
Petikan Bersama (Co-Citation atau co-author matrices) dan kejadian bersama (co-Occurrence) adalah dua faktor on-page SEO yang menjadi bertambah penting pada masa ini. Ada banyak site yang sedang menerangkan dua istilah ini dalam beberapa post SEO diluar negara.
Neil Petal menyatakan kedua-dua faktor ini akan menjadi “New Big Thing in SEO“. Ini bermaksud ia adalah suatu perubahan yang besar yang akan mengubah landskap SEO. Cara penulis konten akan mengayakan ayat mereka juga akan berbeza lepas ini.
Jim Boykin telah bercerita tentang kedua faktor ini sejak tahun 2006 lagi berkaitan dengan co-citation. Ia banyak berkisar berkaitan dengan membina backlink yang berkaitan dengan sesuatu topik.
Pada tahun 2012 dan 2013 SEOMOZ.com ketika itu mengeluarkan whiteboard friday berkaitan dengan topik co-citation-and-co-occurrence ini.
Kedua algoritma ini memungkinkan untuk menentukan kedudukan laman web tertentu. Walaupun tidak dihubungkan secara langsung dari laman web dalam niche yang diberikan. Tetapi, jika ada laman rujukan yang umum yang sama.
Akhir sekali Google mengeluarkan RankBrain pada tahun 2015, ini adalah sistem pembelajaran mesin. Ia yang tugasnya khusus adalah mencari persamaan antara halaman yang dianggap berharga oleh pengguna. Maka, kedua faktor ini adalah melihat kepada dua faktor ini adalah jawaban kepada kemuskilan pengguna bagaimana RankBrain berfikir.
Co-Citation Matrix
Co-Citation adalah jariangan hubungan antara dua laman web, walaupun tidak ada hubungan antara kedua laman web tersebut. Hubungan dalam bentuk himpunan kata kunci yang merujuk kepada perkara yang sama. Google melihat dalam kontek bahawa kedua site adalah merujuk kepada topik yang sama.
Maka Google akan menketogorikan bahawa artikel A dan B adalah berkaitan dengan topik yang sama. Oleh itu, penting untuk kita memberi link kepada authority artikel.
Contoh:

Begitu, juga sebaliknya merujuk kepada dua site yang berlainaan. Ini memberi indikasi bahawa subjek yang dinyatakan adalah berkaitan perkara yang sama. Ini adalah salah satu authority matrix yang ramai tidak nampak.

Rank Fishkin dalam moz.com juga pernah bercerita tentang Co-Citation ini sejak tahun 2006 lagi.
Di Malaysia ramai juga pengiat SEO yang mungkin telah perasaan perkara ini. Akan tetapi memandangkan siangan untuk SEO di Malaysia masih kecil maka ia tidaklah menjadi keutamaan mereka.
Co-Occurrence matrix
Ia bukan lah suatu yang baru kepada SEO. Ini adalah kerana ramai SEO di Malaysia telah mengetahui istilah LSI keyword. Keyword yang maknanya sama tapi tidak serupa.
Istilah ini telah diperbaharui menggunakan nama co-Occurrence matrix. Ia bukan hanya LSI keyword tetapi adalah bagaimana keyword diletakkan, kekerapan sesuatu keyword LSI digunakan, dan jarak sesuatu keyword diletakkan.
Bagaimana menggunakan dua faktor on-page Co-Citation dan Co-Occurrence
Sehingga hari ini belum ada lagi tool yang boleh mengukur dua faktor ini terutama co-citation. Ini adalah kerana faktor co-citation ini bersifat kabur dan ciri serta susunan algorithm yang agak komplex.
Faktor kepelbagaian algorithm ini adalah pelbagai isyarat yang merangkumi pelbagai ciri SEO. Terdapat faktor-faktor berkaitan juga yang berpengaruh bersama dua faktor ini. Faktor ini adalah social signal, branding, katakunci sesuatu topik semakin berkembang dan faktor perubahan algorithm Google.
Kesan on-page Co-Citation dan Co-Occurrence
Kesan paling ketara kedua faktor on-page Co-Citation dan Co-Occurrence adalah pengurangan faktor seperti anchor text. Maksudnya semakin sehari selain dari aspek anchor text, Google akan mengambilkira kedua faktor on-page Co-Citation dan Co-Occurrence.
Kebaikannya adalah sesuatu page yang tidak banyak backlink boleh mendapat tempat yang baik di Google. Olehitu, akibatnya dari ciri-ciri perubahan on-page Co-Citation dan Co-Occurrence. Black Hat SEO seperti keyword stuffing merupakan musuh kepada Google telah diatasi. Kesilapan dalam mengoptimakan kandungan keyword dalam post akan mengakibatkan ranking menurun.
Kedua faktor ini juga akan menentukan Brand perniagaan kita akan mendapat tempat yang baik di Google.
Link masih lagi merupakan faktor yang penting kepada SEO. Ia bukan bermakna site tanpa link tidak boleh naik dengan baik.
Dibawah adalah Postcast seo.co menerangkan dua faktor on page ini.
Kesimpulan:
Saya harap anda dapati panduan onpage SEO di halaman ini berguna.
Sekarang saya ingin mendengar apa yang anda katakan:
Adakah catatan hari ini yang anda mahu cuba dahulu?
Atau mungkin anda mahu menduduki tempat di Coretan Pilihan.
Bagaimanapun, beritahu saya dengan meninggalkan komen di bawah sekarang.