yang ada nama besar dalam industri tersebut dalam senarai pertama untuk dihubungi. Apabila nama besar sudah beri komen, maka mudahlah nama-nama kecil untuk beri komen.
Langkah 5: Mencatatkan maklumbalas
Sebaiknya gunakan Google Doc untuk sebagai platform kepada pakar untuk jawap soalan anda.
Langkah 6: Menulis maklumbalas pakar jadi blog post
Mulakan dengan menulis tajuk. Unsur penting dalam pembinaan tajuk adalah bilangan pakar yang akan mengambil bahagian. Senaraikan siapa pakar tersebut. Topik yang akan mereka bincangkan. Contoh.: 100 Pro kecergasan dan 60 Pakar pemasaran email
Menulis Crowdsourced Manual

Tajuk Crowdsourced Manual-
Terdapat tiga (3) unsur penting yang membentuk Tajuk yang berkesan.
Pertama: Jumlah pakar yang akan mengikuti dalam post tersebut.
Kedua: Siapa pakar tersebut.
Ketiga: Topik yang akan dirangkumi oleh mereka
Contoh: 50 Travel Writers Name their Best beach destinations
Dalam bentuk soalan
I asked 50 Travel Writers: “What are 3 Top beach destinations”
13 SEO Experts Share Their Tips for Newbies
Pengenalan Crowdsourced Manual
Pengenalan yang dicadangkan oleh Dean adalah
- Nyatakan permasalahan
- Nyatakan persoalan
- Catakan jumlah kualiti dan maklumbalas yang diperolehi
Boleh nyatakan permasalah untuk menyelesaikan permasalahan dengan memberi peratusan permasalahan tersebut.

Contoh: https://www.webgnomes.org/blog/seo-tips/
Memasukan maklumbalas dari pakar ke dalam blog.
- sub tajuk dengan petikan atau ringkasan maklumbalas diterima.
- Biodata ringkas dengan link ke site dan social media profile.
- Maklumbalas pakar.
Kesimpulan
Buat kesimpulan dengan menyatakan kekaguman dengan sumber dari pakar yang memberi pendapat. Boleh minta pembaca juga memberi pendapat mereka.
Langkah 7: Memberi tahu pakar bahawa kita dah Live
Disini Brian Dean menggunakan perkataan KITA kerana ia mengambarkan bahawa post ini adalah kerja berkumpulan. Ini akan menyebabkan mereka lebih meghargai dan seterusnya berkongsi dengan pembaca mereka.
Langkah 8: Menghantar email kepada pakar dalam senarai yang belum menyertai
Contohnya sepatutnya kita menerima 50 pendapat pakar tetapi cuma 40 sahaja yang berimaklumbalas. 10 orang yang tidak membalas mungkin tidak tahu apa post akhir atau mereka sibuk pada minggu tersebut.
Setelah post dilancarkan, kita pasti post tersebut akan dikongsikan kerana ada nama-nama besar yang dikongsikan.
•The Hero Formula
Teknik yang dinyatakan oleh Dean ini adalah berkaitan dengan Hero Pesona dan Mentor Pesona. Menggunakan Teknik Trademark anda adalah Hero kerana mengesan permasalah dan menyelesaikan permasalah atau isu.
Akan tetapi untuk teknik The Hero Formula anda berperanan sebagai mentor yang melahirkan hero yang berjaya. Anda adalah mentor atau asbab kejayaan hero anda. Disini Mentor adalah Yoda sementara Hero adalah Luke Skywalker (anda).
Teknik ini akan menyebabkan kedudukan kepakaran anda meningkat. Keputusan yang positif yang dibekalkan dengan data-data yang menyakin adalah penting. Seterusnya, anda dilihat sebagai membantu orang menguasai sesuatu bidang. Ini pasti memberi nilai kepada kepakaran anda.
Aspek seterusnya adalah gunakan keadah storytelling. Teknik Hero Formula ini memberi peluang kepada anda mengeluarkan apa yang terbuku di minda pembaca.
Ini pasti akan meningkatkan utility dengan memaparkan kajian kes dari Hero-hero anda.
Langkah 1: Mengenalpasti seseorang yang anda bantu.
Ia boleh jadi pelanggan, rakan kongsi, atau siapa-siapa yang anda telah bantu. Apa yang penting adalah mereka ini telah mendapatkan keputusan yang baik sebab bantuan anda.
Contoh jika anda jurulatih Gim yang membantu seorang ibu mengurangkan berat badan sebanyak 20 kg. Jika anda membantu mereka menghasilkan facebook page pertama mereka. Jika anda adalah agensi pengiklanan yang membantu pelanggan mendapat 10 pertunjuk jualan sebulan.
Jika seseorang perlukan bantuan untuk menyelesaikan permasalahan perniagaan mereka atau trafik blog mereka maka sebagai balasan anda menulis diblog artikel anda nanti.
Oleh itu gunakan teknik yang digunakan oleh hero anda untuk berjaya dari point A ke point B. Pastikan hanya 3 – 5 step sahaja. Tidak perlu terlalu terperinci.
Penulisan Hero Formula
Tajuk Hero Formula
Tiga (3) perkara penting dalam menghasilkan trafik
- Faedah khusus. Feadah yang diterima oleh Hero yang anda bantu.
- Jangkamasa khusus. Jangkamasa yang diambil untuk mengasilkan feadah yang dinyatakan.
- Nombor. Jumlah berdasarkan data yang melayakkan anda memberi feadah dalam membantu Hero
Viral Marketing Case Study: How a Brand New Blog Generated 17,584 Visitors In One Day
Post diatas telah diubah oleh Brian Dean kepada VIRAL MARKETING:The Definitive Guide.
Pengenalan Hero Formula adalah dengan
- Secara ringkas memperkenalkan Hero.
- Senaraikan masalah yang mereka hadapi sebelum bantuan anda. Bentuk penceritaan.
Keputusan yang mereka perolehi
Permudahkan penyampaian keputusan apa yang Hero perolehi sehingga membawa kejayaan. Boleh senaraikan keputusan yang diperolehi dalam bentuk point form.
Nyatakan langkah yang dilakukan untuk memperolehi keputusan. Setiap satu akan menjadi SUb-topik dalam kandungan. Seterusnya terangkan secara terperinci dibawah sub-topik tersebut.
Akhir sekali, kesimpulan
- Kesimpulan semua keputusan. Tulis kan hasil dari keputusan dengan cara yang mudah dan ringkas.
- para motivasi – bahagian ini akan memberi galakan kepada pembaca untuk mengikuti apa yang telah dilakukan oleh Hero.
- Click To Action (CTA) komen meminta pembaca berkongsi cerita anda. Minta pembaca memberi komen.

Saya harap saya dapat membantu anda memahami apa yang saya tulis di atas. Saya telah cuba sebaik mungkin untuk menerangkan dengan bahasa melayu. Maaf checklist setiap satu 8 teknik diatas saya tidak dapat kongsikan. Cukup apa yang saya tulis di atas.
Ambil masa nak faham. Kalau tidak faham. Boleh tanya dibawah. Saya sangat berbesar hati mendengar komen anda.