Hubungan antara Click Through Rate (CTR) dan Bounce Rate

Website anda nak berada di atas dalam persaingan Google.  Menguasai google bermakna anda akan berada dihadapan dalam carian keyword. Apakah hubungan Click Through Rate (CTR) dan Bounce Rate dalam menguasai carian Google.

Larry Kim  di moz menyatakan bahawa dia percaya CTR adalah faktor yang mempengaruhi ranking. Beliau menambah lagi terdapat faktor lain seperti masa di website (dwell time) atau time on site, convention rate.

Perkara ini juga saya telah bincangkan dalam artikel saya sebelum ini tentang  SEO Brain Dean sembunyikan . Ia juga menerangkan tentang CTR.

CTR and bounce rate

Saya ada buat beberapa kajian artikel berhubung dengan perkara ini. Saya cuba meneliti beberapa jurnal article yang menyebut tentang CTR. Malangnya tidak ada yang menulis tentang perbandingan ini. Saya jumpa satu penulisan tentang bounce rate yang dikaitkan dengan pemantauan jumlah klik yang dilakukan pengguna.

Avinash Kaushik dalam Google Analytics menerangkan

 “Bounce rate for a page is the number of people who entered the site on a page and left right
away. They came, they said yuk and they were on their way.”

Kalau pada saya, untuk memahaminya masuk google cari keyword kemudian buka website site, tidak jumpa apa yang nak di cari dan patah balik ke google untuk mencari keyword yang sama, jika cari keyword lain maka keyword tadi tidak lah menjejaskan bounce rate.

Kalau cari keyword sama bermakna website yang kita buka pada mulanya adalah tidak bagus untuk mengambarkan keyword tersebut. Mungkin kalau kadar bounce ini tinggi dan jika ada website lain yang ada klik CTR tinggi dan bounce rate nya rendah maka ini akan memberi ranking kepada website tersebut.

Bounce rate ini juga dikaji dalam email marketing seperti yang dikongsikan oleh  MONICA PITTS dan SHELBY BROKAW dalam mayecreate.com. menyatakan bahawa pengukuran bounce rate adalah salah satu keadah untuk mengukur kejayaan dalam email marketing. untuk download pdf 

Kajian CTR

Saya ingin memetik satu kajian  yang dijalakan oleh ignitevisibility.com berkaitan dengan ranking kedudukan pertama di google yang kaitkan dengan CTR. Dalam kajian ini mengesahkan bahawa CTR ada hubungan dengan kedudukan di Google. ignitevisibility telah mengabaikan faktor lokasi dalam kajian ini.  Betul tu, jika dimasukkan faktor lokasi maka ia menjadi bertambah rumit.

Dalam kajian tersebut jika sesuatu artikel website menduduki tempat pertama maka CTR dianggarkan dalam 20%.

Google Click-Through Rates in 2017 by Ranking Position

CTR google

admin

Saya happysus, Saya adalah seorang pencinta SEO. SEO adalah seni dalam menempatkan post pada kedudukan No.1 di Google. Ini adalah bidang yang saya tekun pelajari dan terus berkongsi apa yang saya praktik dan pelajari kepada semua pembaca. Saya ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email happysus%live.com atau happysus's Google Profile

More Posts - Twitter - Facebook - LinkedIn - Pinterest - Google Plus

6 Comments

  1. Dengan penulisan konten yang berkualiti akan memberi kesan Bounce yang baik…

    pembaca lebih lama berada di blog dan berpuas hati dengan apa yang mereka cari.

  2. happysus

    Betul tu, bounce rate yang rendah akan memberi kesan yang baik kepada rangking. CTR adalah untuk memberi nafsu kepada orang klik. Ayat CTR yang baik mengalakkan pelawat klik. Akan tetapi jika bounce rate tinggi maka rangking pun akan drop juga.

    Contohnya, jika kita janji sesuatu dalam tajuk artikel tetapi bila pelawat tidak jumpa apa yang dia nak cari maka dia akan balik ke Google search. Apa yang berlaku seterusnya akan menentukan page kita ditendang kebawah atau naik ke atas. Jika pelawat tadi meneruskan mencari menggunakan keyword yang sama semasa dia pergi ke page kita.

    Pelawat akan ke page lain yang memberi maklumat yang dia nak. Seterusnya jika pelawat tadi menggunaka perkataan lain atau search keyword lain maka selamat lah page kita. Walaupun bounce klik tadi tinggi.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.