
Kecilkan saiz gambar selalu merujuk kepada aplikasi yang digunakan untuk mengecilkan gambar. 10 cara mengecilkan saiz gambar dan saiz pdf dan compress gambar.
Selalu mereka akan pergi ke laman web yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah mengecilkan gambar secara online.
Mereka juga mencari cadangan software yang sesuai untuk mengecilkan imej dan pdf.
Search intent untuk ketiga-tiga perkara di atas merujuk kepada tool yang digunakan. Pengguna mahu penyelesaian yang cepat. Cara ini adalah keadah yang saya ceritakan dalam onpage seo.
Saya akan cuba berikan sepuluh (10) penyelesaian kepada kecilkan saiz pdf, kecilkan size gambar dan compress gambar
Cara kecilkan size pdf (Software)
Terdapat beberapa cara untuk mengurangkan ukuran fail dokumen untuk dilampirkan dalam format PDF. Anda boleh lakukan dengan scanner.
Scanner:
Scan semula dokumen pada resolusi yang lebih rendah. Ini biasanya adalah penyelesaian yang paling cepat dan mudah.
Sekiranya anda mengimbas dokumen dengan warna, cuba imbas dengan skala kelabu.
Sekiranya fail pdf skala kelabu anda terlalu besar, cuba imbas sebagai Hitam dan Putih dengan resolusi 1-bit.
Scan semula dokumen tersebut dalam beberapa bahagian (atau pisahkan satu dokumen menjadi beberapa dokumen yang lebih kecil).
Olehitu setiap ukuran fail masing-masing kurang dari 1 MB.
Contohnya, Bahagian 1 dan Bahagian 2; atau Dokumen Utama dan memisahkan dokumen anda.
Word Writer: >> keadah SEO secara automatik
Sekiranya anda tidak dapat mengurangi ukuran file dengan pengimbas/ scanner. Jika tidak mempunyai pengimbas, atau yang asli adalah fail teks (seperti dokumen Word, PowerPoint atau Excel).
Anda boleh mencetak fail tersebut ke utiliti pencetak PDF pihak ketiga yang secara elektronik akan menukar formatnya ke PDF.
Banyak pencetak PDF yang popular boleh dimuat turun dan digunakan. Saya kongsikan di bawah.
Scan setiap halaman dokumen berbilang halaman sebagai gambar, simpan setiap gambar sebagai failnya sendiri. Kemudian gunakan alat buat PDF seperti microsoft word versi terkini.
Jika hanya ada versi microsoft word lama yang tidak ada fungsi save as pdf gunakan sahaja fungsi print PDF.
Untuk menukar fail dokumen (atau gambar) yang ada ke fail berformat pdf.
Penukaran word ke PDF secara online:
Anda juga dapat menggunakan perkhidmatan penukaran dokumen berasaskan web percuma yang tidak perlu dipasang di komputer anda.
Cara scan guna handphone (CamScanner) kecilkan pdf
Ini adalah cara yang paling saya suka. Guna phone. Android memberi pilihan software yang baik.
Perisian yang digunakan adalah perisian CamScanner. Dapatkan di playstore.

Cara Guna Camscanner
- muat turun CamScanner.
- Pilih sumber foto.
- Ambil gambar guna phone camera.
- Pilih bahagian gambar yang berkaitan.
- Pasang penapis ‘Magic Color’
- Tambah lagi atau hantar ke Telegram atau whatapps atau email
- Download dokumen anda.
Cute PDF
Download CutePDF .

Versi baru CutePDF Writer 4.0

Pilih “I accept the aggrement“

Mula Install:

Proses install sedang berlangsung dalam komputer anda.
Setelah Install:
Install CutePDF dalam kompter anda.
Fungsi CutePDF Writer tersedia sebagai pencetak pdf.
Cara guna:
Cari fail dalam Microsoft word yang mencetak dan membukanya.

Pilih “File”> “Print”.

Pilih “CutePDF Writer” sebagai pencetak di kotak dialog cetak, dan klik “Print”.(Jangan pilih “Cetak ke Fail” atau “Print to File”)

Masukkan nama fail baru untuk PDF anda dan pilih pilihan. Versi baru CutePDF Writer boleh edit dan add password
“save” ke lokasi yang anda mahukan.
Primopdf.com

Ini adalah print PDF ke dua yang saya masih guna hingga sekarang kerana ada beberapa komputer di pejabat masih mengunakan perisian Microsoft lama yang tidak ada save as PDF module.
- Pergi ke primopdf.com,
- Download
- Pasang perisian PrimoPDF.
- Buka dokumen Microsoft word yang ingin anda tukar ke PDF.
- Klik butang “Print” dalam Microsoft anda.
- Pilih “PrimoPDF” dari senarai pencetak dan klik “Print”.
- Ia memerlukan sedikit masa tetapi akan memaparkan skrin penukaran PrimoPDF.
Cara mengurangkan saiz fail PDF menggunakan Acrobat XI
Acrobat ada pilihan percuma dengan ciri terhad dibandingkan dengan berbayar.

- Dalam Acrobat XI, buka fail PDF.
- Pilih Dokumen> Kurangkan Saiz Fail.
- Pilih Acrobat XI Dan Kemudian untuk keserasian fail, dan klik OK.
- Namakan fail yang diubah suai. Klik Simpan untuk menyelesaikan proses.
- Minimumkan tetingkap Acrobat. Lihat ukuran fail yang dikurangkan. …
- Pilih Fail> Tutup untuk menutup fail anda.
Mahal. Cari di Shopee je. Ada rezeki ada. Tidak ada diam saja.
Antara perisian lain yang boleh digunakan adalah Bullzip PDF Printer, or PDF Creator. Maaf saya tidak terangkan di sini. Jika anda mahu saya tambah tutorial sila komen dibawah.
Kecilkan PDF secara online
Compress PDF -smallpdf.com (Online)
Compress PDF adalah dari smallpdf.com secara online.

Ini adalah perisian online untuk mengurangkan saiz dokumen PDF. Seterusnya akan memampatkannya. Limitation perisian ini adalah jika anda hendak kecilkan pdf ketahap maksimum anda kena bayaran.
Contoh dibawah menunjukkan file asal pdf adalah 99.3 KB. Perisian online smallpdf hanya membenarkan file dikecilkan secara percuma sehingga 50.6 KB iaitu 47%. Ini pun sudah dikira terbaik. Jika ada keperluan anda boleh pilih pilihan berbayar dikecilkan sehingga 24KB. Kualiti tidak terjejas kerana masih boleh dibaca.

Sama ada mengandungi jadual atau gambar atau teks biasa, boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.
Selalunya keadah untuk mengecilkan file pdf adalah mudah secara online. Asasnya tetap sama.
- Download fail PDF Anda.
- Pilih fail PDF yang ingin anda compress
- Fail PDF dari komputer anda atau pilih untuk memuat naik PDF dalam talian. Juga perkhidmatan penyimpanan cloud seperti Google Drive, Dropbo atau OneDrive.
- Pilih Compress Kualiti Fail PDF.
- Download PDF yang telah di compress.
iLovePdf (Online)

Logo ilovepdf adalah seperti ini
ilovepdf mempunyai struktur user experiance yang bagus. Maksudnya anda boleh guna dengan mudah dengan panduan senang diikuti.

Pilih file pdf yang hendak di compress atau dikecilkan.

Sebaiknya gunakan cadangan pdf yang oleh ilovepdf. Tidak seperti smallpdf di atas. Anda tidak nampak berapa size yang akan anda perolehi sebelum membuat kerja kompress ini.

Proses pemampatan file sedang dijalankan. Biasanya proses ini bergantung kepada kelajuan internet dan saiz file yang hendak di kecilkan.

Selesai kerja kompress. Sila save ke komputer anda.
pdf2go (Online)

Logo pdf2go ditunjukkan di sebelah kanan
Pilih Pdf yang hendak dikecilkan. Masukkan ke dalam online software pdf2go.

Aktiviti sedang berlangsung ditunjukkan dalam imej dibawah.

Pilih kualiti compress yang dikehendaki. Jika anda pilih strong compress pun tetap percuma.

Selesai boleh download ke dalam komputer anda. Banyak pilihan seperti save guna zip. boleh gabungkan file dengan fungsi merge. Edit juga boleh dilakukan.

sodapdf.com

Logo sodapdf adalah seperti ini. Sodapdf ini agak istimewa kerana ada kedua-dua ciri online dan offline. Jika anda berada diluar kawasan yang tidak ada kemudahan internet. Sodapdf adalah pilihan yang tepat untuk mengecilkan file pdf.
Sodapdf menyediakan kemudahan kecilkan pdf secara online dan boleh download software exe. Boleh di download dalam kumputer anda. Pilihan ditangan anda.

Use experience juga bagus. Mudah ikut panduan langkah demi langkah.

Selepas anda masukkan pdf dalam “choose file” di atas ia akan mula download. Laju juga ia download.

Pilihan di atas adalah bergantung kepada keperluan anda. Jika anda hendak masukan kedalam website pilihan saya adalah kurang daripada 55KB. Kelemahan adalah hasil akhir tidak ditunjukan pada peringkat pemilihan ini.

File sedang di download ditunjukkan berapa masa supaya anda boleh mengetahui masa download selesai.

Pilihan dihantar kepada email dan download terus. Pilihan dihantar ke cload tidak dinyatakan.
pdfcompressor.com

Logo pdfcompressor agak besar.
Perisian online pdfcompressor.com ini menyatakan dengan jelas kelebihan dipermulaan site.

Kelebihan yang tidak ada pada perisian online lain.
Ciri yang tidak ada pada yang pdf online yang lain:
Anda boleh berkongsi dirangkaian social terus selepas download. Boleh diterbitkan terus di laman web.
Jangan salah faham ya.
Tidak ada ciri tekan terus dapat share di laman social seperti twitter dan facebook.
Ia claim tidak mengubah DPI sehingga boleh dicetak dan diperbesarkan dengan tidak menjejaskan kualiti.

Boleh memuat naik (upload) sehingga 20 file pdf dalam satu masa.

Jimat masa kalau ada dokumen pdf yang banyak dan perlu dikecilkan dalam masa yang sama. AKhir sekali boleh di download secara berasingan

Ciri biasa:
Semua ciri sama seperti pdf online di atas iaitu selepas memampatkan fail PDF boleh dihantar melalui e-mel.
Adobe Online kecilkan pdf

Saya simpan yang terbaik di akhir. Ciri-ciri yang diberi adalah biasa seperti software online kecilkan pdf secara online.
Kelebihan adalah pada kepercayaan pengguna kepada jenama Adobe.

Cara mengurangkan saiz PDF secara online
Ikuti langkah mudah ini untuk memampatkan fail PDF besar dalam talian:
- Klik butang Pilih fail di atas, atau seret & lepas fail ke zon drop.
- Pilih fail yang ingin anda kecilkan.
- Setelah memuat naik, Acrobat secara automatik mengurangkan ukuran fail PDF.
- Muat turun fail PDF termampat anda atau log masuk untuk membaginya.
kecilkan saiz gambar online
Mengecilkan gambar dan kemudian memampatkan saiz gambar merupakan perkara yang sangat penting sebelum dimasukkan ke dalam website.
Lebar foto dalam talian yang sesuai bergantung kepada kualiti yang anda mahukan.
Jika untuk website saya sarankan anda kekalkan dibawah 55kb untuk loading cepat. Maksimum yang saya sarankan adalah jangan lebih dari 100kb.
Ia boleh dilakukan dengan mengecilkan saiz gambar. Biasanya saya akan gunakan saiz kurang 1000 pixel lebar (horizontal). Saiz sesuai untuk penulisan blog adalah saiz horizontal 640 pixel
Bagaimana membuat gambar berkualiti rendah merupakan pertanyaan yang selalu di tanya.
Jangan masukkan gambar ke dalam website terus dari telefon bimbit atau kamera anda. Ini adalah kerana resolusi pixel gambar tersebut adalah tinggi. Kecilkan dulu.
Cara paling mudah adalah untuk mengecilkan saiz gambar adalah menggunakan perisian online atau perisian grafik. Dalam post ini saya akan kongsikan beberapa cara boleh kita kecilkan saiz gambar.
Mungkin anda perlu menyediakan sampel foto itu dalam format yang berkualiti rendah kerana hendak memasukkan ke dalam website tertentu.
Saya juga akan tunjukkan step by step cara mengedit teks dalam gambar png secara online. Biasanya kita gunakan untuk ubah saiz foto untuk instagram dalam talian.
Kecilkan saiz gambar jpg dengan iphone
Cara mengecilkan saiz photo dengan iphone menggunakan perisian compress photo and video. Perisian yang digunakan adalah Compress Photos & Picture.

Video:
Resize App chrome web store
Kelebihan applikasi ini adalah dengan mudah ubah saiz gambar.
Ia juga boleh crop kecilkan gambar, optimalkan photo, atau ubah imej ke format JPEG, PNG, BMP, TIFF, atau WebP.
Semua ini boleh dilakukan secara percuma.

Resize boleh di dapati di dalam play store. Taip saja perkataan “resize”.

Pilih “resizing app”

Sebelah kanan atas dalam app bar pilih icon di atas

Akan pop-up imej di atas. Tekan simbol “plus” “+”. Pilih imej yang hendak di upload.

Anda akan diberi pilihan untuk mengecilkan size imej yang telah anda simpan dalam labtop atau komputer anda.
Paint.net

paint adalah perisian yang paling digemari sebab ianya percuma. Ciri mudah digunakan dengan asas pengetahuan edit imej. Perisian ini selalunya telah ada dalam window. Kalau tidak ada anda download saja.

Pergi ke search taip “paint”. Open.

Buka file imej anda. Tkan file> resize
Ada berbagai cara untuk kecilkan pixel photo. Post saya yang dahulu menggunakan irfanview software. Bagaimana nak kecilkan saiz 100 keping photo dengan satu click
Cara lain adalah menggunakan software free paint.net di getpaint.net