Video Matt Cutts – Google Rahsiakan Algorithm Website Berkualiti

Ada yang mencadangkan supaya google membuat tool yang boleh memudahkan webmaster mendapat lalatuju dalam membuat SEO Blog mereka. Ini pada saya tidak akan berlaku kerana ia mudah akan dimanupulasi Black hat SEO. Spammer yang macam ini yang cuba dihindari oleh Google.

Dalam blog saya ada menerangkan maksud website berkualiti pada pandangan google.  Panduan seo yang baik  boleh dibaca di blog ini. Memahami disebalik Algorithm yang digunakan oleh Google akan memberi kelebihan kepada anda sebagai webmaster.  Ia adalah satu proses yang sentiasa berubah. Sebab itu ia dikatakan satu seni. Seni yang anda gunakan untuk mempastikan website kita sentiasa di crawl atau dilawati oleh googlebot.  Jangan mimpi first page Google kalau bot tidak dapat kenalpasti website kita.

Soalan Buat SEO ini dari mana nak mula?

Pada saya  kita kena kenalpasti apa  matlamat segera anda buat website.   Jika anda nakkan trafik? Anda ada sesuatu yang nak di jual? Atau perkhidmatan yang nak di beri? jawapan saya mudah. Nak segera atau tidak. kalau segera. Ambil  iklan lah. SEM di Adword.

Nak mula buat seo adalah bermula dari penstrukturan website anda. Isu ini tidak penting kalau anda gunakan wordpress. ini adalah kerana wordpress membenarkan plugin digunakan yang banyak membantu saya membuat optima di website kita.

1.  Mengindex website kita. Saya ada 20 cara bagaimana kita mula mengindex website kita. Mungkin dalam post lain saya akan kongsikan.  Dulu saya pernah membuat offer mengindex website kawan-kawan Facebook.  RM50 saja.  Offer sudah off. Saya dapati ramai yang tidak membuat index page atau website mereka dengan betul.  Ini akan menyebabkan website mereka lambat dikesan oleh Google bot.   Siapa yang rugi.

2. Apabila selesai kita membuat index kita akan pergi ke fasa  seterusnya iaitu membuat post dalam blog kita.  Ini juga isu yang kritikal buat webmaster yang tidak tahu basic seo.  Mulakan dengan membuat kajian keyword untuk niche yang kita nak target.  Ini selalu menyebabkan webmaster sakit kepala memikirkan apa kah keyword yang patut di target.

3. Fasa akhir adalah mendapat backlink yang berkualiti dari website yang berkaitan dengan niche kita dan sebaiknya PR tinggi. Jika backlink itu mudah didapati pasti kurang berkualiti link yang kita dapat.  Ada yang tidak bersetuju. pelbagikan backlink ke web anda.

Leave a Comment

*

CommentLuv badge