Panduan SEO 2019 on page terkini

On page pada blog kita hanya hanya memberi sumbangan 25% dari kejayaan untuk ranking di muka satu Google.  75 % disumbangkan oleh off page atau backlink ke website kita.  Saya ingin ambil kesempatan ini untuk berkongsi on page terkini yang digunakan untuk website atau blog kita. Panduan SEO 2019 ini adalah berkaitan dengan on page terkini. Bagi pemain SEO yang tegar, on page adalah suatu yang selalu menjadi keutamaan.  Persoalan yang selalu di fikirkan oleh pemain SEO tegar adalah

1. Adakah 2019 Panda, Penguin,Pigeon akan berakhir?

2. Adakah panda, penguin dan Pigeon akan membunuh SEO?

3. Adakah bermulanya era social SEO?

4. Adakah Panda akan dikenakan pada backlink?

Ini adalah persoalan yang sering di tanya oleh pemain SEO tegar.  Saya tidak akan jawab soalan ini, saya serahkan kepada anda untuk bincangkan di dalam komen.  Banyak juga blog post yang saya baca tentang SEO.  Banyak pendapat menyataPerubahan yang bakal Google dan Bing lakukan pada tahun hadapan.  Menarik juga kajian yang terkini di internet tentang SEO.  Saya berpendapat kalau blog kita ada keunikan, kandungan berkualiti dan banyak perkongsian  social signals pasti akan berjaya.

Perubahan yang Google buat adalah untuk kebaikan semua. Tidak ada siapa mahu apabila mereka membuat carian di Google akan disajikan dengan website spam. Pasti penguna akan sakit hati dan beralih ke engin carian lain. Pasti Google tidak mahu ini berlaku. Saya ingin kongsikan onpage terkini Google. Rajah dibawah menunjukkan kepada kita bagaimana google menjalankan kerja mencari dan memberi kita maklumat carian.

How Google Works.

Infographic dari PPC Blog

On page terkini

Google telah banyak membuat perubahan pada on page.  Secara tradisinya on page dikaitkan dengan teknik-teknik tertentu yang kita lakukan pada website dan post entry blog kita supaya google boleh baca dan dengan harapan ia boleh menempatkan page kita di muka satu Google.

1.   Onpage semasa kita tulis post blog

Ramai webmaster dan blogger pening memikarkan perubahan yang telah dibuat oleh Google sejak kebelakangan ini berkenaan perubahan signal on page di Google. Ia  dijangka berterusan sehingga tahun 2019. Banyak perubahan yang dicadangkan dalam artikel yang ditulis oleh randfish di Seomoz untuk membaiki on page dalam artikel 4 Graphics to Help Illustrate On-Page SEO dan Perfecting Keyword Targeting & On-Page Optimization.  Ia lebih kepada membetulkan lagi keadah on page yang kita akan gunakan pada blog kita.

Beliau menasihatkan kita supaya  memahami search Ranking  factor yang digunakan oleh Google. Google telah mengurangkan signal dari on page yang biasa webmaster buat. Kajian dari Seomoz tentang ranking factor menunjukkan bacaan signal telah dikurangkan.  Ini bukan bermakna kita boleh abaikan on page ini.  Bacaan matrik signal dikurang bukan dihapuskan.

Photobucket

Kalau pada 2004-2005 kita buat on page SEO kita hanya fokus kepada keyword utama, buat stuffing keyword dan tajuk pada post sudah cukup memberi ranking kepada website kita.  On page bermula menjadi sukar apabila Google memperkenalkan Google Caffeine dan seterusnya google panda.

Kini on page SEO lebih  mencabar. Perumpamaannya kalau dulu kita hanya berenang di atas air tetapi kini kita kena menyelam di dalam air untuk mendapat kedudukan muka satu Google.

Aspek keutamaan buat On page

1.  Keyword utama – aspek ini masih lagi penting, ia adalah asas kepada post kita. Kajian keyword perlu dibuat untuk mendapat keyword yang boleh memberi kelebihan dan keuntungan kepada kita.

2. Aspek kualiti post – Aspek kualiti amat luas.  Ia lebih kepada  design website kita, susunan keyword dalam post, jarak keyword dalam post, perkataan sama erti dan paling penting mengurangkan bounce rate dalam post kita dan bilangan perkataan sebaiknya lebih dari 1200 perkataan. Aspek penting yang dilihat oleh google samaada pengunjung  suka atau tidak dengan apa yang kita berikan kepada mereka. Sebelum ini google menggunakan signal dari bounce rate untuk menentukan kualiti post kita. Adakah Google menggunakan manusia untuk menilai website yang spam di Google. Anda boleh baca post dari Steven Loveridge tentang menggunakan manusia menilai website. Ini yang menakutkan saya silap langkah website jatuh dalam google sandbox.  Gila juga kalau nak difikirkan mereka akan membuat secara manual ini, banyak bukan sikit spam website sehari.  Tetapi Google ada cara tersendiri salah satu adalah aduan yang google terima melalui email tentang spam website ini.   Saya cuba terang dalam 2 post saya sebelum ini untuk panduan  SEO 2019.

 Asas SEO boleh di download dalam  ebook yang di beri oleh Google dan ebook asas SEO Seomaoz.   Saya masih lagi mementingkan susunan title post, Header tag (H tag), keyword density, Keyword dalam 100 perkataan pertama.

Saya juga ada membuat post tentang on page dalam blog saya ini.

  1. 6 asas SEO on page site blog wordpress
  2. On page – google website speed tool

Kalau kita kaji apa yang dinyatakan oleh Dr. Matt Peters dalam post saya tentang data correlation. Ia banyak membantu kita menganeli apakah onpage terbaru dan terkini. Kebanyakan on page SEO untuk kita tulis dalam post blog masih evergreen. Cuma Google telah mengurangkan bacaan matrik dari signal on page ini.

On page – Latent Dirichlet Allocation (LDA)

Ada beberapa perkara yang merisaukan saya. Ia adalah berkaitan dengan topik  Latent Dirichlet Allocation (LDA). Topik ini hangat diperkatakan dalam SEOMOZ pada tahun 2010. Ia dikatakan adalah Uncovering a Hidden Technique for SEO? Ia adalah berkaitan dengan kaitan topik dengan releven perkataan dalam post kita.

Peratusan dibawah menunjukkan apabila menggunakan tool relevant dari seomoz  LDA.

Panduan SEO 2019 on page terkini 1Infographic dari Seomoz.org

Kalau kita lihat ranking factor yang diberi oleh seomoz ia juga mengambarkan LDA akan menjadi lebih relevan untuk on page tahun 2012.

Photobucket

Infographic dari Seomoz.org ranking Factor.

Bukit LDA sudah wujud di google apabila kita menggunakan tool dalam Googles External Keyword Tool.  Apabila kita cari satu keyword maka kita akan diberi keyword yang berkaitan dengan tersusun berdasarkan kaitan atau relevan dengan carian keyword kita.  Kepentingan LDA dikatakan oleh beberapa pakar seperti Cyrus Shepard sebagai suatu onpage yang penting selepas title tag.  Kalau kita meletakkan keyword dalam bahagian dalam post kita ia juga dikatakan relevan.

Ada beberapa post dalam Seomoz berkenaan dengan LDA yang nak saya kongsikan di sini. Selamat membaca

Print Friendly, PDF & Email
Panduan SEO 2019 on page terkini 2

happysus

Beliau amat meminati SEO, Beliau minat membuat kajian keyword/ SEO dalam blog-blog beliau. Teknik menarik trafik ke laman web dan cara mendapat first page google. Beliau ingin berkongsi secebis ilmu yang berguna untuk membantu sesiapa yang memerlukan. Sekiranya ada pertanyaan email admin@happysus.com atau Happysus Sait

More Posts - Website - Twitter - Facebook - Google Plus

2 Comments

Leave a Comment

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.